masakan kutip kat kampung. Goreng ikan senangin terhasil lah masakan rebung campur udang segar masak lemak tengahari ini.
Rasanya yang lemak masin sedikit pedas memang sesuai makan dengan nasi putih.
Selamat mencuba
ramuan
3-4 orang makan
250 gm Rebung segar di cincang halus dan di rebus terlebih dahulu
10 ekor udang segar
3 cawan air
2 1/2 inci kunyit hidup
2 biji bawang merah
5 biji cili padi (yang suka pedas, boleh tambah)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam (boleh tambah jika suka masin
1 sudu teh Secukup Rasa Maggi
1 kotak kecil santan kotak (200ml)
1 helai Daun kunyit
langkah
Gambar di bawah ialah bahan-bahan yang di perlukan. Rebung di cincang halus dan di rebus terlebih dahulu dan udang segar.
Tumbuk lumat bawang merah, kunyit hidup dan cili padi
Didihkan 3 cawan air di dalam periuk.
Masukkan bahan yang di tumbuk lumat tadi, rebung, udang segar, santan, garam, secukup rasa ke dalam periuk tadi. Sentiasa kacau dan api jangan kuat sangat, takut pecah minyak. Akhir sekali masuk daun kunyit.
Yeah..sudah masak. Sedia untuk di hidang
No comments:
Post a Comment