Wednesday, March 18, 2015

tanya hati..

aku bertanya pada hati,
apa tegar aku jalani hidup ini sendiri,
setelah segala hidup pernah dikongsi

terkadang aku terfikir sendiri,
apa mungkin aku akan begini
sentiasa memberi tanpa memiliki

terkadang terfikir aku sendiri lagi
apa tiada ruang bahagia untuk aku walau cuma sekali
apa derita yang kian menghimpit hati tak mahu berlalu pergi
atau aku yang sengaja membiarkan derita itu terkurung di sudut hati

aku cuma seorang lelaki biasa
yang tak bisa jadi cukup sempurna
yang tak mungkin tegar berseorangan cuma
tanpa sesiapa menemani hari hari tua

aku lelaki tak sempurna
terkadang terlupa hukum dunia
mencintai bukan bererti aku mesti memiliki

untuk menjaga hati
apa mungkin kisah begini

untuk cerita di hati
andai tiada sayang lagi
jangan disimpan segala di dalam hati
luahkan agar aku mengerti

untuk aku si penawar jiwa
aku paham bibir enggan berbicara
kerana tak sanggup lihat aku kecewa
setelah sekian lama impian di bina bersama
namun takdir punya kisah berbeza

untuk hati aku kasihi,
aku ingin agar mengerti
perasaan ini bukan paksaan dari aku sendiri
kerana tanpa sedar aku telah lemah di dalam diriku sendiri.

1 comment:

akmal said...

Aku solo,malas nk felling2....segan nk ada couple sbb bila da ada couple nk kwin,bila dah kwin beter thing nak hidup bujang plak...bla,bla,bla kwin dgn bidadari kat surga kah..kah..kah sbb dunia penjara org mukmin....permainan duniawi cubaan....

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping