Sunday, February 28, 2016

mimpi aneh

Assalamualaikum, kali ini aku teruja nak bercerita tentang mimpi aku tahun lepas, aku tidur aku bermimpi yang panjang pada mulanya aku bermimpi macam2 dan salah satu yang boleh aku terima ketika part yang terakhir sebelum aku terjaga bangun subuh mulanya mimpi aku bermimpi berjalan-jalan di sekitar kampung yang agak asing dari aku entahlah di mana menyusur perjalanan ketika itu memang sedap mata memandang kelihatan rumah berdekatan jalan dan di sebelah kanan aku kelihatan sawah padi dan penhujung sawah luas kelihatan bukit bukau sememangnya hati aku amat tenteram ketika itu di pingir jalan kelihatan pokok2 dan lalang2  di tiup angin sungguh dinginnya aku rasa masa itu,

aku meneruskan perjalanan seolah-olah aku di sambut angin yang menolak aku untuk meneruskan perjalanan,dalam berjalan aku terserempak sekumpulan anak gadis yang jelita yang berhijab ada yang memakai jubah,tudung labuh dan ada yang memakai baju kurung melintasi berhadapan aku mereka kelihatan seperti berbual-bual dan tersenyum gembira,aku pula yang seakan malu terhadap mereka di sebabkan aku seorang sahaja lelaki yang belum tahu siapa penduduk kampung yang tinggal di sekitar kampung yang aku sedang bersiar-siar seorang diri.

Apabila hampir dengan mereka aku tertunduk malu dan aku nampak salah seorang dari mereka menjeling dan tersenyum kepada aku dan aku pun menanggukan kepala sambil tersenyum dalam hati aku berdebar-debar takut dan malu dan aku tabahkan hati aku dengan senyuman lagipun aku tahu aku di tempat orang dan aku meneruskan perjalanan lagi bertemu pula dengan seorang pakcik yang agak-agak aku berumur dalam 70/80-an.aku memberi salam dan pakcik itu pun menjawab salam dan bertanya kepada aku "dari mana? aku cakap "dari rumah... lagi pakcik itu bertanya "nak ke mana?"aku cakap saja jalan-jalan pakcik.

pakcik itu kelihatan tua sebab berjanggut putih dan berkepiah dan berbaju putih dan berkain pelekat seperti seorang pendekar yang ada ilmu persilatan di tangan kanannya kelihatan memegang tasbih dan memakai cincin yang berbatu besar.pakcik itu mengajak aku ke rumahnya singgahlah ke rumah pakcik ni,aku pun menurut pelawaan pakcik tua tu tiba di rumah pakcik aku tak syak lagi kelihatan sebuah gelanggang yang beratap aku melihat 10 orang yang sedang bersantai dan berehat dan ada yang duduk bersila,

Sekali lagi aku memberi salam dan salam dengan mereka,ada yang terkejut sebab belum pernah melihat akan aku dengan kedatangan aku dan ada yang seakan pandang aku semacam aku membalas perasaan gementar aku dengan senyuman.

Aku di perlawa pakcik tu duduk dan aku pun mengikut jejak pakcik membasuh kaki dengan air di dalam timba dan duduk pelantar di anjung rumah.pakcik itu menjamu aku dengan kuih yang di hidangkan dengan secawan air.aku pun memulakan bicara "pakcik mengajar silat ya pakcik?jawap pakcik tu sambil tertawa kecil, adala sikit-sikit. aku cakap "baguslah siapa lagi nak perturunkan ilmu silat  dekat anak cucu kita masa depan kan pakcik.."

Pakcik tu ketawa lagi sekarang sudah tak macam dulu tu lain...aku pun menganguk tanda faham apa yang pakcik tu katakan tiba- tiba aku terleka memerhati sekitar kawasan rumah pakcik kelihatan awan seakan mendung nak hujan berserta angin yang bertiup kelihatan pokok2 nyior melambai-lambai dan pokok2 seakan2 menari-nari di hadapan aku sedar2 dan terjaga tidur azan subuh.

Aku pun tak tahu apa masud aku di sebalik mimpi aku seolah berada di alam yang lain tapi dekat dan sama macam realiti aku sendiri.memang tak pernah aku bermimpi panjang yang aku ingat dalam mimpi yang panjang malam itu.Aku ada bercerita tentang mimpi aku dekat kawan baik aku...katanya pakcik tu nak ajar seni mempertahankan diri dekat aku la tu...aku pun tertawa..sambil tertanya tanya apakah maksud di sebalik mimpi aku...wallahualam

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping