Sorry tak dapat update entry dalam beberapa minggu.Cerita aku sekarang ada pembaca ka? minggu lepas agak sibuk berbanding hari-hari yang lepas. disebabkan aku tiada di rumah aku pergi K.L hantar maklong aku 3,hari 2 malam kat sana aku balik sehari sendiri sebab mak aku ada kat rumah,tak dapat aku nak story 2,3 entry tak jadi sebab waktu telah pergi terlepas aku pun tak nak melalut banyak-banyak.Cerita aku kali ini sebab aku bersedih dan kesian pada kucing aku yang aku panggil kusyi sudah tiada mati petang kemarin dulu 7.hb June 2015.Semenjak ini macam-macam benda dah jadi.
Dari pagi aku nak pergi K.L malam sebelumnya kusyi sudah sakit tapi aku ingatkan macam sakit dia biasa saja.lagi pula mak aku kata dia lalu makan malam tu dia kencing dekat kusyen.aku marahkan kusyi dan lepasnya keluar dan malam tu juga mak aku bagi masuk rumah tapi di kurung dekat dapur.Keesokan pagi aku ke K.L selama 3 hari.aku pun tak tahu aku nak pergi malam sebelumnya baru aku tahu nak pergi ke K.L 3 hari kemudian aku balik keesokanya aku mengusap-usap kepala kusyi.aku cakap "kusyi sakit ka?kusyi jangan berak kencing dalam rumah naa kusyi..kesian dekat mak..kesian dekat man.." aku terus cium sayang dahi kepala kusyi..kusyi pun meyahut bunyi haa...dengan nada perlahan aku tak tahupun kusyi sakit aku ingat kat seperti keadaan biasa saja.
Dan petang tu dia masuk ke dalam bilik aku bawah katil aku dan petang tu juga dia keluar rumah keesokanya balik dan berada di hadapan rumah di tepi pasu bunga.Aku pagi hari tu sapu lantai di hadapan rumah ketika dekat denganya ekornya berkibas dan terlupa nak bagi tahu mak hari tu dia balik ada di depan rumah.mak aku pula sibuk dengan kenduri dekat rumah jiran dan di dalam kampung dan petang tu mak aku cakap kusyi sudah mati di tepi pasu pokok.Dia telah pergi meninggalkan kami.
Kusyi sememangnya sakit di telingganya kejap luka kejap baik aku yang menjaga meyapu ubat,Spray ubat dan mandikan setiap sebulan sekali.Aku dan mak telah menjaganya sebaik yang mampu.Dan kemarin di hari jadi aku yang 36 tahun aku bersedih kerana kesiankan kusyi sebab dia tak pergi kemana kecuali di perkarangan dekat dengan rumah.
2 hb November 2012 kusyi di lahirkan
19 September 2013 mulut kusyi luka dan rabit
16 March 2014 kusyi sakit bengak bernanah di kaki
1 Mei 2014 Kusyi sakit cirit birit,punggungnya berair dan semakin kurus.seminggu selepas itu aku beli ubat scourban plus kat kedai pet shop dan selepas itu kusyi sembuh
28 september 2014 kusyi sakit luka di telingga dan telingganya rabit
4 hb June 2015 kusyi sakit.air kencingnya pekat dan najisnya cair.aku ingatkat keadaannya seperti sakit biasa.
7 hb June 2015 petang kusyi mati.
8 hb june 2015 tanam kusyi.
Tinggal sekarang 8 ekor kucing. 4 ekor tinggal di luar rumah.Kusyi sayang pergilah sayang dengan tenang.sekian tamatlah riwayat life kucing aku kusyi.