"Apabila takdir berbicaRedha aku tidak akan putus asa dalam hidup aku sudah kelu tidak terkata. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui setiap kehendak hamba-NYA. Tarbiyah-NYA penuh hikmah. Bila hati tawakal pada-NYA, ketenangan pasti menyinggah. Tersentuh akan nikmat kasih-NYA pada diri. Katakan pada hati, segalanya punya hikmah yang telah cantik di susun -NYA. Senyum lah selalu walau di uji, walau hati rasa tak mampu dengan ujian. Kita perlukan-NYA lebih dari segala-galanya. Di mana DIA di hatiku? Carilah DIA disetiap langkah"
Bahawa Aku Tidak Gagal.!
"Jika aku gagal. dah beberapa kali aku cuba, tapi aku gagal."
Ya,sebenarnya kata-kata ini lah yang hakikatnya membunuh kita secara diam-diam. dan akhirnya, kita mati dalam keadaan tidak kita sedar. Mati yang bagaimana? Mati akal untuk mencuba, mati hati untuk melihat jalan lain, dan berputus asa dari rahmat Allah. Pastinya anda pernah merasai putus asa untuk mencuba dan terus mencuba......
Jom berfikir secara positif...! Jom ubah...! bagaimana..?
Apa yang anda fikir, itu membentuk diri anda, Apa yang telah di'set'kan di minda, itu yang akan memandu perjalanan sebahagian kehidupan anda.
VS
"Walaupun aku dah cuba beberapa kali. tetapi masih belum berjaya."
Maksud Gagal dan belum berjaya adalah dua perkara yang ketara berbeza.
Bilamana anda gagal, bermakna tiada harapan untuk anda mencuba dan terus mencuba.
Bilamana ianya belum berhasil, anda masih boleh terus mencuba sehingga berjaya.
Dalam Sejarah telah membuktikan, Thomas Alva Edison belum berhasil mencuba sehingga beribu kali untuk menghasilkan lampu pijar, tetapi akhirnya berjaya buat setelah lebih 10000 kali mencuba. Dia tidak gagal tanpa terus mencuba, dia mencuba tetapi belum bertemu hasilnya. Dan, usaha percubaannya mendatangkan hasil..! Andai kata dia mengaku gagal dan berputus asa di peringkat awl, pasti tidak akan ada hasil dari dia yang bernama Thomas Alva Edison ketika itu. Itu perbezaannya, dan lihat hasilnya..!
Jom Lihat pula Albert Einstein, dia merupakan pakar Matematik dan Fizik. Tahukah anda, diperingkat awal, Albert Einstein ini pernah gagal dalam ujian Matematik. Tetapi kegagalan itu tidak menutup jalan usahanya untuk bertemu hasil hebat di penghujungnya. Siapa dia yang kita kenali? Pakar Fizik dan Matematik terkemuka. Formula-formulanya digunapakai manusia.
Marilah Ambil iktibar dari dua cerita ini. Jika mereka, terus yakin dengan usaha yang dilakukan mampu mendatangkan hasil, maka kita selaku umat Muhammad S.A.W diajar dan dididik utk tidak berputus asa dari rahmat Allah, inikan pula merasa gagal dan tidak mahu terus berusaha dalam sesuatu perkara.
Jika Anda belum pernah temui perkataan penghujung gagal dalam hidup anda, tetapi yang anda temui adalah, belum berhasilnya usaha anda.
Cubalah Buat diri ini dan rakan-rakan, yakinlah, Allah menyediakan jalan terbaik buat kita, Allah menguji kita dengan berbagai ujian. Bersabar, berusaha dan jangan berputus asa dari rahmat Allah. InsyaAllah, anda akan menemui satu kemanisan di akhirnya. Berusaha, dan terus berusaha mencapai sesuatu perkara. Andai perkataan GAGAL di depan mata, itu cuma mainan semata-mata. Disebalik GAGAL itu, ada HASIL yang menanti jika diteruskan dengan USAHA.
p/s~kepada diri aku don't give'up,dan buat semua, ayuh turut berusaha menjadi muslim terbaik. Semoga Allah Redha aku tidak akan berputus asa dalam hidup dan pekerjaan aku sekarang.
p/s~kepada diri aku don't give'up,dan buat semua, ayuh turut berusaha menjadi muslim terbaik. Semoga Allah Redha aku tidak akan berputus asa dalam hidup dan pekerjaan aku sekarang.
No comments:
Post a Comment