Tuesday, May 3, 2016

keluarga baru kucing di rumahku

Berjalanlah seekor binatang di suatu kaki lima yang kotor,jijik,busuk dan hina di mata manusia namun begitu bukan keinginanya tapi ketentuan yang menentukan binatang itu sering di gelar kicing kurap biarpun dia selalu berkeliaran pada jalan berturap tidur bertilamkan atap dengan perasaan takut....lapar...gelisah yang tak terperi.

Semuanya sudah menjadi adunan yang sebati dalam diri dia bukanlah kucing parsi yang sering orang sanjungi,dia hanyalah binatang keji yang sering di maki hanya menunggu untuk di hina dan di caci atau sisa yang basi itupun sudah memadai asalkan dia tidak mati.

terlolong manusia sadis itu

"Hey banjingan tempat kau bukan di situ"

"pergi kau! usah kau datang megadu"

"Aku sudah jelak melihatmu"

Setiap detik dia menangis memaksa diri untuk mengais.Harus menongkah wajah yang sadis.Bangsat keparat yang bengis wahai kucing kurap!Di hari mendatang aku pasti kau merasai menang sekarang kau terpanggang Mungkin nanti kau akan meratap si hati garang yang tengelam oleh suara tagisku


Inilah tok wan


mmm,begitulah  yang dapat aku nyatakan bahawa aku telah membela 2 ekor kucing jantan seekor kucing jiran aku yang baru pindah dan seekor kucing kurap yang sakit selalu di beri makan dan berkeliaran di rumah aku yang di beri nama Tok Wan


Minggu lepas aku mandikan Tok Wan. eargh! busuk bak bau bangkai.Sekarang Tok wan sudah sihat sesihatnya tidak macam dahulu badanya kurus sangat macam tak terurus.Aku pun gembira tok wan sihat kucing kat rumah pun friendly dengan Tok wan dan Anja lagipun status aku pun dua beranak kat rumah dengan mak aku


Ini Anja

Aku beri nama anja sebab dia manja dengan semua anja pun jantan


Ini Tam Boy

Mak aku yang bagi nama tu.Tam Boy ni anak kepada Rona adik kepada Ziera dan Isang.Ibunya Rona telahpun mati 14 April 2016 umur rona hampir 6 tahun 12 kali beranak anaknya 52 ekor.anak rona yang mati 45 ekor dan yang masih hidup mungkin 7 ekor.

Rumah aku dah macam wellfare kucing dah kalau nak ada yang nak beranak macam kucing betina aku dulu Rona anak2nya aku lah nak kena sekolahkan kucing sebelum bagi dekat sesiapa nak bela.sekarang aku bela anak rona 3 ekor Isang,Jira,Tam Boy dan kucing lain Teh,Tok wan,Anja dan Teh cik jadi semua 7 ekor seekor lagi Comel jiran aku bela.sekian dahulu cerita  mengenai kisah kucing di rumah aku




No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping