Saturday, July 25, 2015

Raya 6 Syawal

Pagi kemarin bertolak naik bas dari rumah pukul 10 pagi aku dan mak pergi hantar maklong ke Taiping memandangkan maklong nak pergi ke kl nak berubat matanya sebelah tak beberapa nampak kelabu.Macam biasa sampai di Taiping terus keluarga pakcik aku bawa pergi makan nasi belauk sama ayam bakar selepas makan aku dan pakcik ke masjid menunaikan sembahyang Jumaat.selepas sembahyang kami ronda2 ke rumah lama pakcik aku kat atas bukit dan kemudian restoran kueteow Doli dan ronda2 lagi jalan lama kat kawasan aku tinggal dengan keluarga pakcik aku di Taiping hujan memanjang dan hantar aku dan mak aku di stesen bas kemunting Taiping terus ambil tiket jam 6.10 petang ke Butterworth sampai di Butterworth lebih kurang pukul 8 malam hujan dan naik bas ke kampung sampai di rumah lebih kurang 8.45 mak pula beli bugger ayam kat stesen bas kemunting bawa balik ke rumah.dan hari ini bermulanya balik rutin harian aku di rumah walaupun mood raya still on weekend la kot boleh berehat sikit.

Saturday, July 18, 2015

Selamat Hari Raya

Di kesempatan ini,maaflah aku terlambat walaupun hari ini sudah hari raya yang ke 3... aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ahli keluarga,kawan2,rakan2,rakan blogger,pengunjung,followers,pembaca setia blog aku...Salam aidilfitri juga istimewa buat semua yang mengenali aku sama ada pernah bersua muka atau belum pernah berjumpa..

Aku dengan rendah diri,ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan,kekurangan dan kekasaran yang telah aku lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja..ampun dan maaf sekiranya ada tutur kata dan kelakuan yang menyakitkan hati dan menyinggung perasaan sesiapa sahaja..

Aku mendoakan agar syawal kali ini membawa lebih banyak keberkatan,kegembiraan dan kenangan indah buat kita semua...semoga sinar kebahgiaan akan sentiasa mengiringi kita semua sepanjang umur kita....

Dalam kita gembira syawal yang tiba sebenarnya aku tidak ke mana pun selain bantu mak kat rumah,maklumlah mak aku tidak beberapa larat nak melakukan kerja-kerja rumah selain memasak...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

DARIPADA AKMAL DAN KELUARGA

p/s: Ucapan raya kat blog aku setiap tahun sama saja heheh..yang penting ikhlas

Hidup kian menuju kehadapan
Lambaian Syawal yang di nanti telah tiba
Seiklas hati memohon kemaafan
Moga kesalahan dapat di maafi..Untung hidup dapat pahala...

wakakakakaka....

Sunday, July 12, 2015

Syukur..

puasa alhamdullilah hari ini buat aku rasa lapang dan gembira sebab persiapan raya ala kadar saja alangkah aku bersyukur walaupun pembelanjaan agak meleset tapi rezeki bertali arus nak makan sentiasa ada.Tak cukup dengan ringgit tapi benda nak makan tu ada yang memberi bantuan zakat daripada belas ehsan tahun ini. dan masa2 inilah aku paling banyak berdoa dan berserah kepada tuhan sebaik-baik tempat bergantung seperti allah yang dorongkan ianya agar sempurna.

5 hari lagi di minggu akhir tak lama tu kita nak menyambut syawal..aku pun agak sibuk sedikit minggu ini kena kerap keluar lagi pulak hari khamis akhir bulan puasa ni aku kena pergi ke hospital jumpa doc selepas seminggu raya aku kena ke hospital lagi ambil darah.sememangnya aku akui urusan aku sibuk dari bulan jun lagi sampai oktober tahun ni barulah nak lega sikit.

baiklah sekarang sudah jam 5 20pm aku nak berehat sambil menunggu waktu berbuka.malam ni kalau rajin aku nak mengemas sikit saja lagi..

Friday, July 10, 2015

kata oh kata...

ni entry ke dua selepas aku update entry senbentar td aku typekan sejak td aku update entah kenapa...emmm tetiba aku terfikir bila ada orang mengata,aku perasan...adakah bila kita ada blog sendiri yg banyak menceritakan tentang hal kehidupan kita untuk di konsi bersama seperti orang yang bodoh...pedih jugak telingga aku dengar...yang kata tu pun tak tahu langsung tentang blog.

lama dulu aku dah maklumkan bahawa tujuan aku tulis blog ni hanya untuk diri aku sendiri klu ada yang baca alhamdullilah klu tak ada pun tak apa..tapi klu ada yang baca blog aku ada yang berfaedah ambil yang tak berfaedah buang jauh2 ok..

pada aku blog menjadi satu tempat untuk aku luahkan...aku rasa bila aku luahkan apa yang terpendam dalam hati aku ni,menjadikan aku lebih tenang..daripada aku simpan dalam hati lebih baik aku luahkan...

lantakla nak kata aku tak reti ka apa ka..yang penting aku ada blog aku sendiri oklah tu saja sebenarnya aku tak marah sangat pun tapi...orang mengata argh! biarlah huhuhu malang sungguh pada mereka yang bersifat negatif sebegitu... ka jeles kita ada blog suka hati kita la yang penting kita happy.kita hidup di zaman cyber.ada lagi ke orang fikir tulis blog tu perasan,tak reti sungguh aku tidak boleh di terima penyataan itu

Menulis blog dapat memberikan ketenangan ia mengurangkan stress.rugila pada mereka yang tak tahu nikmatnya punya blog sendiri asyik mengata bukan dapat apa pon ingatlah apa yang di kata-kata (mengata) itu adalah perosak jiwa.

Dalam tengah aku type entry dekat blog ni ada orang yang lalu dekat rumah aku batuk sengaja di buat.heh maaf sekarang juga aku tolak tawaran kawan aku untuk bekerja no excuse 4 the orang nak batuk-batuk dan bersin-bersin..wattamat

cerita aku prepare nak raya

Hi! daripada tiada apa nak buat kerja rumah sebab sudah 60% selesai hari ini di depan pc sambil menunggu berbuka aku post entry kat blog.Solat,mengaji aku di rumah semuanya berjalan lancar mengemas rumah dan di luar rumah.pembelanjaan pula tidaklah begitu banyak.

Mak aku pula rajin memsak yang sedap-sedap.Terima kasih mak...selepas raya nanti aku di tawarkan pekerjaan kontraktor tukang sapu cat rumah dan bangunan2 dari kawan aku.

Syukurlah janji masyuk.Semoga ada kebaikan dan keberkatan pada aku selepas ini..sampai sini dulu aku ada kerja sikit nak buat kat rumah bye..

Thursday, July 2, 2015

kisah ayam jantan kampung berkokok


Kisahnya bila aku berada di rumah sepanjang masa dari beberapa tahun lepas dan dalam 2 bulan lepas aku akui aku perit mendengar kokokan seekor ayam jantan berkokok di sekitar rumah di kampung dan aku menjadi rimas dan geram bila aku berasa seolah ayam bercakap mengata akan kelibat aku di rumah seperti dia tahu pula ayat apa  yang aku terfikir dalam otak aku dan megata akan aku mungkin bagi korang tertawa membaca cerita aku dan mengatakan otak aku dah tak betul..atau tidak cerdik sekurang-kurangnya tolonglah baca entry aku sampai habis berilah peluang untuk aku berkongsi apa yang aku rasa.

Jadi berbalik kepada cerita tadi masa tu aku ada juga terjadi buntu dan bercampur masalah dan ketika itulah aku merasa ayam jantan seakan menyumpah aku dan sentiasa berdamping dengan aku di mana ketika aku bangun tidur dan membuka bicara dengan mak aku ayam tu mula kedengaran berkokok dan ketika aku mandi,bercermin duduk bersandar dan ketika aku di luar melakukan kerja rumah meyapu, menanam pokok pernah dulu aku cabut pokok yang aku tanam oleh kerana ayam itu mengatakan aku (tak elok) dan kali ini mungkin spesis keturunan ayam bapak yang dulu suka berkokok seolah bunyi suara berkata tak elok dan ketika aku nak naik motor dan juga sampai rumah menunggang motor,selepas makan,menonton tv atau ketika baring di katil bilik aku.

Setiap tingkah laku aku ayam itu seolah tahu berkata aku pun menjadi stress dan pernah aku mengatakan ayam tersebut predator sebab tiada pemangsa lain selain manusia dan aku rasa nak buat ayam tu aku melastik tapi selalu miss tak kena.hinggalah dari 2 bulan lepas aku tergamam buntu aku berehat dan baring di katil bilik aku dan memikirkan yang sesuatu yang positif daripada perasaan tertekan dengan kokokan ayam jantan itu

Mujurlah aku dapat petunjuk dan tuhan telah bukakan hati aku untuk terima yang memulihkan aku daripada sakit hati dekat ayam itu iaitu aku merasa simpati dan kesian dekat ayam tersebut dan mengimbau kembali suara kokokanya adakala kokokanya sekakan suara yang ayam tu suara suka lantas aku berasa kesiankan ayam tu dan bayangkan kalau aku berada di tempatnya macam mana kais pagi makan pagi kais petang makan petang lagi pulak ayam tu pun kurus tidaklah gemuk sangat dan aku tanamkan dalam hati aku ketika adakala terdengar kokokan mengatakan seolah suara berkata tak elok dalam suara ayam tu suka

bagaimana lagikan sudah suara kokokanya begitu.memang aku tidak menafikan terjadi juga ketika aku buntu datangnya suara kokokan ayam seakan berkeras hati berkokok dan aku terlupa berfikir semasa itu secara positif seperti yang aku tanamkan dalam hati dan jiwa aku tu aku jadi geram selepas redha aku baru teringat akan apa maksud tersirat dan tersurat dalam hati aku aku pun menjadi tenang sampailah ke hari ini aku rasa simpati kepada nasib ayam tu.

sebaliknya aku suka pula pada ayam tu aku juga pernah bermalam di rumah saudara aku di perumahan taman dulu2 pun setiap pagi kalu aku tak dengar kokokan ayam aku jadi rindu pula dekat kampung aku.aku juga tahu bahawa ayam berkokok bermakna dia nampak akan maklaikat subhanallah itu kuasa tuhan betul tak? sungguhpun ayam tidak mempunyai akal fikiran,naluri yang juga sama seperti habitat yang bernyawa ciptaan tuhan yang hidup di muka bumi.syukurlah aku tidak menzalimi binatang dan telah sedar atas apa yan meracuni fikiran aku terhadap ayam itu.

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping