Pagi tadi aku sempat berkebun dekat kawasan rumah cabut rumpai lalang di kawasan aku tanam serai.kebetulan ada lebihan serai raya hari tu aku rendamkan sampai tumbuhnya akar dan tanamkan di kawasan belakang rumah aku.
Serai yang di rendam air selama 2 minggu
Aku tanam dalam bekas tayar lori terpakai bagi mengelakan di cakar ayam dan kucing. Kalau sebelum ni aku letak batu bata sahaja.
Bersama di kawasan aku tanam serai sebelum ni.
Selain dari itu kucing- kucing aku juga suka gigit daun serai yang aku tanam jd ubat kepada kucing - kucing aku dan untuk kegunaan di rumah. Sekiranya aku memancing ikan darat aku cuci dengan daun serai bagi menghilangkan bau hanyir ikan.
Banyak lagi kegunaanya di dalam masakan dan perubatan.
No comments:
Post a Comment