Saturday, May 28, 2016

Handfhone ku rosak

pa boleh bikin dah takdir, hp aku rosak pulak....masuk air minggu lepas boleh hidup tapi keluar message factory mode bahasa cina tup-tup keluar gambar icon robot terlentang menandakan sistem telefon aku rosak..... macam orang le pulak.... jawabnya... majuk ke apa... geram aku, aku ketuk2 dah geram punya pasal. Ingat bateri habis, dah caj tak makan saman jugak... ahhh.. dah la malas nak layan... Jadinya sabar lah dulu kalau nak kene beli baru.... eemm..... duit lagi dalam aku nak menyimpan, ada2 je yang mengganggu. Tak sempat nak ke kedai handphone, rasa macam system problem.... kalau tak belai system jer huhuhu... jimat duit aku.... Nampaknya buat setakat ini, aku buat tak kisah je.... Rasanya tak de orang yang penting untuk dihubungi... ye tak???? ye la agaknya.... kalau ada yang send mesej @ whatsapp..... biar je la tak de yang special pun... setakat whatapp pasal berhubung , kat umah fikir kerja nak tidur fikir kerja..... buat masa ni.... aku menyepi dulu...kawan aku pun dah mula tanya mana akmal??? aku cakap maaflah aku jarang online...

.. tak pe la handphone saja rosak bukan aku yang sakit pun,mak aku cakap kalau tidak barang tak laku le...so buat masa sekarang aku offline le dulu watssup dan jarang online fb kalau nak msg aku guna hp mak aku le dulu 

Tuesday, May 24, 2016

kisah my rambutku

Hai u all pa habaq ?nak tayang pic rambut panjang aku dulu-dulu selepas tamat belajar sampai bertututan hingga sekarang tapi sekarang aku dah tak lagi simpan rambut panjang dah.waduh2..koknya kali ini rambutku jadi begini ya udah....


Bagi aku biasa gitu gitu saja menjaga rambut setiap kali mandi hanya syampoo saja cerita tentang rambut waktu aku kecil rambut aku lurus dan lembut selepas umur aku 12 tahun mencelah saja rambut jahat terbit dari kepala aku rambut jahat aku mean rambut kasar yang keras berbengkok2 tu jadi selepas umur aku 12 tahun rambut aku tak rapi lagi

This is my hair about 19 years ago masa ni umur aku 19 tahun dalam tahun 98 gitu la,aku simpan hingga ke paras bahu ada juga kawan aku panggil aku romeo otai masa tu...aku aku tidak merokok gunting sebab aku nazar dapat kerja dan semperna ada kenduri doa selamat kat rumah aku selepas tu aku kemalangan dan kecewa sampai sekarang


Ini masa tahun 2009 pic ni aku kat rumah selepas aku kemalangan jalan raya lagi...jd tak keluar pergi mana tak ada sapa nak gunting rambut aku aduh sedihnya.

ini gambar tahun lepas 2015 selalunya aku gunting pendek macam ni la

This is my head kekadang bila rambut aku pendek aku selalu juga pakai topi sebab bila aku gunting rambut rambut aku kelarah di sebelah atas kanan sebab ada kesan jahitan semasa kemalangan jalanraya 19 tahun lepas

Rambut aku tebal rimas pula rasa macam nak demam tapi aku biasa saja asalkan kemas.teringgin nak rambut lembut macam aku budak2 dulu sekian tapi sekarang sikit2 beruban mak aku yang selalu suka tolong cabutkan k ya c u again

Monday, May 23, 2016

One Day, hari ini..

sebelum aku bercerita, mahu mengucapkan selamat pulang ke kampung yang terindu didunia ini, iaitu maklong aku. Panjang umur ya la tu, sihat selalu, murah rezeki, makin sabar, makin baik, dan makin mendekatkan diri sama allah. Love u maklong.dan selamat menuntut ilmu kepada anak saudara aku emir secara kebetulan keluarga pakcik,makdak dan kakak lili datang hantar emir masuk universiti

aku mau ceritakan tentang betapa bahagiannya aku di penghujung 31 may ni agak sibuk. Allah mengasih kesempatan aku untuk bisa bersama dengan seseorang yang membaca blog aku. tapi ntah saat ini apakah aku seperti dulu. Seperti kembali rasanya, seperti baru pertama kenal,Sehari sampai tidak boleh dan juga nafsu makan,terbayang bagaimana apakah  hari itupun tiba, aku gara-gara kesihatan maklong belum mengizinkan. Dengan keyakinan penuh aku rayu semoga mak,maklong,,makdak pakcik kakak lili serta semua keluarga dan adik beradik aku akhirnya diboleh kesihatan yang sempurna.

kemarin maklong dah balik ke KL selepas dua hari berada di kampung dan petang tadi makdak telefon mengatakan maklong telah selamat menjalani pembedahan mata.aku doakan semoga penglihatan maklong cepat sembuh dan kembali semula seperti sedia kala

Terimakasih kepada tuhanku atas segala nikmatMU hari ini, atas rezekiMU, atas kelancaran segalanya, dan kebahagian .

Hari ini suksess presentasi Menjamin Dana poketku, Terimakasih di murahkan rezeki tadi bayar ansuran hutang dan keluar ke kedai motor perbaik motosikal tukar ballbearing tayar depan kunci fork depan (longgar) tukar stand pemijak kaki belakang sebab sebelah sudah turun bawah makan apit di pijak kemudian pergi beli barang mak pesan.

sekadar mengisi blog yg sudah aku miliki. Banyak cerita yg ingin aku ceritakan blog diary kecil hati ku, aku bingung harus cerita kesiapa, dipikiran aku jugak ada orang yg aku percaya, dan aku jugak mau satupun orang yg tau gimana perasaan aku.AKu bingung dairy, aku sudah terlalu menutup diri dari oranglain, aku sudah terlalu egois menjadi peribadi yang individu, aku harus bagaimana dairy biar hilang sifat buruk ini.

Bahkan aku mulai seseorang pun dengan diamku. Diamku bukan tanpa sebab, terlalu kecewa dan terlalu sedih yg membuatku diam menutupi semua perasaanku dengan oranglain, bahkan aku harus menyiksa diri aku untuk menahan segala rasa. Aku tak berani ungkapkan, karena tak ingin kecewa untuk kesekian kalinya.

kali ini luar biasa dairy, sifatnya hampir sama dengan yg terdahulu mengisi hati ini, tapi kali ini aku lebih tabah dan ikhlas nak bercerita. Hampir tak ada alasan mengapa untuk menjelaskan kenapa aku sudah mulai termotivasi untuk lebih baik, bukan karena dia, tapi karena tuhanku yang nantinya berharap aku akan di dekat lagi dengannya. Bukan kah dalam al-quran Tapi dairy, kenapa aku yg mulai tulus mencintai malah di sia-siakan? aku terasa aku disia-siakan, aku sedih pernah tau perasaan ku, mungkin dia hanya anggap aku bukan siapa-siapa. di posisi yg paling baik, yg menurutku tidak sebarang hati aku tempatkan disana.
Kesian ya aku, yg terlalu mencintai Kadang aku lelah dairy, aku cepat harus menahan rasa kecewa ini. Apa takdir aku seperti ini dairy? apakah kerana dulu aku pernah menyia-nyiakan ?Dairy aku bingung sama perasaanku, apa aku harus mundur untuk tidak lagi?, aku takut  Apa aku harus diam menyimpan semuanya sendiri tanpa di ketahui.

Aku sayang sangat diary. Mungkin setelah semuanya yg aku lakukan akan sama sia-sia. aku harus mundur, aku tak ingin terlalu lama di abaikan seperti ini, seolah aku tidak penting. Aku tak ingin seperti itu. Dia tak tau bagaimana perjuanganku untuk ngeyakinin dia bahwa aku sayang, sesanggup apapun aku, aku akan melakukan apa yg bisa kulakukan, Aku hanya ingin jelasan posisi aku saja, jika memang suka ke aku, setidaknya aku bisa sadar diri, bukan seperti ini yg tak ada kejelasan, hanya membuat aku terasa di sia-siakan. tak mudah diary aku mulai membuka hati ini setelah , cukup lama aku terlarut dalam kesedihan masa lalu dan kini aku pun ingin bahagia dengan yg aku anggap biasa dairy yg berhasil membuka hatiku lagi. Diary  luar biaa aku kagum. Aku tak ingin banyak berharap lagi, aku tak ingin kecewa lagi.

How poor i'm, maybe you dont know me. i know that. Thanks for everything,  :'(

Monday, May 16, 2016

memory 15 mei 2016

Hari ahad lepas kawan aku wan dan amir datang ke rumah bawakan buah tangan untuk aku dan mak bihun sup dan cendol bungkus makan bersama di rumah aku walaupun sebanarnya aku sudah pun makan nasi mak aku masak masak cabai ikan termenung

katanya mereka baru balik dari membeli belah di tesco.mereka mengajak aku keluar pergi makan nasi ayam ayamas sebab dapat kupon diskaun harga murah.aku pada mulanya berat hati nak pergi ingat nak rehat di rumah saja tapi di sebabkan katanya nak celebrate birthday kawan aku wan aku pun ikut bersama.

petang dalam pukul 6.30 kami keluar pergi menziarahi nenek adik wan yang baru keluar hospital kami belikan sedikit buah tangan dan hantar ke rumahnya dan terus ke rumah amir hantar bihun sup dekat mak amir dan terus ke destinasi dalam perjalanan sudah masuk waktuk waktu magrib kami singgah di masjid kubang semang bersolat jemaah magrib hujan pun turun kami tanpa berlengah ke seberang jaya dan berjalan menuju restoran ayamas.Gembira kuasa dua mana taknya ayam seekor boleh enam orang makan kami bertiga saja habiskan

selepas makan kami terus ke Madrasah Raudhatul Ulum Bukit Mertajam mendengar ceramah perdana "Tutupkah auratku?" yang di sampaikan oleh Ustaz Ahmad Rizam al-Ghazali setelah selesai upacara ceramah yang di sampaikan kami berkesempatan bersalaman dengan Ustaz Ahmad Rizam dan berjumpa dengan kawan sekampung wan dan amir yusuf ,wan mengajak pergi makan roti canai pula.aku cakap aku sudah kenyang hantar aku balik dan korang pergilah makan roi canai

menyusur balik ke tempat letak kereta 11 malam oleh kerana hujan aku dan amir tunggu di jalan bertar sambil menunggu wan keluar dari tempat meletak kenderaan di sebabkan lumpur becak secara tidak di sengajaklan tayar kereta di sebelah kanan hadapan tersangkut.wan menyuruh kami menolak.aku cakap dekat wan "undur wan belakang tayar tanah rata."wan pun mengundurkan keretanya mujurlah kataku dapat mengawal keadaan semasa itu dan kereta wan boleh keluar dari lumpur.

Kami pun balik dan ambil yusuf dan teru hantar aku balik ke rumah lebih kurang jam 12 lebih wan berikan aku bawa balik sebungkus roti pedang yang di beli panjang macam pedang .seronok sangat rasa clear je otak aku dari kekusutan di rumah insyallah kalau tak keberatan aku nak pergi lagi ke mana2 majlis ilmu nak dengar ceramah selepas ini lama sudah aku jarang pergi sejak dahulu okay that all 4 now demikianlah memory yang aku simpan dan aku tidak akan lupakan ea..

Tuesday, May 3, 2016

keluarga baru kucing di rumahku

Berjalanlah seekor binatang di suatu kaki lima yang kotor,jijik,busuk dan hina di mata manusia namun begitu bukan keinginanya tapi ketentuan yang menentukan binatang itu sering di gelar kicing kurap biarpun dia selalu berkeliaran pada jalan berturap tidur bertilamkan atap dengan perasaan takut....lapar...gelisah yang tak terperi.

Semuanya sudah menjadi adunan yang sebati dalam diri dia bukanlah kucing parsi yang sering orang sanjungi,dia hanyalah binatang keji yang sering di maki hanya menunggu untuk di hina dan di caci atau sisa yang basi itupun sudah memadai asalkan dia tidak mati.

terlolong manusia sadis itu

"Hey banjingan tempat kau bukan di situ"

"pergi kau! usah kau datang megadu"

"Aku sudah jelak melihatmu"

Setiap detik dia menangis memaksa diri untuk mengais.Harus menongkah wajah yang sadis.Bangsat keparat yang bengis wahai kucing kurap!Di hari mendatang aku pasti kau merasai menang sekarang kau terpanggang Mungkin nanti kau akan meratap si hati garang yang tengelam oleh suara tagisku


Inilah tok wan


mmm,begitulah  yang dapat aku nyatakan bahawa aku telah membela 2 ekor kucing jantan seekor kucing jiran aku yang baru pindah dan seekor kucing kurap yang sakit selalu di beri makan dan berkeliaran di rumah aku yang di beri nama Tok Wan


Minggu lepas aku mandikan Tok Wan. eargh! busuk bak bau bangkai.Sekarang Tok wan sudah sihat sesihatnya tidak macam dahulu badanya kurus sangat macam tak terurus.Aku pun gembira tok wan sihat kucing kat rumah pun friendly dengan Tok wan dan Anja lagipun status aku pun dua beranak kat rumah dengan mak aku


Ini Anja

Aku beri nama anja sebab dia manja dengan semua anja pun jantan


Ini Tam Boy

Mak aku yang bagi nama tu.Tam Boy ni anak kepada Rona adik kepada Ziera dan Isang.Ibunya Rona telahpun mati 14 April 2016 umur rona hampir 6 tahun 12 kali beranak anaknya 52 ekor.anak rona yang mati 45 ekor dan yang masih hidup mungkin 7 ekor.

Rumah aku dah macam wellfare kucing dah kalau nak ada yang nak beranak macam kucing betina aku dulu Rona anak2nya aku lah nak kena sekolahkan kucing sebelum bagi dekat sesiapa nak bela.sekarang aku bela anak rona 3 ekor Isang,Jira,Tam Boy dan kucing lain Teh,Tok wan,Anja dan Teh cik jadi semua 7 ekor seekor lagi Comel jiran aku bela.sekian dahulu cerita  mengenai kisah kucing di rumah aku




Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping