Saturday, July 2, 2022

Cuba umat Islam fikir dan renungkan iktibar

 >Trully,Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun

>1996 lagi.Bagi mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah sempat
>menemui bapanya,Encik Kamaruddin Abdul Karim,abang sepupunya En Borhan Abd.
>Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan
>peristiwa tersebut.
>
>
>Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab
>peribadi. Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu
>banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat
>dikembalikan kepada Islam.
>
>
>Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat
>pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School
>A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang
>pertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza
>(17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang,
>tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu
>dari kesilapan yang telah kami lakukan.
>
>
>Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun.
>Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai
>kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan.Bayangkan
>bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya
>setahun kemudian.Kehadiran Hartina mengubah hidup kami , kasih kami
>tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang penuh".
>
>
>Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya
>kami penuhi.Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer diKampar.
>Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang
>Lama Kuala Lumpur. Pada tahun 1993 diabertukar ke MayBank, juga terletak di
>Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya.Untuk
>kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di
>Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu.Bermula dari
>situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal
>berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur.
>
>
>Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya di
>Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut
>hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik
>kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate
>En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak dapat
>pergi ke rumahnya pada tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu
>pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci,
>telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja.Kebetulan saya memang ada
>kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam
>6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelaki India.
>
>
>Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak
>menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang
>ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan,
>saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat
>keadaannya, baru terlintas difikiransaya kawan yang dimaksudkan ialah
>lelaki India tersebut.
>
>
>Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak dapat menghidu langsung
>pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami.
>Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini?"Baru
>kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya. Sebaik
>saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin
>memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan
>surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang
>mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah
>menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran
>perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya mempertikaikan surat sumpah
>tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa
>saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.
>
>
>Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak
>mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata.Sepanjang
>zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran
>Islam,sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa
>mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya
>sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki
>India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di
>Mambang di Awan,Kampar.Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki
>tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang
>banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki
>ituBekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama
>mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung
>perhubungan mereka.
>
>
>Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan
>pun kami tak dapat hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu
>pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang
>bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India
>itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya
>langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada
>6.00petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga
>10.30malam.
>
>
>Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk
>tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia
>mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian seorang
>demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkan
>saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu
>membisu sahaja. Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah
>dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi
>agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar
>namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran.Dalam peraturan
>perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin
>dengan lelaki India.Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu
>kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan.
>
>
>Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac1996 untuk menyambut
>hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran
>perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac1996 ini bermaknasaya telah terlewat
>dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah
>menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru
>lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya.Bila ditunjukkan
>kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup.Saya sebelum ini memang
>ada penyakit jantung.Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar
>terkejut.Saya bersama isteri berpandangan sendiri.
>
>
>Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya
>mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis. Kami terus
>ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak
>diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang
>menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan endaftaran perkahwinan
>dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu. Jadi saya
>kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?.Mereka menyuruh saya membuat
>laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) mengatakan anak saya telah
>dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan
>polis. Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami
>tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang kerumah pada
>malam itu.
>
>
>Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi
>tiada sebarang tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya kerana
>awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang
>bertanggungjawabmenukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya "Tuan
>sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad
>pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada
>saya?"
>
>
>Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam
>Wilayah. Bila saya semak di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak
>menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam
>tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang
>tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu. Selepas
>kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya
>cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam
>26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya.
>
>
>Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan
>teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu
>bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu
>di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka.
>
>
>Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan
>saya.Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang
>sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.Saya
>hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu
>bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia
>tidak sayang tidak mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah
>mengandungkannya?
>
>
>Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama
>saudara-mara.Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah
>menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam
>bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak.Pihak lelaki
>telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.Sebaik sahaja
>mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.
>
>
>Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama
>Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu
>akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14April,kira-kira pukul 12.00
>tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya
>menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh.
>
>
>Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah
>reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat
>panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin
>menyerahkan Hartina kepada saya.Atas faktor keselamatan saya telah
>menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan.
>
>
>Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami
>berjaya membawa Hartina ke Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei
>1996. Semasa kami di sana, saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah
>menyaman Jabatan Agama IslamPerak kerana telah memalukan mereka di atas
>pembatalan majlis perkahwinan mereka.
>
>
>Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah
>daripada Hartina .Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat
>Agama Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan
>kembali mengucap dua kalimah syahadah dihadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah
>mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk
>agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur.
>
>
>Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina Rupa-rupanya ia
>tidak berhenti setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu
>daripada si lelaki.Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak
>30juta daripada KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan
>Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan
>malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati
>dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.
>
>
>Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk
>proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya.Setelah
>segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke
>Pulau Pinang. Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap
>bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima
>sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah
>menculikisterinya.Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam
>di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami
>memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.
>
>
>Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dan saya
>menetap di BatuCaves untuk menguruskannya.Tiba-tiba saya mendapat berita
>dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus
>mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke
>Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis
>tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang
>mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara
>sukarela.Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat
>dinyatakan bagaimana perasaan saya,bayangkanlah dalam tempoh yang singkat
>dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang
>diri.Saya tinggalkan rumah dan perniagaan sayaberbulan-bulan. Saya asyik
>berulang alik sahaja ke Kelantan,Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam.
>
>
>Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan,tiada langsung tindakan
>susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh pihak
>berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu
>berada. Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip
>mereka.Empat minggu kawan sayamencari,minggu keempat baru jumpa.
>
>
>Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannya seorang
>diri,tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya
>ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama.
>Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu
>ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan
>Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru.
>Menerusi laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak si lelaki telah
>menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996
>sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu.
>
>
>Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai
>Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah
>pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami
>meminta mereka memberi keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan
>diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada
>nama Hindunya. Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu
>buat pertama kali, pada 30 April1996 saya menukarkan pula nama Hindunya
>kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan Namanya kembali
>kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya
>diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei1996 dia menukar kembali
>namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam
>masa dua minggu sahaja. Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai
>pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan
>kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki
>Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan.Saya
>sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan.
>Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku.
>
>
>Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes
>ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan
>bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan dengan sedaya upaya
>saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya
>melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh
>kerjasama kepada saya sekeluarga.
>
>
>Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya.
>Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata"Kami tak boleh berbuat apa-apa",
>saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa
>Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu
>berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.Tujuan saya naik ketika
>itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu telah
>membawa Hartina masuk ke dalam bilik. Saya bersuara dengan lembut untuk
>memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil
>anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri
>Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali,
>tetapi lelaki India itu diam sahaja. Tidak lama kemudian dia bersuara dalam
>bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan.
>Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh
>tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang
>lucah.Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat,tetapi
>mungkin ada dalang di belakangnya.Ketika dia menghina Islam, saya tidak
>dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar
>panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar
>yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak
>menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang
>menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa
>Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut
>keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.
>
>
>Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan
>jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak
>ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya
>mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah
>sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama
>dengan rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat saya
>berniaga.Apa niat sebenar mereka ?.
>
>
>Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya
>Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14tahun.Semasa saya baru mengeluarkan
>barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meterdihadapan
>saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate
>saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk
>bersembang dan memujuknya sekali lagi.Mana tahu jika hatinya terbuka untuk
>kembali semula kepada Islam. Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun,
>seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk
>menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang untuk
>mempertahankan diri.Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah
>menunggu.Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang.
>Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu
>melawan.Saya jatuh tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang
>meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan
>bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.
>
>
>Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya.Akhirnya saya pengsan kerana
>tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada
>di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh.
>Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya
>ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya agar
>tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan
>Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.
>
>
>Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang
>dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran
>polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa
>ke balai dan ditahan didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad
>saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu.
>
>
>Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua
>hari sebelum saya ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang,
>Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang
>rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan
>senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa.(En.Kamaruddin terhenti
>seketika sambil menyapu airmata).
>
>
>Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00
>seorang.Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya
>masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah,saya terus berhubung
>dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina
>dan rajeswaran.
>
>
>Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah
>menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.
>Rajeswaran adalah saksi ketiga.Selepas dua minggu daripada tarikh
>perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran
>terkena dua das tembakan.
>
>
>Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun,
>tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena
>tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan
>jika ada apa-apa terjadi ke atasnya,orang pertama yang disyakki adalah
>saya. Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi di Balai Polis
>Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.Saya diheret bersama Yazit yang
>turut juga disyaki.
>
>
>Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu
>usianya baru 16tahun. Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia
>Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari.Polis yang
>menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu
>polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan
>kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.
>
>
>Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan
>tulang belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu?
>Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak
>polis. Kami telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang
>merancang kejadian tembakan itu.
>
>
>Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua
>minggu.Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telahmengupah siapa
>dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.Saya tetap tidak
>mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan
>supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk.
>
>
>Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah
>tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila
>keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara
>palsumenjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan
>kes saya untuk di bicarakan.
>
>
>Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga kini ia masih dalam kes.
>Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami
>sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,bahkan ianya lebih
>bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada oranglain.Apa yang saya
>harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa
>Hartina, anak saya itu.
>
>
>Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul
>persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya
>yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah
>An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang
>dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak
>dikehendakki, maka akan disempitkanNya". Apabila sesuatu perkara telah
>menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada
>rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah
>caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya sekarang ialah agar Hartina
>kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam
>agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami. Bukan kami tidak
>
>memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui
>atas perbuatannya itu.

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping