Sunday, January 15, 2017

SAILANG - BEKAZON

Kebebasan Lu Bersuara

Selamat pagi kotaraya kotorku.Pastikan cukai lu orang terbayar,kasihanla menteri-menteri manja kita tu semua,camaner diorang nak gi makan angin tanpa mengepau periuk nasi kita. 
Artikel pertama gua tulis kat blog ni dulu adalah pasal mamat sailang tokoh jurnalis bekazon yang berpengaruh berani kepada aliran media massa,media massa yang kini ditawan oleh bapak-bapak ayam di parlimen.Gua harap dari membaca artikel 'SAILLANG' semangat jurnalistik lu orang semua semakin meluak-luak sebab dalam masa beginila rakyat perlu lebih bangkit bersuara.Kalau mamat sailang tak cukup membakari semangat kebenaran dalam diri lu,gua kenalkan lu kepada Semangat  mamat sailang yang telah diilustrasi,didakwatkan dan dihidupkan kembali dari mati.



Di sebuah bandar ,bau busuk daripada najis najis si mereka yang mentadbir negara mencemari kesucian penduduk kotaraya dan isi kandung media massa,tetapi dengan kata-kata kesat daripada sailang kebenaran semakin disedari rakyat yang buta meluahkan pandangannya terhadap politik semasa dan juga jangkaannya akan konteks sosio-politikal masa akan datang melalui komik "Transmetropolitan BEKAZON." Komik ni memang layan.Gua terpegun dengan naratifnya yang direk dan ikhlas.Tapi gua jadi takut sebab gua terpikir pasal jangkaan George Orwell dalam ceritanya '1984' yang menjadi nyata.Gua cuak kalau jangkaan Warren Ellis ini pun menjadi kenyataan sebab memang isu-isu yang ada dalam komik ni adalah realiti.Cuma efeknya teramat menakutkan.
Gua cuma ada isu ,jumlah yang ada adalah 10 isu.Akan gua kumpulkan kesemuanya.Tapi sebelum gua beli kesemua 4 isu tuk buat koleksi,gua tengah siap-siap sebab gua tak sabar sangat nak baca semua.
Isu pertama telah gua promote tuk lu orang.
klik majalah tuk layan saiz sepenuhnya,
selamat membaca.

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping