Kisahnya bila aku berada di rumah sepanjang masa dari beberapa tahun lepas dan dalam 2 bulan lepas aku akui aku perit mendengar kokokan seekor ayam jantan berkokok di sekitar rumah di kampung dan aku menjadi rimas dan geram bila aku berasa seolah ayam bercakap mengata akan kelibat aku di rumah seperti dia tahu pula ayat apa yang aku terfikir dalam otak aku dan megata akan aku mungkin bagi korang tertawa membaca cerita aku dan mengatakan otak aku dah tak betul..atau tidak cerdik sekurang-kurangnya tolonglah baca entry aku sampai habis berilah peluang untuk aku berkongsi apa yang aku rasa.
Jadi berbalik kepada cerita tadi masa tu aku ada juga terjadi buntu dan bercampur masalah dan ketika itulah aku merasa ayam jantan seakan menyumpah aku dan sentiasa berdamping dengan aku di mana ketika aku bangun tidur dan membuka bicara dengan mak aku ayam tu mula kedengaran berkokok dan ketika aku mandi,bercermin duduk bersandar dan ketika aku di luar melakukan kerja rumah meyapu, menanam pokok pernah dulu aku cabut pokok yang aku tanam oleh kerana ayam itu mengatakan aku (tak elok) dan kali ini mungkin spesis keturunan ayam bapak yang dulu suka berkokok seolah bunyi suara berkata tak elok dan ketika aku nak naik motor dan juga sampai rumah menunggang motor,selepas makan,menonton tv atau ketika baring di katil bilik aku.
Setiap tingkah laku aku ayam itu seolah tahu berkata aku pun menjadi stress dan pernah aku mengatakan ayam tersebut predator sebab tiada pemangsa lain selain manusia dan aku rasa nak buat ayam tu aku melastik tapi selalu miss tak kena.hinggalah dari 2 bulan lepas aku tergamam buntu aku berehat dan baring di katil bilik aku dan memikirkan yang sesuatu yang positif daripada perasaan tertekan dengan kokokan ayam jantan itu
Mujurlah aku dapat petunjuk dan tuhan telah bukakan hati aku untuk terima yang memulihkan aku daripada sakit hati dekat ayam itu iaitu aku merasa simpati dan kesian dekat ayam tersebut dan mengimbau kembali suara kokokanya adakala kokokanya sekakan suara yang ayam tu suara suka lantas aku berasa kesiankan ayam tu dan bayangkan kalau aku berada di tempatnya macam mana kais pagi makan pagi kais petang makan petang lagi pulak ayam tu pun kurus tidaklah gemuk sangat dan aku tanamkan dalam hati aku ketika adakala terdengar kokokan mengatakan seolah suara berkata tak elok dalam suara ayam tu suka
bagaimana lagikan sudah suara kokokanya begitu.memang aku tidak menafikan terjadi juga ketika aku buntu datangnya suara kokokan ayam seakan berkeras hati berkokok dan aku terlupa berfikir semasa itu secara positif seperti yang aku tanamkan dalam hati dan jiwa aku tu aku jadi geram selepas redha aku baru teringat akan apa maksud tersirat dan tersurat dalam hati aku aku pun menjadi tenang sampailah ke hari ini aku rasa simpati kepada nasib ayam tu.
sebaliknya aku suka pula pada ayam tu aku juga pernah bermalam di rumah saudara aku di perumahan taman dulu2 pun setiap pagi kalu aku tak dengar kokokan ayam aku jadi rindu pula dekat kampung aku.aku juga tahu bahawa ayam berkokok bermakna dia nampak akan maklaikat subhanallah itu kuasa tuhan betul tak? sungguhpun ayam tidak mempunyai akal fikiran,naluri yang juga sama seperti habitat yang bernyawa ciptaan tuhan yang hidup di muka bumi.syukurlah aku tidak menzalimi binatang dan telah sedar atas apa yan meracuni fikiran aku terhadap ayam itu.
No comments:
Post a Comment