Sunday, March 29, 2020

Stress bahagian 2






Selamat malam Hampir penghujung bulan 3 dah masuk april.. maksudnya akan tinggal bulan Nak puasa sahaja lagi untuk habiskan tahun ini. Agak rumit sebenarnya untuk aku gerakkan jari jemari berkongsi rasa di blog ciptaan aku sendiri. Memandangkan waktu agak sunyi ditemani bunyi kipas...dan alunan nada bacaan mengaji Radio sunnah..Aku pun sedang Rehat di pondok pegawal maka perlu bagi aku menaip sesuatu. Sebentar tadi aku baru jer memberitahu bos dan orang ganti aku esok aku ada urusan emak aku Ke bank ambil penyata untuk borang kerajaan negeri untuk ibu tunggal dan maklong aku sekali, ke pajak Gadai tukar surat rantai dan ke rumah Imam masjid untuk borang kemaskini zakat untuk bulan puasa akan datang dan untuk tahun depan. Macam-macam aku yang berhadapan dengan semua how to control this feeling serabut dah aku ambil cuti beri masa nak kena keluar duit bayar orang Ganti.rasa barua pun ada, rasa hamba pun ada, rasa memperkuda aku pun ada penatlah dah la  Lari dengan leteran mak aku sebelum ni aku cuti plan nak satel perkara ni mak aku tak nak buat sekarang dia buat kalut.



Bila aku sebut perkataan jiwa kacau..apa sebenarnya yg kacau yer???.. tetiba jer aku terus taip tajuk cam gitu. Ada satu perasaan terasa dalam diri aku nie sekarang. Hati aku macam Leceh  dengan Mak aku macam nak sakit Tapi..kemana pulak halatuju aku nie.  Hati cepat terasa sekarang tambahan pulak bila soal kehidupan aku dijadikan bahan ketawa Dan sindiran Kehidupan berkeluarga aku macam diberi satu Dugaan Bukan kasar..bukan teruk sangat..tapi cukup aku katakan menyentuh hati. Dalam hidup aku skrg..aku cuma mahu kehidupan yang bahagia...Tidak di ganggu dengan macam-macam masalah terkumpul aku tak perlukan harta berjuta.cukup jika hidup kami sederhana sahaja. Bagi aku itu cuma harta dunia... Bila kita mati nanti..kemana harta tu nak dibawa..  Sapa yang tak nak rumah besar..mewah..kereta besar..tapi bagi aku..ukur baju di badan sendiri. Apa guna aku ada rumah besar..kereta besar kalau hutang keliling pinggang..Bukannya aku tidur tepi jalanpun..bukannya aku dilanda ribut..hujan panas..Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Alhamdulillah.

Bila hati aku mula terasa...situasi aku rasa tertekan..sudah pasti jiwa aku kacau. Aku tak mahu jadi lemah. Aku tak mahu orang kesiankan aku. Selagi Allah beri aku kehidupan di dunia ini..selagi itulah aku perlu teruskan hidup walau apapun terjadi. Yang penting aku tak lupakan Allah..Aku tahu..banyak sungguh dosa aku..Aku selalu lalai..leka.. Lupa dengan janji aku pada Allah.. Bila susah aku ingat dia..tapi bila senang aku lupa dia. Aku tak mampu nak puaskan hati semua orang. Cukuplah aku ada rumah..Motorsikal..keluarga Mak sendiri dan keluarga mak saudara yang baik. Terima kasih di atas semua kurniaan. Tapi..jiwa aku kacau bila Pera cakap yang memberi tekanan dan kesedihan dalam diri aku. Tadi aku ada baca isi kandungan sebuah buku yg ada menyatakan ..syaitan mudah mengacau kehidupan kita..terutama bila kita menangis sebelum tidur dan sebagainya. Dia akan ganggu kita dan dia suka kalau hidup kita hancur serta buat perkara perkara yang mungkar. Bila aku baca..baru aku tahu.kenapa aku jadi tak tentu hala..mungkin kerana banyak sangat berfikir dan banyak perkara negatif masuk dalam fikiran aku. Perlu untuk aku melawan semua perasaan negatif..Aku kena banyakkan wirid..mengaji..dekatkan diri dengan Allah..supaya syaitan jauh dari aku.Ya Allah..lindungi keluarga aku..ampunkan dosa kedua ibu bapaku..Lindungi Keluargaku

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping