alhamdulillah rezeki memancing petang hari ini di kg. Lie koboi bujang Kampung Aman Pokok Sena.
Sedari sejak dari kecil aku minat memancing kalau balik ke kampung kerenah aku dulu adalah memancing,memancing sentiasa bersabar memujuk aku nyata cintakan kampung sejati baik dunia dan akhirat.Begitulah suatu masa dahulu.rutin cuti sekolah aku penuh dengan aktiviti dengan kawan2 kampung memancing,menahan taut menahan pukat dsg,lebih lebih lagi rindu mak yang tinggal berseorangan di kampung.
Jujur aku katakan sejak dari dahulu aku boleh mendengar atau merasai isi alam masa aku sakit contohnya aku ke rumah kawan aku aku berdiri aku dengar ada beberapa belah pihak tidak mempersetujui aku sebagai contoh larangan masa aku sakit aku berdiri ,diam,kejap2 ketawa seorang2 dsg malas nak cerita panjang aku akaui sebaik mungkin aku jaga tingkah laku aku.
Pejam celik pejam celik hari ini aku menelefon ramli jam tiga petang mengajak dia memancing memang kemarin kami bercadang nak memancing setelah aku bermimpi memancing haruan dapat haruan besar aku pun mengajak ramli memancing di kampungnya tempat yang pernah aku memancing 20 tahun dahulu,hingga ke saat ini aku masih tekenang istilah mohon cara baik kepada penunggu hutan.
memang tempat itu kena redah semak masuk ke dalam hutan.yang pengting niat kita ikhlas setiba di kawasan biawak sebesar tong gas sepanjang almari berlari kelam kabut bila nampak kami,akidah aku dan ramli masih terpelihara menjaga tutur kata di dalam hutan.
aku pun menyebut dan memohon kata aku begini " Tok kami tumpang memancing nak beroleh rezeki nak makan" masa tu ramli tengah sibuk 4 meter dari aku mungkin dia tidak mendengar lengkap bermula nya kami menahan taut mengikat tali nilon kail hanya berumpan cacing tanah di belakang rumah aku aku pun mengikat ke batang-batang kayu dan juga pokok dalam keaadaan turut sama di rasai oleh aku takut di ganggu binatang buas sebab itulah aku meminta kebanaran dengan cara baik dalam aku tengah mengikat tali taut ke sebatang rangting pokok (pucuk pokok) aku rasa tidak sesuai dan aku cabut pucuk tersebut patah aku terdengar bisikan "patahlah pokok tok" aku pun merasai sesuatu dan meyahut maaf tok saya tercabut ubah ikat di dahan kayu mati lebih kuat sedikit ya tok.harann macam bersembang pula di telinga aku apapun paling penting jangan kita tegur pokok "batang kayu serugas macam apa" sebab tak baik tingkah laku kita bermulut celupar di dalam hutan.silap-silap terkena memakan diri kita balik.ingat tu
selepas itu kami meninggalkan kawasan belukar semak dan pergi memancing ikan puyu di hujung kampung seekorpun tak dapat setelah jam 6 petang aku mengajak ramli ke kawasan hutan yang tadinya aku pasang taut, taut pertama seakan tiada ikan umpan dan taut kedua kosong umpan,taut ke tiga terlucut tali terlepas ikan ,taut ke empat aku tengok tali tegang dari batang kayu aku tarik naik masyallah haruan sebesar 2 kilo dan aku turun ke permukaan air membuang semak beroleh ikan taut yang ke lima agak lebih sederhana besar
Secara jujur memang berbaloi kata aku kepada ramli tengok tadi suruh perembut tali kail tahan taut macam aku tak nak kan dah dapat.aku pun beri kepada ramli seekor yang bersaiz sederhana memang rezeki klu dah dekat 3 kilo lebih ikan haruan kami dapat.perasaan gembira dan bersemangat menyerap di dalam hati nak memancing lagi kalau tak keberatan.
kebisaanya aku beroleh haruan sekilo sahaja tapi kali ini rezeki usaha kami dan niat yang baik beroleh ganda rezeki alhamdulilah syukur dengan penuh harapan.
No comments:
Post a Comment