Kemarin aku buat kaedah cantuman baji pada tumbuhan pokok bunga kertas di antara pokok hiasan yg. mudah dan boleh di lakukan cantuman baji.
Pemilihan dahan untuk baji (2 inci) bergantung kepada kehendak penanaman sama ada untuk warna bunga & daun yg. Berbagai ketahanan terhadap iklim tempatan,penyakit & sebagainya.
Langkah-langkah
Pilih dahan yg di kehendaki sama saiz dengan pokok/dahan penanti.
Gunakan pisau yg tajam & bersih untuk membuat potongan membentuk baji pada dahan yg di pilih.
Pada dahan/pokok penanti potongan berbentuk (v) di buat pasti.
Pastikan potongan baji dan bentuk (v) bersesuaian di antara satu sama lain
Cantuman dengan cermat kedua - dua bahagian dan ikat dengan pita plastik yg di ikat mestilah menutupi keseluruhan bahagian cantuman
Pastikan karung plastik lutsinar dan ikatkan karung plastik di buka setelah 2,3 minggu cantuman berjaya tumbuh.
No comments:
Post a Comment