Tuesday, December 29, 2015

Jalan2 makan angin

Buat kali ini aku nak cerita lagi tempat yang kami kunjungi.hari Ahad baru2 ni 27 hb Disember 2015 kat mana tu? some of the most abiding citizens kat negeri aku ja Penang.

1st pergi Bukit Bendera di sebabkan aku sudah 32  tahun aku dan mak aku tak pergi ke situ masa aku pergi dulu umur aku baru 4 tahun aku pergi dengan mak aku sekarang sudah jauh beza dari dahulu teringat masa kecik-kecik dahulu. maaf lah aku tak ambil banyak pic yang aku ambil just kat bukit bendera sahaja.nak ambil banyak2 pic aku segan ramai orang tau sajalah musim cuti...


ronda-ronda makan angin kat Bukit Bendera



kat Bukit bendera ada bunga ni entahlah sekadar jamu mata

kemudian kami ke Roadwalk Penang kemudian pergi ke Taman Botani dan waterfall kebun bunga,pergi ke pantai seagate kat Queen bay dan ke Tapak Pesta.inilah memori dari penang yang aku nak ceritakan



Tuesday, December 22, 2015

kuchi..kuchi sayang kucing

cite pasal local kucing aku actualy kucing-kucing ni la yang tinggal dengan aku turun temurun sejak aku belum lahir lagi turunan kucing ni memang sudah ada nenek dan mak aku bela.1st of all aku nak tunjuk kucing aku kira generasi kucing kat rumah aku.

Kucing ni namanya dik tapi aku panggil teh kucing jantan ni pun kacukan tempatan sebab ekornya juga kembang dan bawa rezeki pada kami. langit2 dia pun hitam. kucing ni asal ibunya orang buang datang makan kat rumah aku dan mak aku bela.

selepas ibunya melahirkan adik2nya pula hilang dan ibunya mati tinggal dia yang sulung.selalu duk kat luar atau kat pondok kucing kalau masuk rumah selalu santai dengan aku atas permaidani depan ruang tamu sambil aku menonton tv

Dik kadang kadang tidur sebantal dengan aku,kekadang melawak dengan aku jilat jari tangan dan jari kaki aku tapi aku marah tak bagi dia sayang aku.

Dik selalu melawak dan bermain dengan Ziera maka ziera tidaklah kesunyian ada juga kawan.

Neyh Teh cik kucing betina selalu bagi makan perancang. dengan aku dia takut tapi dengan mak aku dia manja.

 kebiasanya dia tinggal tidur di rumah maklong aku kadang2 balik rumah

begitulah kisah kucing tempatan peliharaan aku sentiasa ada kucing turun temurun sejak dari dahulu dan sekarang aku dan mak aku bela kucing yang tinggal dengan aku 6 ekor. baka kacukan tempatan Rona,Isang,Jira,dan kucing tempatan Dik,Teh cik,Comel maaf cuma Comel aku belum lagi dapat ambil pic

Saturday, December 19, 2015

sendiri mahu tanya..

Today aku duk pk punya pk apa lah yang aku nak cerita bila terdengar kawan-kawan aku ramai yang dah ada kehidupan sendiri...aku pulak tak cemburu pun aeh maybe tak ada harapan langsung.pening aku aku cari topik dalam blog aku ni bila orang tanya aku nak jawab dalam blog malas nak jawab hahahaha

Buat yang suka bertanya

Hang buat kerja apa???

Di sini orang bertanya
Si sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kiralah mahupun perempuan

Hang buat kerja apa???

Orang pun dah mula risau
Si anak mak bimbang jadi penganggur terlajak
orang kata aku tak ada tanggungjawab
bergelar hidup segan mati tak mahu

Hang buat kerja apa???

Jiran turut sama menumpang-tanya
Bila di jawab belum ada rezeki
Kata mereka kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh di cuba heheh ni cadangan pelik kawan aku

Hang buat kerja apa???

Aduh... aku di soal lagi
Kerja??? tak kerja duk di rumah
Comform tak ada yang berminat da
Hah! Awak tu pemalas sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

(Aku tak kacau ambil duit ko ambil baru padan muka)


Hang buat kerja apa???

akan ku bekerja berjam-jam di rumah (haa.haa..haaa)
Semudah bershopping pasar malam atau semudah membeli DVD cetak rompak atau senang memakan twisties (yummyyy y)

Hang buat kerja apa???

Aaaah sungguh aku bosan
Banyak benda lain boleh jadi persoalan
Kenapa aysik itu yang di hadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya nasib,allah yang tentukan

Hang buat kerja apa???

Pada yang asyik menanya
Usah di risaukan hidup orang
Jaga kain sendiri agak tidak terlondeh
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada

MORAL OF STORY keluarga aku tak bagi aku kerja lagi pula mak aku pun sakit dah tak larat dan aku  di nasihatkan jaga mak dan buat kerja2 rumah tolong mak.

Wednesday, December 9, 2015

Handphone aku

Sejarah mula aku mempuyai H/P pada usia aku 28 tahun masa tuh hp pertama aku motorola pastu aku tukar track in hp philips spark sekarang aku sudah tiada sebab aku kesian bagi dekat kawan aku orang susah yang belajar taffiz jd senang sikit nak hubungi keluarganya.

Tahun 2007 aku perloleh lagi sebuah hp Nokia daun seperti di dalam gambar.pada tahun 2009 aku dapat sebuah hp dari makdak aku hp 3G pertamaku Sony Ericson sayangya hilang kena curi.tahun 2012 aku dapat dari sepupu aku kakak lili hp Samsung SGH 800 hp besi ultra metal,aku bagi pada mak aku guna.

Tahun 2014 pakcik aku bagi hp 3G Nokia 220 dan oktober 2014 aku beli Smart phone hp 3g Note i jenama tempatan WINDS buatan china tapi register di Malaysia dan aku masih mengunakanya sampai sekarang.

Dan sekarang 2007 aku masih lagi menyimpan hp aku lagi2 hp yang orang bagi pada aku tanda aku berterima kasih dan ingat akan pemberian saudara-mara aku.walaupun sekarang zaman serba canggih.kalau pakcik Alexender Graham Bell masih ada lagi tentu dia terkejut dan pening dengan teknologi hp zaman sekarang wakakakaka......kalau ada rezeki aku nak tambah lagi hp peribadi aku buat koleksi berharga.


Inilah hp aku yang aku simpan dan masih boleh di gunakan

Tuesday, December 8, 2015

Bahasa Loghat Utara


Bahasa Jiwa Bangsa

Entri kali ni aku nak merekodkan kembali bahasa-/perkataan loghat yang digunakan dikampung aku (kampung aku ni kat Seberang Perai Utara..nama rahsia ehehe), bahasa/perkataan yang satu ketika dulu selalu digunakan..tapi kini dah hampir pupus dan dah lama tak dengar bahasa-bahasa tempatan (local..bak kata orang kampung aku ehehe).

Kekadang kita lupa..bahasa itulah yang membuatkan kita unik dan istimewa. Untuk makluman bukan semua bahasa utara @ Penang @Kedah @ Perlis @ Perak utara pada orang luar bunyinya nampak sama..tapi sebenarnya berbeza..di Penang saja antara bahasa tanah besar dan bahagian pulau pun ada beza..tu bagi orang yang mendengar dengan teliti.

Kalau kat kampung aku antara perkataan/bahasa selalu digunakan dahulu / sekarang (ada yang dah tak guna..mungkin moden kot..) adalah:

[ Nota Dinding : Bahasa/perkataan yang digunakan di kampung aku.. tapi kalau kampung / bahagian lain di utara tidak termasuk dalam ini cerita..heheh..mungkin juga terdapat persamaan atau perbezaan]

















































A

    Awat (a-wat)
        Maksud : Kenapa
        Contoh : "awat hang tak bagitau kat aku depa nak mai umah ?"
    Ayaq  (a-yaq)
        Maksud : Air
        Ayaq Lemenet : Air botol (macam coke/ soda dulu2 dalam botol tu)
        ayaq acaq : Air limbah

B

    Berberan-beran
        Maksud : berlapis-lapis, berlebih-lebihan (untuk pakaian sahaja)
        Contoh: "hang ni nak pi mana dengan baju berberan-beran nih?"
    Balin (ba-lin)
        Maksud : perbuatan membaling (tangan melepasi bahu)
        lihat juga : "punggai", "hawin", "tenggalong"
        Contoh : "hang balin sat anjin tu..hingaq saja malam-malam ni"
    Besiaq (be-siaq)
        bunyi "be" tu macam bunyi "be" dalam perkataan "bengong"
        Maksud : orang yang membuang air kecil /kencing dengan kerap
        Contoh : "Hang ni besiaq betoi la..dari tadi dok pi kencin !"
    Bedeghemen (be-de-ghe-men) / bederemen
        Maksud : muka comot dan penuh calar-balar/luka kecil (banyak digunakan kepada kanak-kanak),
        Contoh 1 : jatuh tersembam ..muka bederemen
        Contoh 2 : hang ni pi mana? balik-balik muka habih bedeghemen?
    Beluam (be-lu-am)
        Maksud : buntil pakaian / gumpalan pakaian dan dibuat macam bunjut
        Contoh : " kalau hang dah tak suka..hang buleh bawak semua beluam hang lepaih tu pi la mana hang suka !"
    Bedeqhau (be-de-qhau)
        Maksud 1 : bederau darah (ni semua orang tau)
        Maksud 2 : Bergotong royong menanam padi
        Contoh : "Isok jom pi bedeqhau dengan maki di bendang Pak Mud.."
    Belemoih (be-le-moih)
        Maksud : Comot (tumpuan diberikan kepada bahagian muka)
    Belebau
        Maksud: pukul di belakang dengan kayu besar
    Berdanoq (be-da-noq)
        Maksud : Comot dan berdaki (tumpuan diberikan kepada bahagian kaki dan pakaian)
    Belengas (be-le-ngas)
        Maksud : kotor/comot dan basah (tumpuan diberikan kepada badan)
    Bunga taik
        Maksud : Peribahasa - bergaduh (untuk kanak-kanak)
        Contoh : hangpa dua dok melawak-melawak..sat lagi jadi bunga taik la tu..
    Besiang (be-siang)
        Maksud 1 : Menyiang ikan
        Maksud 2 : Gotong-royong oleh orang-orang kampung dalam usaha membantu tuan rumah memotong bahan-bahan masakan (ubi, bawang,kacang dll) di rumah kenduri pada waktu malam sebelum hari kenduri keesokkan harinya
        Contoh: Pak imam : "Semua jemaah dijembut untuk bersiang di rumah Pak Ali lepas isyak pasai dia nak kenduri kawin anak dia isok"
    Boq:
        Maksud :Joran (untuk memancing ikan)

    Bon
        Maksud : Polis
        slang budak2 remaja..
        
    Belahak (be-la-hak)
        Maksud : sendawa
    Bebai (be-bai)
        Maksud : Merajuk (siap dengan memek muka)
    Baloq (ba-loq)
        Maksud : Calar balar (selepas kena libas)
        Baloq Liat : Maksud : Malas

    Balaih (ba-laih)
        Makna : Curi
        Contoh : "Kutu mana tah balaih kasut aku kat mesjid tadi"

    Ban
        Makna: Terusan yang digunakan untuk pengairan padi (kat kampung aku nih orang tanam padi).. kalau parit tu panggil parit jugak la
    Beban (Be-ban)
        bunyi "be" tu macam bunyi "be" dalam perkataan "bengong"
        Makna: keras kepala/ degil/ buat dek aje.. (selalu digunakan kepada kanak-kanak..)
        contoh : "Awat hang ni beban sangat haa..beqhapa kali mak cakap hang dok buat jugak"

C

     Cabai
        Maksud: cili
    Celuih (ce-lu-ih)
        Maksud : Muat (digunakan untuk pakaian/badan)
        Contoh : Hang celuih la..kalau masuk kot tingkap..aku mana celuih nak masuk
        Contoh : Kasut aku nih dah tak celuih..nak kena beli baru kot..
    Cemerkap (ce-mer-kap)
         Maksud : cuai / tidak berhati-hati
    Cemuih  (ce-mu-ih)
         Maksud : Bosan
    Cenge (ce-nge)
        bunyi "nge" macam "nge" dalam perkataan "mengelat"
        Maksud : Garang (boleh digunakan pada manusia dan binatang)
    Cayaq (ca-yaq)
        Maksud : cair
        selalu digunakan bersekali dengan perkataan "ceroi" = cayaq ceroi
        Contoh : kuah gulai tu cayaq ceroi
    cebok
        Maksud: gayung air @ bekas mencedok air
    Ceroi (ce-roi)
        Maksud : cair
        selalu digunakan bersekali dengan perkataan "cayaq" = cayaq ceroi
        Contoh : kuah gulai tu cayaq ceroi
    ceghodong (ce-gho-dong) / cerodong
        Maksud : tak tentu hala (hanya digunakan untuk manusia)
        Contoh : budak-budak ceghodong tu bukan tau apa..yang depa tau melewaq saja malam-malam
    combat
        Maksud 1: drama combat (cite askar amerika lawan jerman dulu-sulu)
        Maksud 2: serangga pada musim padi berwarna hitam dan berbau busuk
    cenangau
        Maksud: sejenis serangga yang bila masuk kedalam pusat manusia (kanak-kanak biasanya) menyebabkan bengkak
    Chek
        Maksud : Saya
        Kata ganti nama apabila bercakap dengan orang yang lebih tua/ ibu/bapa/suami/kekasih (suami tak guna chek bila cakap dengan isteri)
        Tidak digunakan sesama rakan sebaya atau mereka yang berumur lebih rendah dari penutur
    Cebok (ce-bok)
        bunyi "ce" seperti "che"
        Maksud : Gayung / perbuatan mencedok air
    Cunggit (cung-git)
        Maksud : Jongket  (satu bahagian lebih tinggi dari satu bahagian yang lain)
        Papan cunggit : Maksud: Jongkang-jongket
    Camoq (ca-moq)
        Maksud : Berselerak / selerak
    Chengkoi (cheng-koi)
        Maksud : bengkok (merujuk kepada kecacatan tangan)
    Choih
        Maksud : muncul secara tiba-tiba (sejenis side effect dalam perbualan)
        Contoh : masa aku duduk kat bawah pokok pelam tu...karim tiba-tiba choih ada kat depan aku..terkejut aku
    celapak (ce-la-pak)
         Maksud: Melanggar dengan kaki (sengaja @ tidak sengaja) dalam keadaan menerpa/melompat (bleh digunakan kepada manusia dan binatang)
        Contoh :  Emak : "amin hang pi halau ayam tu cepat..sat lagi dia celapak naik atas meja tu.."

    Contiang (con-tiang)
        Maksud : Conteng
    Cucoq / coq
        Maksud : Semua jenis kuih bergoreng (lihat juga Kuih)

D

    Daje / dajai
        Maksud : Dajal
    Dak
        Maksud : Tidak
    Depa/lepa (de-pa)
        Bunyi "de" macam "de" dalam perkataan "debab"
        Maksud : Mereka

    Dongga
        Maksud : Jendul (kepala)

 Jendul (Kredit)

E

    Ekoq
        Maksud: ekor binatang
        Maksud 2: Judi (nombor ekor)


F

G

    Gaqhik (Ga-Qhik)
        bunyi  kalau slang KL tu.."garik" (pelik la kalau bunyi slang KL ehehe)
        Makna : hinaan - perempuan tak senonoh (digunakan kepada perempuan) biasa budak-budak la masa bergaduh tu..ada la keluar ayat nih..tapi org dewasa ada jugak guna ..
        Contoh : "woi hang tu betina gaqhik"
    Gabuih (ga-buih)
        Maksud 1 : Menepis-nepis berulang-ulang dengan tangan untuk membuang kotoran/habuk (kerusi/pakaian dll)
        Maksud 2 : Gabus
    Gomoi (go-moi)
        Maksud: Berguling-guling secara berpelukan antara dua individu/binatang (bergaduh)
        Contoh : kucinn jantan Bedah bergomoi dengan dengan kucin jantan Peah kerana berebut kucin betina
    Gebang
        Maksud : cakap besar / cakap bohong
    Gelemat (ge-le-mat)
        Maksud : Kelam
        Biasa digunakan bersama perkataan "gelap" = Gelap gelemat (macam jugak "kuih muih" dan "gunung ganang"
    Gelut (ge-lut)
        Maksud: Gesa / tergesa-gesa
        Contoh : awat hang ni gelut sangat..nak pi mana?
    Gelintey  (ge-lin-tey)
        Maksud : uli kecil-kecil menggunakan jari telunjuk dan ibu jari (kadang-kadang jari tengah)
        Contoh : "hang tolong mak gelintey tepung ni.. mak nak buat kuih siput"
    Ghodong (gho-dong)
        Maksud : Redah
        Contoh : aku pun tak tau jalan..jadi aku ghodong saja la
    Ghapla (ghap-la)/ rapla
        Maksud : cuai /lalai
        asal dari bahasa arab " Ghaflah"
        ghapla jingga = seseorang yang cuai, lalai + bengong sesikit ehehe
    Gelema(ge-le-ma)
        Maksud : Kahak
    Gon
        Maksud : Bukit kecil / bonggol jalan yang di buat untuk memperlahankan kelajuan kenderaan yang menggunakan jalan tersebut
    Gu
        Maksud : Pasangan / kumpulan
        Contoh : bila mai si Mael tu cukup dah la gu depa nak pi mengai ikan
    Ghabat  (gha-bat)
        Maksud : memanjat (bangunan , pokok dll)
    Ganyah (ga-nyah)
        Maksud: digunakan untuk kegunaan kasar
        Contoh : aku tak kesah baju ni kotoq..memang aku beli nak buat berganyah pun..
    Ghengau (ghe-ngau)
        Maksud : Cakar (manusia / haiwan)
        Contoh : hang main la dengan kucin tu..sat lagi dia ghengau hang..baru tau
    Guqhuih (gu-qhuih)
        Maksud : Mancis
        biasa digunakan bersama perkataan "api" = "ghuqhuih api"
    Geqhek/ gerek (Ge-qhek)
        Maksud : Basikal
    Gincah (gin-cah)
        Maksud : menumpahkan air dengan banyak (seperti bermain air)
        Contoh : budak-budak tu..bila mak depa takdak kat rumah depa dok bergincah ayaq kat telaga
    Gurmit/ germit
        Maksud 1 : pengasah pensel
        Maksud 2 : mata mesin penebuk/ drill (dulu orang yang buat rumah kayu pakai drill tangan)
    Gerau (Ge-rau)
        Makna : Pasukan tukang masak.. yang memasak semasa kenduri kawin/arwah

H

    Hang
        Maksud : Awak /Kamu
        Digunakan apabila bercakap dengan rakan sebaya atau mereka yang lebih muda dari penutur, jika digunakan kepada mereka yang dihormati atau yang lebih tua dilihat sebagai "kurang ajar"
    Hangpa (Hang-pa)
        Maksud : Engkau orang ("Korang"..kata orang KL)
        Digunakan apabila bercakap dengan rakan sebaya atau mereka yang lebih muda dari penutur, jika digunakan kepada mereka yang dihormati atau yang lebih tua dilihat sebagai "kurang ajar"
    Hambat
        Maksud: kejar (cth dikejar anjing)
    Haqhin (ha-qhin)
        Maksud : Hancing
    Habih
        Maksud: habis
    Heqhot (herot)
        Maksud:  senget
    Honggaq
        Maksud: perbuatan menggoyang-goyang (tiang / gigi)
    Hawin
        Maksud: perbuatan membaling ( macam baling bola boling)
    Hanggau (hang-gau)
        Maksud : cubaan mencapai benda yang jauh (hampir-hampir tak sampai)
        seperti cuba mengambil makanan di hujung meja tetapi perlu meleweati makanan-makanan lain.
    Hingaq (hi-ngaq)
        Maksud : hingar / bising

I

J

    Jeqheluih
        Maksud: Jerlus / terpelosok kaki kedalam lubang
    Juah
        Maksud: megah/ berlagak
    Jangguih
        Maksud: gajus (buah)


K

    Kanji
        Maksud : bubur nasi yang dimasak dengan daging, rempah dan sayur (seakan-akan bubur lambuk)
        Maksud 2 : Gam (gam buatan sendiri yang dibuat dengan tepung ubi campur air panas)
    Kuih
        Maksud : Semua jenis kuih yang tidak bergoreng (lihat juga "cucoq")
        Kuih Raya :Biskut moden/ tradisional yang di buat untuk dimakan pada hari raya Aidilfitri atau Aidiladha (lihat juga "Roti")
    Kasut
        Maksud: Selipar, capal,sandal, kasut dan lain-lain yang di pakai pada kaki (semua dipanggil kasut)
    Kawaq
        Maksud : Pencuri
    Kenjah (ken-jah)
        Maksud : Sepah
    Kentoi (ken-toi)
        Maksud : Pendek/ Ketot
    Ketot (ke-tot)
        Maksud: Kecil/ pendek
    Kemetot (ke-me-tot)
        Maksud : Kecil/pendek/ketot
    Kelepiaq
        Maksud: tepis (menggoyang-goyang tangan dengan kuat kerana basah)
    Kelmarin
        Maksud : Semalam
        Kelmarin dahulu : kelmarin (hari sebelum semalam)
    Kambuih
        Maksud: tanam
    Kelebet
        Maksud:  perbuatan memeriksa/ check yang bersungguh-sungguh
    Kapok
        Maksud: Peluk
    Keleboq
        Maksud : Lumpur yang dalam (lumpur sawah, ada part yang dalam)
    Ketoq
        Maksud: bekas ludah
    Kutey
        Maksud: cubit
    Katup
        Maksud: Tutup
    Keloi
        Maksud: memanggil dengan kuat (siap dengan gaya)
    Ketit
        Maksud: gigit (serangga)
    Ketegaq
        Maksud: keras kepala/degil
    Kumboi
 Maksud: tumbong kelapa (bila dibelah kelapa yang htumbuh terdapat bebola potih didalamnya)
    Kumboi (Kredit)
    Kaboi
        Maksud: Kumbang besar
    Kampoi
        Maksud: perbuatan menggulung (tali) boleh juga digunakan untuk perbuatan tergesa-gesa
    Koman
        Maksud: tak berkualiti ( rujuk juga 'lekeh' )
    Kopet
        Maksud : dompet duit / purse
    kokko
        Bunnyi - kok-ko
        Maksud : Gendong di belakang (tanpa alat bantuan)

          koq
        Maksud: gelung air (saiz besar), longkang kongkrit
        
        
    Kupang ( duit)
        Maksud: Sen (kalau 1 ringgit = 1 ringgit juga la)
        Contoh:  sekupang (10 sen) , 2 kupang (20 sen), 4 kupang (40 sen) dan seterusnya... kecuali 1 sen (dipanggil 'seduit' atau 'duit seduit' ), 5 sen ( lima duit @ lima det)
        Lain-lain = 25 sen (dipanggil 'suku') , RM 1.50 sen (dipanggil 'tengah dua ringgit') dulu zaman omputih ada 1/4 sen (dipanggil 'sekepiang') , selain dari tu macam bahasa biasa le 2.50 (dua ringgit setengah)

L

    La
        Maksud : Sekarang
        Contoh : Hang mai sini la (sekarang) ni jugak...

    Lasam (la-sam)

        Maksud: keadaan nampak buruk dan kotor
        Penjelasan: digunakan untuk merujuk kebanyakannya kepada keadaan  kain/pakaian/tilam sahaja

    Lepa (le-pa) /
        bunyi "le" macam "le" dalam perkataan "lepat pisang"
        Maksud : terlepas pandang
        biasa diguna bersama perkataan "lambat" = "Lambat lepa"
        Lambat lepa: Maksud : pantang terlepas pandang sedikit
            Contoh: kucin ni..lambat lepa saja..dia bawak lari ikan tu
    Lau
        Maksud: Reban
    Lemari
        Maksud: almari
    Lintaq
        Maksud: halilintar
    Laih
        Maksud: letih tak bermaya (kelihatannya)
    Lagu
        Maksud 1: macam
        Maksud 2: Lagu (muzik)
    Landoq
        Maksud: mengeleber / lanjut
    Latam
        Maksud: lanyak (macam perbuatan berlari diatas tilam/ benda tebal dan lembut)
    Ligan
        Maksud: kejar
        lain-lain : 'aci ligan' (permainan kejar-kejar)
    Lokoih
        Maksud: kuyup (basah)

M

    Mai
        Maksud : Datang / Kemari
        Lihat Juga Pi
    Mandom
        Maksud : Tidak bersemangat / tidak bermaya
    Masuk jawi
        Maksud: bersunat
    Market
        Maksud: pasar (tak ada istilah 'pasar' @ 'pasaq'.. orang kampung aku panggil 'market') kecuali pasar malam
    Mengkalik
        Maksud : tunggang langgang
    Meremut / meqhemut (me-re-mut)
        Maksud: ramai /banyak (halus)
        Digunakan kepada manusia/serangga/ulat yang jumlahnya tidak terkira
        Contoh 1 : "geli aku tengok ulat tu..meremut"
        Contoh 2 : "meremut orang pi tengok konsert jom heboh tu..."
    Meghi / meri (me-ghi)
        Maksud: hilang anjal (loose)(getah)
    Meledin
        Maksud: meleding/ melengkung di hujung (papan)
    Merinin
        Maksud: menggelembung (bengkak nak pecah)
    Melugai
        Maksud: rasa loya/ nak muntah
    Marka
        Maksud: teman wanita/ lelaki
    Mot
        Maksud: bawak/ bonceng (tumpangkan orang lain dengan basikal/ motosikal)
    Menyerit
        Maksud: berdesup
    Mentara (men-ta-ra)
        Maksud : budak-budak @ pemuda @ pemudi  yang membantu tuan rumah masa kenduri (layan orang kat khemah, angkat talam/dulang (dulu hidang ..mana ada catering), cuci pinggan dll.


    Meghela (me-ghe-la)
        Maksud 1 : gatal (perempuan)
        Maksud 2 : sengaja cari pasal
    Melewaq (me-le-waq)
        Maksud: berkeliaran/ merayau
    Meneghu / Meneru (Me-ne-ghu)
        Maksud : Berpusu-pusu
    Matgad (mat-gad)
        Maksud : mud guard
    Muhong (mu-hong)
        Maksud : Tipu
    Menaqsah (me-nak-sah)
        Maksud : surau
    Mottan (mot-tan)
        Maksud: Rambutan

N

    Ndoi
        Maksud : Buaian
    Nyoq
        Maksud: Kelapa

O

P

    Pi
        Maksud: Pergi / Ke (tempat)
            Contoh 1 : Bila hang nak pi (ke) KL ?
            Contoh 2 : Hang dok tunggu apa lagi.. cepat pi (pergi ke) sekolah !!
         Lihat juga : Mai
    Pak tongko
        Maksud: kuih cakoi
    Pancin
        Maksud: memilih
    Pegu
        Maksud: pasangkan (manusia/ haiwan)
    Pekon
        Maksud: perbuatan membaling (dengan benda panjang & ringan dari sisi pembaling)
    Pelepong
        Maksud: senapang buluh (yang guna buah cenderai sebagai peluru)
    Perkin /pekin
        Maksud: berjimat
    peghongoih
        Maksud: perengus
    Pulut kacau
        Maksud: wajik
    Peknga
        Maksud:  lempeng kelapa
    Punggai
        Maksud: perbuatan membaling dengan benda kecil (cth batu kecil)
        lain-lain : lihat juga 'hawin', 'tenggalong', 'balin'
    Polok
        Maksud: makan dengan lahap (penuh mulut)

Q

    Qhebeh
        Maksud: terkoyak sedikit
    Qhedaih
        Maksud: langgar
        Maksud 2: hentam keromo
    Qhunaih
        Maksud: perbuatan mencabut (keruping)
    Qhayan
        Maksud: berangan / khayal

R

    Roti
        Maksud : Semua jenis roti DAN biskut (tiada perkataan "biskut" dalam kamus utara kampung aku)
        Termasuk roti canai
        roti kering = biskut
        Lihat juga "kuih"

S

    sat
        Maksud: sekejap
    Seqhelum (se-qhe-lum)
        Maksud : Serlum (kasut/pakaian)
    Seghegum (Se-ghe-gum) Sergum/ seregum
        Maksud : Kusut Masai (biasanya merujuk kepada rambut yang kusut masai)
        Contoh : rambut dia tu seghegum macam hantu maklimah balik rumah


sergum

    Sagon
        Maksud: sejenis makanan berbentuk serbuk dari kelapa
        
    Seqon (se-qon)
        Maksud: Sarang ayam (tempat ayam bertelur)

    Semanggang  (Se-mang-gang)
        Maksud: fork basikal
        
    Senyoh (Se-nyoh)
        Maksud: perbuatan menekan & menolak muka lawan (bila marah)
        
    Soq
        Maksud : Sahur
        
    Sintin (sin-tin)
        Maksud : Sinting (melipat lengan baju/seluar)

T

    Tang
        Maksud : Dekat / Di
            Contoh 1 : Hang la ni dok tang (dekat) mana?
            Contoh 2 : aku la ni dok tang (di) sekolah lagi..
    Tenyeh (Te-nyeh)
        Maksud: menekan dan menggerak-gerakkan jari secara berputar
        
    Tegheyak (Te-ghe-yak) (teriak)
        Maksud: menangis
    Teghebey (Te-ghe-bey)
        Maksud: lastik
    Terpeleot
        Maksud: senget / bengkok
    Tebiang (Te-biang)
        Maksud: cari pasal / cari penyakit
    Tibai
        Maksud: sebat / pukul
        Maksud 2: curi
    Tinaih
        Maksud: tekan sehingga mati (contoh tinaih kutu)
        Maksud 2: potong (lumba)
    Tawaq
        Maksud: tawar
    Telaga
        Maksud: perigi
    Tenggalong
        Maksud: perbuatan membaling (menggunakan benda panjang) (cth kayu panjang)
    Tokyu / toyu (tok-yu)
        Maksud : Kicap
        Kasut toyu : Maksud : kasut bola hitam jenis kanvas (budak-budak sekolah dulu ada pakai..jenis bata)
    Tala
        Maksud : Hala / menghala/ menuju
        Contoh : Anjing tu lepas dia ligan kawan aku..dia tala mai kat aku pulak
    Taut (Ta-ut)
        Maksud : Joran-joran ikan kecil yang dipasang umpan dan dipacak di tali air/terusan dalam jumlah yang banyak untuk menangkap ikan haruan (biasanya la.)



U

V

W

X

Y

Z

Monday, December 7, 2015

canner nak cerita...


Salam Semua !!

Baru sekarang aku rasa nak bekerja nak update2 skit..haih..dari pagi sampai la tadi ni agak terbusy skit..nak kata busy sangat tak la..tapi busy dari hari2 biasa la..pepagi aku setlle semua...e-mail mohon pekerjaan memandangkan semalam kol 11 am aku dah balik dari bekerja mengambil upah mengerat rumput bagi lembu kampung seberang makan dengan kawan aku li sebab ada urusan keja kat rumah 2,3 hari ni..makanya terbusy sikit la aku..

kawan aku dah tak nak buat kerja lagi sebab tak berbaloi aku dan dia hanya dapat RM2.50 sehari lain dari jangkaan kami tak dapat sebanyak atau selebih yang mungkin waktu bekerja hanya 3-4 jam sehari tapi hasilnya agak kurang memuaskan kami..mak aku dan makdak,maklong aku pun tak bagi kerja katanya buat kerja rumah sudahlah kalau aku nak bekerja sejak dari dulu lagi dah aku bekerja tapi now hujung bulan aku selalu tak cukup duit nak bikin apa lagi eah..sabar saja lah

Sebelum ni pun dari 2 minggu lepas aku ada apply job dengan hantar e-mail tapi diorang tak panggil pun,ada juga aku tel 2,3 majikan cakap dah penuh.maybe sebab mereka tahu aku sakit mental.

benda2 cam tu ja..ada aku kesah..?..eceh..rasa macam tak adil je dunia neyh macam di kianati saja ..yang penting aku tau apa keja aku..memang kadang2 tu korang mesti heran..kata nak keja..bila dapat kerja jd macam dulu2 aku nak cakap pun payah tapi leh kerja rumah lagi banyak..aku blogging pon keja aku jalan..pada aku yang penting keja jalan..semua aku settle

hmm..itu adalah routine harian yang mana sekarang ni rasanya pejam mata ja buat..chewah berlagak..jangan muak sebab tapi tu la kenyataan..

So esok adalah off day aku..for those yang keje ngan kilang2 besar kat luar sana aku tau korang tak heran dengan cuti aku esok sebab korang dah cuti start minggu ni hingga minggu depan..memandangkan ekonomi tak berapa nak elok..so banyak kilang2 shut down..hurmm..tak ngeri ka korang dengar?

Well tak pe la..cuti panjang asalkan gaji jalan..sambil menunggu dan mencari kerja boleh la luangkan masa dengan mak dan kucing2..esok aku plan ..tapi tak tau la caner kan..sama ada jadi ke tak..i need a new planner actually..so nak kena pegi cari la ni macaner nak buat written plan kalau takdo planner kan..i really2 need this..

So..untuk year tahun depan 2016 ni..ni la benda2 terawal yang aku perlu buat..yang mana kalau boleh nak kena settle before my age upgrade to another year la kan..kalau nak tau sila tengok counter kat atas tu..so korang leh agak berapa lama lagi yang aku ada..tak banyak benda yang aku nak buat dalam masa yang singkat ni..benda2 yang sesenang jer..hmm..memang mampu kan..

Need to get a 2016 planner

actually..sebab penyakit M.A.L.A.S..memang tak leh buat apa la kan..tapi kena paksa belajar berubah jugak..i only have 1 month 3 weeks and 4 days to finish everything..harap cepat dapat menyesuaikan diri hmm..ni memang nak kena gerak gempur ni..i know i can do it..i will do it..haih..kalau orang  leh ..i can do it..but something yelahkan macam kita tengok aku sihat tubuh badan tapi mental aku sakit lagi teruk dari orang yang cacat kudung,tempang dll OKU sungguhpun mereka tak cukup sifat tapi metal mereka sihat buat apa pun boleh beb sampai ada keluarga anak bini sebab metal mereka sihat.tulah tuhan nak bagi pada meraka tapi sakit aku lagila teruk mental tak begitu sihat kalau cam tu jadi penganggur sepanjang hayat la kot heh.parah le cam ni...


worite..heva good day..heva great day..man..

Aku masih bertahan...

Apa yang memantak kepala merasuk segala aku mengetahui kalian di sana tersakiti menerpa mengisi nadi meyedari aku yang ada di luar jangkaan bersedih.Rasanya sudah api membasuh luka-luka ketika aku mengetahui ia yang tak tersentuh.bahkan ketika kalian yang kini bahagia tetap terasa seperti hujan belati menghunus  hati.

Di sini sekarang aku cuba bertahan meski sambil meyeka luka yang harus ku tertekan.Air yang tidak berhenti mengalir sakitnya tidak kunjung lalu ku tanyakan pada diri sendiri mengapa sampai begini.Aku terlalu ingin membahagiakan sehingga bahagia selain aku.Setiap suka denganya adalah bahagiaku yang tersebut.Setiap tawa denganya bahagian jiwa kepasrahan enggan menaut.

Setiap terbayang kisah tentang aku rela ku perjuangkan hingga akhirnya.Bertahan terus berjalan menuju hati ini menjadi pilihan.Meski compang-camping terluka setidaknya itu sebuah tanda bahawa aku selalu ada di sana.bahkan ketika masa tidak membutuhkan bahawa semesta tak melulu sesuai dugaan.

dahaga yang mengemarau ini cuma dapat menyembuhkan dan alasan mengapa aku bertahan sampai begini adalah demi yang menjadi kesayangan

rincikan hati
   Akmal

Wednesday, December 2, 2015

$ Duit Lama $

Sebenarnya aku masih ada simpan duit-duit lama sebagai koleksi peribadi...sebab ianya berharga dan bernilai lagi-lagi kalau dapat dekat collector duit2 lama.bagi aku biarlah aku simpan buat pusaka mana tahu ada yang berminat dengan duit aku jika aku tengah susah suatu hari nanti tapi bila pula eah

sungguhpun aku sayang sangat duit ni, mana tahu di masa aku susah kelak ianya dapat membantu tapi itu bila pula kan so aku nak bagi korang tengok

Duit lama Arab $10 Rial





Duit Seringgit lama






Duit Syiling Seringgit lama tahun 1971





Biarlah aku simpan buat kenang-kenangan yang bernilai..dulu aku ada banyak juga koleksi duit United state Of Amarica,British,Filipinas,Ghana,Bangkok,Indonesia tapi banyak yang sudah hilang.sebab diut ni aku simpan di tempat lain jadi aku rasa bernilai duit2 ni sajalah yang tinggal.maaflah kalau ada collector yang berminat aku belum mahu untuk menjualkannya...biarlah ianya menjadi koleksi peribadi aku 






Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping