Sunday, September 1, 2013

Selepas pilihan raya

Mikrofon terkulai patah tengkuk
poster terbiar koyak di pokok
bendera patah tiang di tepi tembok
sepanduk kedinginan di dalam selut

Di dalam dewan ada tepuk menggema alam
di luar dewan ada kutuk mengcengkam tulang
di banglo mewah ada parti makan malam
di pondok usang ada sisa busuk semalam

Mulut menyanyi hati berdendang
kaki mencari tangan bergendang
mengikut rentak lagu setia kawan
kadang tersasul berdangdut dendam

Wakil rakyat kembali ke parlimen
mengumpul angan memetik bintang
para pengundi kembali ke laman
mengais rezeki menadah tangan

Parang kelewang kembali ke hutan
menebas lalang membuat ladang
perang politik sudahlah tenang
tak perlu lagi menetak kepala lawan

Dingin air mata mengucap syukur
panas percik darah mengecap kufur

harap-harap kelapa puan; tidak menjadi kelapa bali
harap-harap kepada tuan; jadi menteri janganlah lupa janji.

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping