kali pertama aku bertemu denganmu, hatiku begitu riang gembira.
Demi Allah !!!, aku tidak tahu mengapa.Tapi itulah kebenarannya.Setelah beberapa lama kita berkawan, aku telah jatuh tersungkur ke penjuru matamu. Maafkanku.Aku hanya insan biasa yang tidak dapat membohongi perasaanku bahawa aku menyayangimu.
Dan di saat aku begitu menyayangimu, perasaan sayangku berkelana mencari singgahsana di hatimu. Ternyata aku tidak menemuinya.Engkau mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu untuk aku selam.
Di sana engkau jugalah yang menyalakan api dan membakar aku dalam diam.Jauh di sudut hati ini, aku merasakan engkau masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu SAYANG dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga engkau belum pernah benar benar SAYANG pada seseorang.

Jadi, selama ini siapa aku di hatimu?Aku tahu, engkau anggap aku seperti orang biasa dalam hidupmu.Siapa yang memujuk aku untuk membuka pintu hatiku untuk melamarmu? Siapa yang mengajar aku bahawa SAYANG itu memerlukan pengorbanan? Siapa yang memberitahu aku agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri? Siapa lagi kalau bukan engkau yang ku gelar “ww”
Engkau mungkin jenis seseorang yang boleh di SAYANGI ramai orang berkali kali. Tapi aku pula seseorang yang percaya bahawa dalam hidup aku hanya ada 'Seseorang', seseorang yang nak aku sayangi dan dalam pencarian ku ini,hatiku tersangkut pada dirimu “ww”.Melangkah pergi meninggalkanmu, telah mengambil seluruh kekuatan yang aku ada. Jangan anggap aku sepikan diri kerana aku bencikanmu. Jangan..!!! Jangan pernah kau berfikir sebegitu rupa.
Bagaimana aku harus bencikanmu, sedangkan setiap hari dan setiap detik yang berlalu, aku merinduimu, biarpun engkau tak pernah mengetahui, biarpun engkau tak pernah ambil peduli,Demi Allah !!! Di setiap saat, di setiap gerak nadi jantungku,aku mengingatimu. Seumur hidup ini aku akan menyayangimu. Meskipun takdir yang memisahkan aku dan “ww"
Sebelum aku menyepikan diri dari duniamu, aku ingin nyatakan sesuatu yang tak pernah engkau tahu.Kalaulah engkau bertanya padaku, sedalam mana perasaan aku sayangkanmu,Ini lah jawapan aku untuk "ww"
Semuanya untukmu “wawa”. Seseorang telah berkata, "Jika kita benar-benar menyayangi seseorang, maka biarkan orang itu pergi dengan kebahagiannya. Kebahagiannya membuatkan kita bahagia"
Untukkmu capital “ww”
Kerana aku menyayangimu,aku melangkah pergi, demi kebahagiaanmu. Aku doakan supaya suatu hari nanti engkau akan temui apa yang engkau cari.Supaya suatu hari nanti engkau akan memahami apa erti SAYANG yang sebenar.Supaya suatu hari nanti,engkau akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu SAYANG seseorang dan semoga engkau takkan pernah terlewat untuk menghargainya.walaupun waktu hanya minima bagiku mengenalimu.
Aku percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita,
Aku tahu ada hikmahnya di sebalik semua ini.
Aku juga tak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang mengenalimu, aku telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaanku.
Dihujung bicaraku !!!!
Aku doakamu bahagia dengan hidupmu dunia akhirat.
Maafkan aku kerana mencuri lihat keindahanmu tanpa izinmu.
Maafkan aku kerana menyimpan perasaan ini terlalu lama,
Kerana aku hanya INSAN BIASA..
Insan yang kerdil lagi hina…
Ya Allah Ya Rabbul Izzati !!!!
AKU sayangkan “ww'

”
Kau juga mendoakan aku agar dapat sesorang yang baik budi pekerti dan akhlaknya aku hanya mampu meredhakanya amin,amin ya roballalamin
No comments:
Post a Comment