cerita dahulu
20 tahun yang lalu aku
akui aku mengalami tekanan mental dan menghidap skizofrenia sebelum dan selepas
aku menjual motosikal Yamaha ss two aku…sebelum aku menjual motosikal kesayangan aku itu aku sering di buru
tanggapan negatif apabila aku pulang ke rumah dari tempat kerja selepas berehat
dan sandar/baring di katil bilik aku selalu aku terdengar suara2 sumbang
padahal perasaan aku tak macam orang lain sangkakan atau bercakap.
Ya benar sebelum aku
memiliki motosikal Yamaha SS two aku sebelum itu memiliki motosikal Suzuki RG Sport.
Motor tu aku tak nak ingatlah di zaman2 jahiliah darah muda aku berlumba.dan
banyak aspek rutin harian aku tergugat semasa itu kerana melayan motorsikal RG
Sport aku meronda,melepak,berlumba,bersosial terutama meronda kerana aku punyai
perasaan ingin tahu tempat baru dan jalan-jalan baru yang aku jejak semasa itu
maklomlah baru dapat motor.
Semasa itu kalau ada RM
5 pun cukup duit minyak meronda satu pulau di penang.walaupun aku meronda hanya
dengan berselipar tanpa kasut pun merayau jauh.kebiasaanya pergi mandi air
terjun,berseronok dan bersuka ria dengan kawan-kawan yang lain ada sahaja
planing nak pergi jalan ke mana,sampai mak aku kata masa tu aku ligat
Keaadan aku berubah
setelah aku menjual motosikal Suzuki RG Sport dan beberapa tahun selepas
bekerja aku memiliki Yamaha SS two,aku mula cool down sebab sudah matang sikit
dengan dunia permotoran aku rasa tak kena pula dengan aku di rumah.cuba korang
bayangkan aku just setting pomen motosikal aku tu sedikit2 buka dan pasang cover pun sampai tak dengar bunyi
aku di dalam rumah. sebab semasa itu orang mula sangsi dengan aku aku dapat
rasakan kalau kedengaran nak timbul prasangka tidak memuaskan hati aku di
rumah.tapi klasifikasi ubahsuai tempat pijak pemamdu,paip potong katam belakang dan temgah celencer di ubahsuai lebih panjang palang dan standart change gear potong rxz kawan walaibagaimanapun motor yamaha ss two aku di luluskan oleh pemeriksaan jpj seberang jaya.rajin juga aku ke menadsah surau dan masjid.
Sekian hampir setahun berlalu aku pun giveup dengan
keyakinan aku pun jualkan motosikal Yamaha SS Two sampai di kedai motor aku diamkan diri sahaja sampai bos cina cakap dekat mak aku suruh bawa aku berubat.dan 2 buah gitar elektrik Crafman,Axtech
dan em epiphone aku akusakit sampai aku kekadang bangun tidur aku tidak
bergerak ataupun aku duduk sekali pun aku ti dak bergerak malahan lagi
kedengaran bunyi.sekiranya aku berbaring di dalam bilik aku tak bergerak sampai
ada beberapa ketika aku merasakan sakit kepala seaakan melingkar di dalam
kepala aku seperti tersusuk keris, aku bertahan sekiranya aku mahu makan aku
makan sekiranya tidak aku hanya menjamah secawan mark milo di tengah
malam.Pernah mak aku melayan aku bertanyakan aku mahu makan aku mengangguk dan
setelah di hidangkan aku menolak makanan aku di meja makan.
Dan semasa aku di alam
aku sendiri ketika sakit aku jarang keluar rumah melain buat kerja2 kebersihan
di persekitaran rumah aku banyak berada di dalam rumah sampai wajah aku sekaan
pucat dan tidak berdunia dengan dunia luar sehari boleh dikatakan aku mandi 9
kali setiap kali solat dan sampai ke malam.Bila di awal pagi adalah sekali itu
kedengaran helicopter Nuri di landasan kapal terbang aku di dapur berdiri di
atas kerusi dari helicopter itu mula terbang dan 4 jam kemudian mendarat baru
aku turun dari kerusi di dapur.memang tak masuk akal aku harap korang janganlah
gelakan aku betul aku cakap.
Berjalan kaki seorang diri
Ada sesekali aku
mengecapi dan mengecam suasana aku keluar berjalan-jalan di kampung seberang
dan pernah di ambil oleh orang kampung suruh aku balik dan hantar aku balik ke
rumah ketika tengah aku berjalan-jalan jauh.
Pernah aku naik bas
ekspess dari KL ke Butterworth berhenti di RnR sekejap aku seorang menyeberangi
ke RnR di atas highway yang satu lagi di arah bertentangan.sebab aku seolah menerima arahan di dalam
otak dan kemudianaku kembalu ke RnR tempat destinasi bas aku bas aku berjalan
aku berlari sekuat hati dan menepuk
belakang bas berhenti dan aku naik aku bohong sunat cakap terkandas di toilet td tak tahan orang
ramai.orang ramai dalam bas ketawakan aku.
Pernah di suatu petang
aku berbaring di tempat tidur kemudian di kusyen aku memerhatikan tingkap rumah
aku aku perhati dalam dalam walaupun di dalam tutup tingkap aku meneliti setiap
urat dan aku terpandang benda halus seakan peluru bom di angkasa melalui di
garisan urat tingkap aku keluar ke hadapan rumah sebuah kapal terbang berlalu
kemudian aku mandi dan bersiap untuk berjalan dari rumah ke maklom ke Sungai
Dua ke Permatang Sungai Dua dan simpang empat permatang buloh dan menerusi
lebuhraya dan di perbatasan sawah di kampung aku.
Semasa di dalam
perjalanan sampai si Sungai Dua aku menapak sampai waktu magrib di hadapan aku
masih meruskan perjalanan antara pokok dan hutan aku seruis aku melihat seperti
zaman dahulu tentera bergajah dan pedagangan sedang melintas jalan di hadapan
aku.keaadaan pun semakin kelam dari samar-samar aku ketika magrib.
Aku meneruskan
perjalanan ke Simpang empat permatang buluh keadaan selepas magrib aku membuang
selipar jepun aku dan sarungkan kedua di siku lenganaku.Ada beberapa orang
tegur kenapa tak pakai kasut aku cakap kaki aku melecet jalan jauh.
Sampai selepas lebuh
raya di perbatasan sawah di kampung aku di alam aku lagi seolah aku mengheret
tali seekor kuda mengikuti aku.aku buat
tak peduli sahaja hari dah malam dah isyak masa tu.bersusul masuk ke kampung
dan aku terbering di ruang tamu rumah aku kerana keletihan.
malam itu kira-kira
10.30malam ada bomoh datang berubat aku tak berdaya lagi agaknya bomoh tuh
sudah kunci pergerakan aku mereka merampas lukisan2 aku underground megazine,demo,blank
tape,music rock sampai ke universal mini lp dan tape serta cd termasuk poster2
di dalam almari dan baju-baju black metal aku masa itu mak aku kata aku terlalu
asyik dengan pengaruh underground.
Aku kecewa selepas aku
bangun dan menangis aku berkata semua ini sia sia sahaja aku selama ini seakan
membunuh jiwa aku yang aku dalami.namun semangat aku cukup sekadar di situ aku
beralih kepada muzik yang di terima pakai oleh orang kalayak ramai.
Jumpa hantu
Dalam hidup aku pernah
jumpa hantu korang percaya atau tidak aku cakap betul mungkin ini adalah
keaiban aku di Pulau Sayak ketika itu pulul 2 pagi aku pernah jumpa pocong laju
turun bukin aku terkejut dan megatakan kepala butuh dan terus melarikan diri
dengan motosikal aku.Aku pernah jumpa mawas sebesar kingkong di bawah jambatan
di Taipingketika itu pukul 4 pagi.Aku pernah jumpa bebola api,aku pernah jumpa
orang tua berbaju melayu tanpa kepala duduk atas basikal tua dsbg.Hantu Jepun.Budak
berkepiah berkibas-kibas tangan dengan cepat melambai tangan di perhentian bas
tapi aku teruskan memeandu sampai nak naik highway satu kawasa hadapan tak ada
lampu dan aku patah balik dan ke jalan lain budak itu sudah tidak kelihatan di
kawasan tersebut …aku tak kacau diorang dan diorang tak kacau aku.
Sekarang
Sekarang aku sudah
tidak macam dahulu mahu bermasyarakat berdunia dengan orang ramai berkongsi pendapat
dan bersembang.dan jarang keluar malam dah serik kalau dirumah pukul 6 petang
aku sudahpun berkabung di rumah tunggu esok hari jikalau aku bercerita pangjang macam triller tengah malam banyak iktiar perubatan termasuk perubatan tradiasional aku berubat.Satu lagi rahsia suhah 17 tahun aku tinggalkan dari menghisap ganja cerita ini aku ada beritahu kepada doc pakar sakit jiwa dato tan che kuan semasa aku menerima rawatan susulan di hospital swasta lam wah ee doc nasihatkan aku suruh berhenti dari ambil ganja secara berkurangan at last aku berjaya berhenti sampai mati pun aku tak nak lagi benda tu .dan selepas aku dengar ceramah aruah prof harun Din 17 belas tahun yang lepas..trust me aku pun sudah kurangkan merokok sekarang dan badan aku agak berisi keadaan aku sekarang. ...Di rumah Cuma kekadang aku beremosi
lama2 sekali aku bertempik itu aku tidak nafikan kekadang aku bebal dengan mak
aku semasa itu.inilah hakikatnya aku kena makan ubat sampai mati dan seorang
yang mengidap skizo aku harap korang pun boleh menerima aku seadanya akupun makluk
tuhan hanya manusia biasa.
No comments:
Post a Comment