Pagi td aku fikirkan mengapa dengan mak aku. aku tidak selalu bercerita tentang masalah yang aku alami. Permasalahan yang aku hadapi. Meski sesekali menangis, tapi mak aku begitu tegar & tabah. Masalah yang aku hadapi tidak ada apa-apanya dibanding masalahnya apa pun aku tak tahu. Kehidupannya seperti sebuah cerita, penuh dengan liku-liku. tapi itu mengingatkan aku kembali untuk tetap percaya.Ya, aku percaya bahwa Tuhan telah memberi manusia ujian sesuai dengan kehendaknya.
Dia mengajarkan manusia untuk lebih baik lagi dan mampu bertahan hidup melalui ujianNya. Bukankah hidup ini adalah pegembaraan? aku harus belajar dan menghadapi ujian, sama seperti di rumah aku selalu di marahi mak ada saja yang tak kena kadang2 mencabar kesabaran aku sebagai seorang anak yang menghormati orang tua, kenapa aku di persalahakan sedangkan aku tak tahu apa2 pun dan aku sendiri tak faham dengan mak aku,macam mana lagi,bagaimana lagi aku nak turutkan kehendak mak aku sanggup buat apa saja kemahuanya tp di balas balik dengan cemuhan dan kata-kata darinya kenapa dengan mak aku harus seperti mana lagi dan soalnya apakah yang mak aku bebelkan dan jawapan di salah aku mengapa tp selama mana aku akan mampu bersabar,
aku juga tahu bahwa akan selalu ada jalan keluar dari setiap masalah dan keikhlasan serta kesabaran dalam menghadapinya. aku selalu ingat hidup aku, dan tentunya hidup semua orang dan ini akan selalu menjadi pegangan aku ketika aku kecewa.Mak,maafkan man kerana man tak dapat mungkin akan menggugat kedamaian,ketenangan serta kebahgianmu,namun man mengharapkan mungkin mak tidak akan membaca dan meratapi cerita man di sini ke penghujung bicara hanya melemahkan semangat aku sebuah pengertian bahawa aku masih menyayangi ibu hingga saat ini.
Mak, marah tak menentu selalu menyuruh aku pergi tinggalkanya menghalau aku setiap hari,kadang aku tak faham macam mana lagi nak memenagi hati mak masih kah mak ingat man anak kandung mak sendiri kira mak penuh dengan bencinya tehadap aku jika marah.... untuk keluarga hanya tinggal kita berdua beranak saja bukanya ramai lainlah kucing2 peliharaan,Di mana aku kembali kasih sayang aku sebagai anak mu,masakan mak lupa,.tergamaknya mak menghancurkan tembok ingatan pada sayang aku kepada ibu tersayang.Adakah mak marah dengan persoalan ini ataupun persoalan ini di ajukan untuk membuatkan mak menyayangi,Tidak... mak yang aku sayangi aku sakiti,tidak.... mak ketahuilah oleh mu aku amat menyayangi mu kaulah ibu kaulah bapa.
Resah yang melayan diri aku tak dapat aku luahkan lagi di sini aku tak sanggup menanggung duka,aku mengerti semua ini ianya bukan di hasratkan oleh aku.mak terimalah aku anakmu dengan seadanya,aku sendiri tidak tahu mengapa???dan apakah ia?soal manakah ia? benar aku tak faham adakala aku bertanya apa,apadia,apa ini mak tergesa-gesa mak mangatakan yang bukan-bukan membuatkan aku fikiran sakit,siapa yang mampu bersabar selamanya sebegini.
Aku juga tahu mak bukan nya ada duit untuk berbelanja kerana inginkan menunai ibadah hajinya tahun depan. Dengan tidak seberapa aku serahkan wang saku aku dan juga sebahgian gaji aku RM 360 untuk mak berbelanja jikalau aku nak guna duit aku akan minta sedikit pada mak itu lah kata kata ku padanya. Insyaalah kedepan kalau kreditor aku ada di dalam tangan aku berikan lagi kepada mak itu tekad aku.
Tapi malam ini seakan suram sekali sebab mak tak begitu sihat demam sebab paginya kemarin aku bawa mak ambil darah di HSJ semoga mak beransur sembuh dan sihat man sayang mak.
Keluhan anakmu
Mhd Akmal
Aku juga tahu mak bukan nya ada duit untuk berbelanja kerana inginkan menunai ibadah hajinya tahun depan. Dengan tidak seberapa aku serahkan wang saku aku dan juga sebahgian gaji aku RM 360 untuk mak berbelanja jikalau aku nak guna duit aku akan minta sedikit pada mak itu lah kata kata ku padanya. Insyaalah kedepan kalau kreditor aku ada di dalam tangan aku berikan lagi kepada mak itu tekad aku.
Tapi malam ini seakan suram sekali sebab mak tak begitu sihat demam sebab paginya kemarin aku bawa mak ambil darah di HSJ semoga mak beransur sembuh dan sihat man sayang mak.
Keluhan anakmu
Mhd Akmal
No comments:
Post a Comment