Saturday, November 24, 2012

Biarlah aku beralah

Aku sedar sejak lama, bahwa aku yang sesungguhnya tidak ada Band Muzik. Bukan secara umumnya aku rasa yang tak perlu.walaupun dulu pernah ada band main secara suka2 semasa aku di bangku di sekolah menengah.Aku perlu kepastian di segala waktu. Anehnya, hati yang sensitif itu ternyata tidak cukup sensitif untuk merasa. Merasakan pahitnya jadi aku. Merasakan sakitnya jadi orang yang dikhianati. Merasakan duka dicampakkan, dan seterusnya. Hati ini terlalu egois dan menutup diri dari dunia luar. Naif, tetapi fokus. Fokus ke diri aku yang sekarang aku sudah lama tidak jamming seingat aku last sekali aku jamming tahun 2006 itu pun sekali dalam tahun itu. Mengapa begitu? Apakah berarti kata "aku tidak ada band muzik" hanyalah aku?

Aku rasa tidak.dari awal minggu nih kawan aku Ah chown (faisal) ajak aku main muzik dengan diorg dan semalam dia tel nak bincang nak tubuh band muzik dengan aku.Itu yang membuat diriku terharu sepenuh daya, walaupun ada waktu ketika putus asa melanda.semalam dia nak datang rumah aku tapi mak aku tidak benarkan sbb. nanti aku main gitar tengah malam jiran2 komplen walaupaun waktu itu jam 9.30pm jd Ah chown cakap nak dtg rumah aku  esok petang dia dgn kawan dia  seorang sahaja nak belatih nanti dia ajak kami jamming kat kampung manggis bila  da tahu lagu apa nak main.Dia pernah main muzik di rumah org kawin dulu2 aku pernah pergi tengok diorang belatih itu yang buat aku terus bersemangat teringgin nak ada band group

Tapi main muzik adalah satu komitmen baik di dengar. Sebab semua akan berubah drastis. Sebab auranya  dan faktanya benar begitu. Tanya saja mereka yang telah terjebak di dalam dunia muzik, tanpa pernah berhasil untuk keluar. Atau mereka yang memutuskan berhenti di tengah jalan.

mak aku bising kata mak aku

"ingat lagu aku main sedap ka?"

"ingat rumah ni studio ka?"

"org nyanyi lagu yang sedap pun tk menang pn..."

"esok klu kawan aku dtg  nak kluar pergi mana2"

"p la bawa gitar hang main di rumah depa..."

"ingat kot nak tenang da lg teruk"

"mak aku kata ini semua dari aku yang mula..."

"tu depa tak taw aku main gitar cmna klu tahu aku main cmna depa pn tak mau aih..."

Aku rasa bengang tapi batin aku memujuk agar bersabar aku saja yang ikut kata2 dia kalu tak kena jugak tak tahulah....Tapi justru itu, dan hanya kata2. Bahwa hatiku jd kehangatan, dan bukan mandi matera aku cakap dekat kawan aku esok tak payah datang na la mak aku bising. dia pn faham katanya takpala

Sayang, rupanya semua tidak semudah itu. Aku masih perlu bergelut dengan banyak ekspektasi orang-orang terdekat. Aku masih perlu bergumul dengan diriku sendiri. Dan itu membuatku lelah. Itu membuatku kembali bertanya-tanya. Dan di sana lah aku tidak mampu lagi memiliki racun dalam hati,

Jadi, sudah jelas kenapa aku tidak mempunyai band muzik sendiri? Tapi kenapa ? Karena aku fikir semuanya telah jelas di hadapan mata. Tinggal bagaimana kita mengaturnya. Bukankah begitu?ah sudahlah lupakan saja.....

Sunday, November 11, 2012

Boring la...


bosan yg amat deh smlm.sometime kena restart banyak kali tunggu lama2 tiap kali nak buka computer aku dah sakit.sebelum nih da mengong2 dah.komputer nih xde la lame sgt.aku beli tahun 2004,Pentium 4 still laju lg pun.kekadang,stuck!then kuar bnde plek2 kat skrin tuh dah tak boleh bkk ape da bila hang.igt mozilla je aku pakai hari tu tp lepas aku format aku guna google chrome plak,rupe2nye internet explorer pun tak boleh.hek. erghh~mak aku pun turut bebel keadaan aku uh.aku arif siket bab2 komputer nih.kalau psal kom nih,aku salu tk mintak tolong sape2, .so, aku tgk2 kan lah.apela masalahnye.ini pun kira nasibla baik bleh update td nak buka google chrome tk bolisq download mozila plak baru bleh update

aku ckp kat mak komputer buat hal lg "mak buat lain la, format balek la. dah tak betul dah nih. tapi kne save dlu bende2 nh."nak save pun masalah.tak de CD kosong.ps2 skali jumpe satu CD.aku try la savekn sume document.skali pebende tah aku buat.tgk2 dah xde n tak boleh msk.errr~tak paham aku.sudanye aku tak wat pun.sblm nh aku salu guna utk aku sendiri je...mmg byk cucuk sane cucuk sini. pendrive la machaa.tapi ok je. laju lg.kat user aku lah.kat aku punye user mmg dah tak betol siket.hmm~takpela tgu je la nk format nt.nk tgk ap mslhnye.byk virus kot!*trojan, how dare u!?*so..aku tak de online la sehari due.jarang la on9 n update kot.so, blog story pun sory la x dpt update..kawan cakap suruh aku guna anti virus tp klu aku guna komputer aku lg berat nk jalan.

skrg ermm..tak kesa la.seb baik. mngajar erti kesabaran.katakanlah 'sesungguhnya aku sedang bersabar.' apabila ditimpa ujian.btoi, aku tak kesah sgt pun act.hp aku plak terkena format plak semua memory dlm memory card tk ada (terpadam) aku suruh kawan aku wan masuk kan ape je asalkan tk kosong memory aku memandangkan apa yang ada dekat aku simpan dalam komputer dah tk ade cuma tinggal tk beberapa dalam pendrive aku,tambahan cerite:  gelak ketawe sorang2... yelah,Giler aku dah buntu nk balek video,mp3,photo.yang ade tu ade la yang tak de mana nak cari setelah aku dapatkan secara terpeinci satu per satu hilang semua kt hp aku...bengang la siket. wat lawak je even ngntok2 pun. aku yg jenis tak byk ckp, gelak je la. hee~ hope aku dpt siap kn yg lain plak. arhh, malas la pulak whatever it is, 

Tuesday, October 30, 2012

aidiladha


hurrmm....samat hari raye pade sume...raya da over da baru nak update....spend raye haji kat rumah je..Abah ada tel panggil makan kenduri kat Kg tok buat kenduri korban,aku cakap dekat abah aku belum tentu lagi nk balik kg. tengoklah macam mana keadaan nanti.abah cakap kalau aku tak boleh dtg pun tak apa sbb jauh nanti menyusahkan aku pula tapi bila abah cakap tok pun sekarang tak beberapa sihat selalu sakit-sakit,aku cakap kesian dekat tok,tp nk bwat mcm mna..

Raya pertama Amir dan Wan dtg umah selepas solat raya then sembahyang jumaat kami pergi sama2 kat masjid kg aku pastu balik diorg stay kat umah sampai pukul 6ptg....hehe.....malam pula Asri dan kawan2 dtg selepas melawat chown (adik asri) berada di hospital Sg.Petani diorg ajak aku pergi tengok chown pkl 6 ptg nak dtg ambil aku tp aku tk g.jd malam diorg dtg singgah rumah aku 10 orang.



Raya kedua kenduri dekat surau depan rumah, aku tak g maklong tolong antar nasi dan lauk setalam kat umah jd makan kat rumah saja la Petang Raya kedua Kak Lili sekeluarga dgn Pak Mat datang rumah,kata diorg dah nak balik ke KL dah hari ini.Malam pula Ramli dtg rumah jiran pulak antar satay minang kami makan sama2 sampai pening sehari asyik makan daging tinggal nasi himpit ja.

Jd raya aidiladha dan weekend minggu neyh nie sempoi,sgt bermakna tapi malam kemarin dulu aku dpt berita sedih Pak chak Junid meninggal dunia dan selamat di kebumikan pukul 11 pagi kemarin aku sedekahkan Al-Fatihah semoga dia di tempatkan dengan orang2 yang beriman.aku dan mak sempat berjumpa dengan aruah masa ke KL hari tu.

Saturday, October 20, 2012

Selengkar Memori & Aku

Hari ini adalah hari yang baru di takdirkan oleh Allah untuk aku hidup.Di panjangkan umur aku dan di benarkan untuk mengecap segala nikmat di dunia.Andai di takdirkan aku mati nescaya aku mohon lagi hidup di dunia yang fana dan maya ini walupun untuk satu hari sahaja untuk aku membuat amal soleh.

Wahai jiwa yang sepi

Anggaplah dirimu sudah mati lalu Tuhan memperkenalkan permintaan untuk mengembalikan aku hidup lagi hari ini.Jangan sampai engkau mensia-siakan hari ini kerana setiap nafas dari nafasnya itu adalah mutiara yang tidak boleh di nilai.Janganlah engkau berbalas dan condong perkara-perkara yang tidak berguna sehingga melupai Tuhan.Nanti kau akan merasai azab serta perasaan kesal melingkungi dirimu.

Wahai diri yang jahil,

Alangkah jahilnya engkau,engkau mendakwa bijaksana,pintar dan cerdas padahal engkaulah yang paling bodoh.Apakah engkau tidak menyedari engkau lalaikan dengan keadaan yang bersenang lenang itu bersukaria? Lupakah engkau bahawa segala yang akan datang itu begitu dekat dan segala yang jauh itu adalah segala yang tidak akan menjelang? Tidakah engkau fahami benar-benar akan ia.

Apakah engkau mencabar azab siksaan Tuhan? Mengapa engkau tidak mengantung harapan mu pada limpah kurnianya atau dengan kemurahan dan limpah kurnianya yang tidak terbatas itu pula membuat engkau terpedaya?

Apakah sekarang masih juga engkau  menyangka bahawa seorang hamba itu terselamat dari azab Tuhan. Lantaran itu engkau tidak menyediakan bekalan untuk hari muka nanti.Ketahuilah agama dan iman itu tidak ada tukar gantinya.manakala jasad itu akan hancur luluh.Ya Allah jadilah jiwa ini termasuk dalam golongan orang-orang yang engkau redhai.

Kesalkah hidup ini
Menghadapi penderitaan
Menghadapi kesakitan

Kesalkah hidupku ini
Selalu di uji
Cabaran dan ujian
Silih berganti
Tak berhenti

Kesalkah hatiku
Tidak mengetahui
Ada tanda mengatakan
Derita datang lagi

Tuhanku
Selalu ku ingati
Jua ku ketahui
Adanya susah tentu senang
Menunggu

Tapi...
Batinku sentiasa merintih
dan bertanya
Mengapa aku?
Kenapa aku?
kesalkah aku?
oh tuhan...
Ampunilah hambamu

Friday, October 19, 2012

Bengong


 Hari ini ke Hospital jumpa doc sebab doctor aku nak wat bantuan OKU.doc memang suggest kat aku dari ari tu 2 tahun lepas aku transfer ke hospital kerajaan nak wat kad, aku dah bwat wat kat pakar psychiatry Bkt Metajam,dapat siap dalam masa 6 bulan selepas aku hantar dkt JKM. And aku dulu pun wat kat Hospital pakar sudah 3 kali dah.masuk kali ini yang ke 4 Kalau dari mula aku anta surat dan borang OKU dekat Pejabat JKM di Bagan Butterworth setahun lepas tu aku pergi tanya borang dan surat doktor gambar aku tiada dekat mereka,kata mereka mungkin borang telah di hantar di pejabat JKM Kepala Batas,sebab pejabat sudah di pindahkan di sana aku pergi tny nama borang serta surat yang aku siap pengesahan doc pakar Bkt Mertajam tak ada kat diorg,mereka suruh aku buat lain  aku dan mak aku pergi pula buat kat Hospital Pakar Bkt Mertajam, kena tunggu appoitment berjumpa doctor dalam seminggu baru ..bleh buat surat dan jumpa doctor.

Kali kedua  surat dan borang telahpun siap aku antar dekat Pejabat JKM di Kepala Batas dior suruh aku berurusan dengan En.Zaidi,dia cakap tunggu dalam masa 3 bulan akan datang,tunggu pny tunggu sudah 6 bulan masa berlalu tak ada sebarang jawapan,pergi tanya En.Zaidi dia ckp borang serta surat tak tahu kt mana diorg letak tak ada dekat diorg,En.zaidi suruh  aku buat sekali lagi jd aku pun tak kata apa aku pergi Hospital Pakar Bkt.Mertajam buat appoitment seminggu selepas tu jumpa doctor pakar lagi kali yang ke 3.then bila da siap surat,borang dan gambar  akupun hantar dekat En.Zaidi (JKM) terkejut pula mereka kata borang dan surat yang sebelum ni ada pada diorg.Bengong knapa  la tak cakap awal atau maklumkan pada aku ckp tidak mengapalah En.Zaidi uruslah permohonan OKU saya. Dalam 3 bulan selepas tu aku dapat panggilan telefon dari JKM suruh datang ambil Kad OKU aku telahpun siap.

memang aku ingat aku pun dapat kad OKU dan buat permohonan bantuan. Mana tak ingat nye beb,  aku ulang alik naik turun hospital dgn Pejabat JKM jd. En,Zaidi suruh aku tunggu dulu dalam masa 6 bulan waktu tu lega la sikit sebab kad OKU aku sudah terima.Tunggu punya tunggu tak ada apa2 jawapan aku pun pergi ke Pejabat JKM jumpa En.Zaidi katanya dalam proses aku pun balik selepas 6 buln lagi aku pergi tanya lg dkt JKM berhumpa dengan En.Zaidi dia ckp tunggu dalam masa seminggu lagi dia nak berurusan dengan Bos  pasal kes aku 

Maka tunggu lah aku sudah 2 bulan aku pergi pulak ke JKM diorg cakap En.Zaidi telah berpindah jd yang handle kes aku En.Zaidi jd diorg semak nama aku dalam senarai tak ada pun nama aku jd piihak JKM suruh aku berurusan dengan En.Khairul seminggu selepas itu aku dan mak aku pun pergi ke Pejabat JKM nak berurusan dengan En.Khairul pula tiada cuti. 

So nak tak nak aku cakap dekat pihak JKM terus terang,hari tu jugak diorg cuba semak lagi kes aku tak ada Itupun kira nasib baik le diorg  suruh aku sediakan apa yang perlu untuk permohonan aku.Jd hari ini aku ke Hospital jumpa doc aku tunjuk surat permohonan lengkap  dari JKM yang aku dapat.Sampai doctor pun tak faham nak buat surat lengkap untuk apa lagi.so hari ini aku dah dapat surat permohonan yang lengkap dari doctor.terima kasih la selesai satu babak  Dan kerana itulah, aku macam malas nak buat biarlah ape nak jd tp doctor yang suruh Tak ke haru?

Selepas ini tinggal nak fotostat antar je ke Pejabat JKM. So, what to do? Huhu, nak tak nak, sabar jelah. Bagai menunggu buah yang tak gugur..hambar je rasa Dah beritau dah kesulitan amat dikesali ,so aku harap permohonan  aku berjaya  kali ini di terima Sekian

Monday, October 15, 2012

acoustic guitar


Wei! Korang nak tahu tak,aku baru je beli gitar akustik minggu lepas.Happy gila kot.Firstly,aku cakap ko aku beli dekat member aku Ramli jenama lama RHYTHM.kalau kat kedai sure 2,3 ratus.gitar akustik aku suka jugak lebih-lebih lagi gitar adalah favourite aku.Harga dia aku bayar RM50 je duit aku sendiri.hahaha! Nak beli gitar apa sampai RM200-$RM400.Then aku beli tali guitar akustik.Barulah dapat main! bertambah lah gitar aku pny kat rumah.

 Ini la guitar RYHTHM yang aku baru beli

Guitar 2 aku yang aku ade dan masih boleh main

So ada masalah ke? Kalau tak suka janganlah baca. Ini kan blog kepunyaan aku. So aku boleh tulis and sampaikan apa yang aku rasa. Sebuk apahal. Eh, Hehe, jangan marah!gurau je...Aku taknak sentuh banyak pasal perkara yang dah lepas ni. Aku tau aku seorang yang kuat dan mampu meneruskan kehidupan hobi aku dengan baik, InsyaAllah, dengan izin Allah. Cuma aku tak boleh tipu diri aku atas kerana minat.
Oklah,tu je kot aku nak cerita

Monday, October 8, 2012

Kenangan D' Putrajaya

Ingat g tk apabila melihat gambar aku dekat putrajaya walau pun sudah 2,3 kali melihatnya sebelum ini dari minggu lepas.sebelum ini aku sudah pernah pergi masa tu habis SPM dalam penghujung tahun 97,98 macm tu la Ini kali yang ke-2 aku pergi gambar ni di ambil pada petang hari ahad 23 Sep 2012

 
Farhany,mak,aku dan Firdaos di sebelah depan Masjid Putrajaya

Farhany Kak Lili,mak dan aku di perkarangan Masjid Putrajaya

Aku dan Bondaku Tersayang di Taman Botani Putrajaya
This pic aku tak sedar diorg ambil kerana aku tengah leka  melihat ikan kap  berenang-renang dalam Tasek Putrajaya
 terima kasihlah dkt kak lili dan anak2 buah aku yg meng uploadkan gambar2 aku.bayangan gambar melintasi ruang fikiranku,masih teringat kt sana kot sampai pagi ni tk boleh tido,okay fine on that pic aku rasa nak letak beberapa gambar semasa kat putrajaya just imagine,kalu aku tak dapat sambung citer yg lepas kat blog aku...sure maybe tk faham

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping