Monday, December 15, 2014

santai di pantai

Hujung hari minggu yang lalu hari ahad lee datang rumah aku kebetulan kawan aku wan pun datang ajak kami ke Pantai Merdeka bersama anak saudaranya nak pergi memancing ikan kerana bosan aku dan lee pun ikut sama pada mulanya aku tak mahu pergi sebab duit pun tak ada tapi lee mengajak dan wan mengajak kata wan dia belanja semua pergi atas pelawaan aku pun jadi ikut sama. Destinasi pertama kami ke Pulau Sayak memancing ikan,laut bergelora serta angin juga agak kuat kami bersantai di pantai Pulau Sayak buat sementara waktu di sebelah senja kami pergi ke Pantai Merdeka orang juga ramai sebab ada Pesta Pantai Merdeka selama 3 hari dari hari ini.

Santai dgn lee di Pantai Pulau Sayak


aku snap pic lee duduk berhadapan rumah lama wan di Pulau Sayak

tengok sunset waktu petang di Pulau Sayak

kami terus berjalan ke gerai2 dan duk di tepi pantai Merdeka dan pergi makan di medan selera Pantai Merdeka wan belanja kami makan aku makan bihun sup daging bersama anak saudara wan dan wan dan li makan nasi goreng dan ais kacang,sesudah makan malam wan hampir tertipu dengan kakak yang kira oder kami dimana harganya RM 43 wan bayarkan kami berasa hairan kenapa harganya mahal sangat,wan panggil adik lelaki pula tolong kira kurang RM 3 ringgit jadi harganya RM 40 sahaja  dan bagi balik dekat kamai rm 3 ringgit balik.macam itu pun ada juga yang nak ambil kesempatan sapa tak berkira tuh rugi la beb tak apalah dah setel. kami pun balik wan hantar kami pulang.

Esok aku ada kerja sikit nak buat nak service komputer abang wan so wan suruh aku buat tengok apa yang patut kalau boleh dia nak bagi aku upah buat PC abang wan kalau tidak pun dia nak belanja aku makan aku cakap tak payahlah aku sekadar tolong tengokan saja boleh la wan lagipun harini hang bawa aku gi jalan2 dan belanja aku makan sesen pun aku tak keluar duit minyak kereta pun aku tak bagi tup-tup hang beli lagi kat aku ole-ole sebungkus meruku bawa balik terima kasih lah wan sebab support aku.hehe

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping