Monday, March 26, 2018

ketumpang air / sireh cina

selepas di cuci betul-betul

Aku nak kongsikan satu artikel tentang khasiat pokok sireh cina atau sesetengahnya dikenali sebagai sireh Bunian. Sebenarnya pokok sireh cina ini ini banyak terdapat di halaman rumah aku. Sebelum ini Aku tak tahu bahawa tumbuhan ini banyak khasiatnya. Ia banyak tumbuh di tepi dan di dalam pasu bunga. Ingatkan ia tumbuhan liar biasa, jadi Aku cabut jer laa untuk membersihkan halaman rumah dan pasu bunga dari tumbuhan liar ini..yerlaa menyemak jer kan...huhu..

Jom kita tengok apa khasiat di sebalik tumbuhan liar ini...
Selain Ketumpang dan sireh cina, pokok ini pokok ini turut di kenali sebagai sireh laut, sireh pasir, sireh air dan sireh bunian.

Pokok ini sebenarnya ada dijual di kedai sinsei cina tetapi dalam bentuk yang telah dikeringkan dan dijual RM10 untuk 100gram.(mahal juga tu sebenarnya) - See more at: http://kezoom.blogspot.com/2014/12/keistimewaan-pokok-ketumpang-air-atau.html#.VI69yns26dQ
Haaa..nie dia pokok Sireh Cina...pernah tak korang tengok atau jumpa pokok nie...pokok ini juga dikenali sebagai sireh bunian. Yang menariknya, sepupu aku  kakak lili bagitahu yang kawan jiran rumahnya ada kutip makan buat ubat Dari situ baru Aku tahu bahawa pokok ini boleh di makan dan dijadikan ulam. Kat kedai ubat cina pon ada dijual pokok ini yang sudah dikeringkan.

Ketumpang air atau mudah dikenali sebagai sirih cina yang nama saintifiknya ialah Gynura Procumbeus ini banyak khasiatnya yang tidak diketahui ramai. Sifatnya yang hidup dikawasan yang lembab seperti tepi-tepi longkang membuatkan orang ramai tidak mengambil tahu tentang khasiatnya. Untuk pengetahuan umum, warna putih yang terdapat dibawah daun sirih ini adalah anti bacteria

 Selama ini aku buang sahaja kerana ingatkan pokok ni sama dengan rumput rumpai yang tumbuh dalam pasu bunga kita.  Dipercayai dengan meminum  jus ketumpang air  ni khasiatnya seperti berikut:
  • penawar sakit sendi dan perut
  • reumatisme
  • jusnya mengelakkan jangkitan pada mata
  • cirit-birit
  • batuk
  • jangkitan pada pundi kencing

Ada juga yang saya terbaca diartikel-artikel yang menceritakan  pokok ketumpang air ni boleh dibuat ulam, dimasak air bersama udang dan juga digoreng seperti kita menggoreng kangkong.

Tapi aku belum mencubanya, lepas ini insyaallah nak try jugak...Anda juga boleh mencubanya selepas ini yer...aku try buat goreng telur dada saja ok jugak tu



No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping