Friday, August 10, 2018

Camera Nikon Coolpix hadiah buat mak tersayang

Sebenarnya hari ini aku rasa macam aku nak cerita sikit pasal kamera digital yang jenis point and snap ni. Yang ni memang  tidak berkaitan dengan SLR maupun DSLR. Hehe.. Pada 07 Julai 2018, aku gi jejalan sekitar bandar. Dah lama dah aku dok cakap-cakap pasal nak beli kamera digital ni, cuma aku je buat-buat tak ambik pusing sebab pada mulanya aku anggap kamera dari handphone sudah memadai. Masa aku dok pusing-pusing tu, aku cakap laa aku nak beli jenis Olympus. Jenis apa tu aku lupa laa sebab aku tak amik pusing sangat. Kat bandar ni, aku cuma gi survey kat tiga kedai kamera la, masa mula-mula tu memang tengok Olympus punya ‘casing’ memang cantik tambah-tambah yang jenis besi. Dalam dok belek-belek tu, aku berkenaan laa dengan Olympus 7200. Harga yang ditawarkan oleh satu kedai ni memang menarik. Bawah dari 1.2k dengan 3 tahun warranty dan 16gb external memori mana cukup duit bro. Pada masa tu, memang nak angkat dah tapi aku terfikir gak.. baik survey kat kedai lain dulu. So aku pegi laa dekat 2 kedai kamera lagi dan bertanya pada model yang sama ni iaitu Olympus 7200.  Kedua-dua kedai ni cakap takde stok dan tak tahu stok baru akan sampai bila. Jadi terbantut laa kejap nak beli sebab takde pilihan. Aku pun cakap laa kat mak aku, “kita survey kat kedai lain dulu ya, tengok laa… hujung minggu ni ka”. aku pun kata ok sebab katanya nak survey-survey kat penang. Kalau kat penang, aku tak gemar dengan kesesakkan orang dan tambahan pulak kat sana terkenal dengan barang yang kelabu asap ni @ underwater punya.

Sample pic gambar camera aku ada dekat mak aku

Balik sampai-sampai rumah, aku tak senang hati. Kesian pulak kat mak nanti kalau nak jejalan kat mekah minggu depan. Masa tu, mak aku dah bawak banyak barang dah sibuk duk sediakan. Kesian ooo.. dok ke hulu ke hilir dengan beban. Pada mulanya memang aku nak survey kat internet malam tu jugak, tapi memandangkan aku rasa tak larat (mungkin sebab aku dah lama tak minum kopi ubat kot)… jadi aku batalkan niat nak godek-godek kat internet. Pada 08.07.2018, aku survey kat internet satu hari untuk cari maklumat pasal kamera digital point and snap ni. Dalam aku dok cari-cari tu, aku dapat laa beberapa tips untuk mencari kamera digital yang terbaik. Di sini aku kongsi sikit dari pembacaan seharian aku ni (mau pening kepala mengadap teks satu hari):

fokus– zooming lense ambik yang lebih dari 5x ke atas. Kalau kurang, nanti tak puas nak zoom.

penyelesian– resolution ambillah yang 6 megapixel ke atas tetapi harus di ingat, jangan berlumba-lumba beli yang megapixelnya terlampau besar nanti merugikan. Lain laa kalau nak buat banner yang besar-besar. 6 megapixel sudah memadai untuk cetak gambar bersaiz 4r maupun bersaiz A4. jangan terlampau teruja bahawa lagi besar megapixel, lagi baik laa gambarnya. Jangan tertipu dengan penjual pasal ni!! Kalau nak main yang resolusi besar-besar ni, amik je kamera DSLR. Yang ni baru laa bermain dengan kamera secara serius dan profitable.

kena– pastikan kamera digital tu boleh menerima aperture yang tinggi. Petikan ini aku ambik dari wikipedia “In optics, an aperture is a hole or an opening through which light travels. More specifically, the aperture of an optical system is the opening that determines the cone angle of a bundle of rays that come to a focus in the image plane.” Secara ringkasnya.. aperture merupakan jumlah cahaya dari luar yang di gunakan oleh kanta. Ia dapat di lihat pada hadapan kamera dengan kiraan f. Semakin tinggi f, semakin kecil corong cahayanya. Ia selalu berfungsi selari dengan shutter pada lensa kamera.

bunyi isyarat– “noise”. ini bukan jumlah bising, tetapi merupakan tompokkan pada sesuatu imej. Kita boleh tengok seperti imej itu berbintik-bintik. Ia di ukur dengan kadar ISO. Makin tinggi ISOnya, makin tinggi noisenya. Cuba banding setting ini pada kamera yang di minati. Berlainan lensa, berlainan jumlah noisenya. Cuba setting pada ISO 400 sudah memadai.. Ia juga berfungsi untuk mengambil gambar pada suasana gelap atau malam di mana jumlah cahaya adalah limited.

batter cari lah optical lense. Jangan beli sesuatu kamera yang menggunakan digital lense. Kenapa saya kata tidak, apabila kita zoom menggunakan optical lense.. ia berfunsi seperti kanta pembesar manakala digital lense berfungsi seperti kita memotong gambar pada sesuatu imej dan kita membesarkannya pada saiz yang kita nak. ini menyebabkan gambar menjadi pecah dan noise pun makin meningkat. Lalu menyebabkan kualiti gambar tidak sharp dan cantik.

lampu– flash yang tinggi kualitinya merupakan xenon flash. Sekiranya flash jenis yang bagus, maka gambar yang jauh dapat di ambil kerana jumlah cahaya yang keluar dari flash dapat di sokong terhadap objek yang ingin di ambil. Namun begitu, setting yang sesuai harus di gunakan dan flash harus digunakan pada jarak objek dan masa yang sesuai bagi mengelakkan objek terlalu di limpahi dengan cahaya flash.

kompenen– sensor pada kemera cari lah yang jenis CCD dan bukannya CMOS. Saya tidak dapat menerangkan secara lebih terperinci mengenai kurangnya pemahaman aku terhadapa sensor ini.

flash– lens yang baik. Cari lah lense yang berjenama buatannya. Sebagai contoh Nikon untuk Panasonic Lumix. Dari pembacaan saya, lens Nikon coolpix adalah yang seiring dengan len-lens yang bermutu.

jaminan-warantty carilah dari kilang bukannya dari kedai. Kalau warantty dari kedai, kemungkinan besar kamera atau barangan tersebut adalah underwater atau lari tax!

hurmmmm...Jadi, itu lah ciri-ciri yang aku titikberatkan semasa membeli kamera digital ni. Kalau DSLR, korang kene cari lagi laa infonya. Kene jadi cerewet skit sebab benda-benda kamera DSLR ni bukannya murah kan.. Ciri-ciri seperti shockproof, waterproof, interface yang cantik, body yang cantik dan lain-lain lagi merupakan ciri-ciri tambahan sekiranya korang rasa perlu. Sebagai contoh, kalau korang ni jenis cuai dan menyebabkan benda-benda elektronik ni jatuh sana sini maka ciri-ciri shockproof adalah perlu. Tapi janganlah pulak bila jadi shockproof, korang jadi lagi cuai.

lagi Ok la, berbalik kepada kes aku tadi. Pada malam 08.02.2010, aku terus tangkap kamera digital model Nikon coolpix dengan harga rm 388.00. Pakej yang aku dapat ialah kamera, external memori 8 gb, mini tripod, av dan usb kabel, beg kecik (beg Nikon ni jenis bunjut punya.. kurang cantik tapi kualiti tetap ada dari segi materialnya). Sebenarnya aku di’offer’ oleh salah satu kedai yang takde stok Olympus masa pencarian terdahulu. Masa tu aku tengok je laa sebab masa tu aku lebih terpukau dengan material casing dari Olympus yang waterproof dan shockproof. tapi harus di ingat, alat gantian Olympus agak mahal tau.. bateri sahaja dah mencecah RM 2++ manakala jenama lain merangkumi RM 1++.  Aku suka tanya benda-benda yang maintenance ni sebab benda ni laa yang menjadi penentu kepada duit kita keluar selepas beli sesuatu benda. Kamera ni telah dilaunch pada september 2009, so kira baru lagi laa.. tak sampai setahun pun lagi. Aku juga tengok review dari internet dan ternyata kamera ini merupakan balance antara harga dan kualitinya. Kalau dibandingkan pada golongan 12 megapixel punya kamera, dier merupakan top ten. Pada jenama Nikon model ni mendominasi ranking 3 ke atas dan lain – lain kualiti pun berada pada tahap 5 ke atas. So bagi aku ok laa.

oh ya Lupa aku nak bagitau, pada mulanya aku pergi ke kedai yang aku fikir menjual kamera lebih murah iaitu kedai pertama kerana aku boleh negotiate kamera Olympus 7200 pada harga Rm 999. Padahal harga sebenar adalah RM 12++.++. Tapi alangkah tak bestnya sebab brand Lumix ni diorang bagi pakej yang tidak menarik, mungkin sebab penjual yang aku negotiate tu takde kot. Diaorang letak harga RM 1300.00 tanpa mini tripod. Dah laa harga lagi tinggi, takde freegift lak tu. So aku pegi laa kedai yang kedua ni. So far layanan diaorang pun ok dan tak lokek menceritakan ciri-ciri kamera digital yang aku cuba(time ni aku tak konpom nak beli pun). Aku tengok pekerja pertama macam tengok aku dengan renungan tak puas hati. Biasa laa customer pegi ke kedai lain.. tu laa, sapa suruh takde sikap negotiable. Kang customer dah lari.. hehehe. Lupa aku bagitau yang kamera digital aku beli ni ada movie capture. so ini merupakan ciri-ciri bonus pada aku selain dari megapixel yang tinggi (aku tak terpedaya ngan megapixel yang tinggi maka kamera lebih baik ya). Selain itu juga, aku suka ingatkan kepada jenis extenal memori ni.. cari laa yang baik dan kalau boleh biar lah ada back up external memori jugak. Kot-kot memori satu KO, ada back up memori. 🙂 Bateri pun cari yang rechargeable, yang ini lebih mesra alam cuma tak mesra kepada masa laa sebab kene nunggu time bateri alkaline habis. Pada aku, kamera canon juga menawarkan kualiti yang bagus dari segi gambar sekitar (campuran warna lebih cantik) berbanding lain-lain jenis kamera tetapi pada ruang dalam bangunan @ rumah, kualitinya dapat di kalahkan oleh jenama-jenama lain(ini aku cerita pada setting standard laa). Jadi kalau nak beli sesuatu kamera digital, harga kamera dan jenama kamera bukan lah sesuatu yang pasti bahawa lagi mahal kamera, lagi bagus kamera tersebut! Yang penting, sebelum beli survey dulu selera poket korang, kualiti gambar yang dapat di beri oleh kamera korang, harga barangan selepas tamat warantty, spesifikasi kamera dan survey harga pada beberapa kedai berserta freegiftnya. Yang paling penting, jangan percaya 100% pada penjual!! Survey pada internet dulu, pastu baru bandingkan kebenaran dengan penjual. Kadang-kadang, penjual ni rekomenkan stok kamera yang kurang laku atau nak suruh korang membeli kamera yang mahal. Walaupun poket aku nipis sikit walaupun sekarang aku belum ada smartfhone tak apa lagi tapi kegembiraan mak aku adalah pricele$$$$$$$…..sebab mak tak pandai guna smartfhone  sayangilah mak korang. Kalau awek tu, jangan sayang sangat… takut korang melabur yang takde hasil.Selamat bergambar mak di sana ya...

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping