Friday, July 5, 2019

Cerita jadi pakcik guard



Ni entry saje-saje tak der benda nak cakap, lagi pun hari ni aku OT lagi berkhidmat pengawal keselamatan seorang diri 16 jam selama petugas malam PK Ibrahim MC so, boleh la melayan persaan sekejap, daripada merayap tak tentu hala kang orang call tak der kat tempat baik aku melayan perasaan. Sambil kemas-kemas bilik pondok post tadi and filing apa-apa yang patut so skang time to rest la kejap.  Keje Pakcik guard cabuk cam aku ni, orang tak der la baru bole kemas-kemas sikit, buat filing, susun sana susun sini, Kalau time orang ada, nak gi tandas pun tak sempat, kadang nak hisap rokok kena tunggu cikgu budak2 sekolah tak ada di sekolah lepaewat petang Kadang-kadang tengah tertidur letih posman panggil, pas tu terus leka wat keje, dahhh lupa pasal makan, kadang sempat makan di rumah  sebelum datang ke tempat kerja peh tu yang makan tadi wat makan tengah hari, orang selalu cakap elehhh...Pakcik guard bukan ada keje sangat pun, sekarang semua relex saja tapi semua buat sendiri,  surat sendiri, laporan,aduan dan pemeriksaan kawalan kena di pastikan selamat .buat air sendiri, mana ada orang lain buat dah  Tapi elaun dapat banyak, kerap sangat aku dengar sindiran-sindiran sinis cam ni.  Dah naik benanah dah telinga.  Korang ingat senang ke nak jadi seorang Pakcik guard cabuk ni.  Kalau aku cerita mesti ramai yang akan marah aku.  Sindiran macam ni bukan hanya dari officer-officer bawahan jer, tapi dari kerani-kerani or whatever jawatan yang selalu nampak Pakcik guard ni sebagai 'kaki ampu boss'.kalau tersilap langkah membahayakan diri sendiri dan kena tanggung risiko kalau berlaku per kara yang tidak di ingini seperti kecurian dan kehilangan dsbg.sebab pakcik guard berdepan dengan undang- undang tau serius cakap.


Lantaklah orang nak cakap apa pun tapi aku memang seronok dengan tugas ni, walaupun budak,2 sekolah di tempat keja aku panggil Pakcik guard ni kadangkala layanan di opis melebihi di rumah, but that is part of 's job.  Bila kita seronok dengan tugas kita, makanya kita akan ikhlas dalam menjalankan tugas.  Sepanjang aku bergelar sebagai seorang security dah 3 tempat aku bertugas dah bertukar-tukar macam-macam jenis kerakter point kunci jam ada yang sampai 21 kunci di ILP kepala Batas.  ada bos garang, bos baik, bos alim bos tegas, bos muka ketat, bos yang laju sangat, sampai kadang aku pun tak terkejar ngan cara keje dia, ishh..macam-macam lah.  tapi siyess aku sonok.


Jadi guard ni bila time nak cuti, sangat-sangat susah nak cari orang cover tempat, sebabnya takut ngan boss.  May be bukan takut ngan boss kot tapi sebab orang tu just ganti untuk angkat kunci terima tugas or duit bayaran so sometimes boss ni nak cari  orang nak cepat-cepat, payah time ni la orang yang ganti kene take time sikit, kalau aku sendiri dah tau kat mana file orang ganti sume, tapi kadang aku pun kene pikir dulu mana aku humban duit isi tu, tapi bila kita dah pernah terbaca kita senang la nak cari kan.

Aku ada  jugak dengar, yang satu hari nanti jawatan Pak guard ni hanya attached ngan khidmat jaga jer, tapi tu aku tak berapa pasti, tapi ada gak member-member dah cenggitu, tapi kat tempat kerja aku skang blum lagi, sebab  aku ni ada melibatkan perjawatan kat sini may be dekat rumah lambat skit la kot, ntah-ntah Pakcik guard pun tak antar dah ke kerja lain, choiiii..mintak-mintak tak la kan.  Kawan-kawan aku sumer yang aku rekemen dah  dah berhenti tingai aku jer masih setia di sini, ye lah, rezeki masing-masing kan, kalau belum sampai masanya lagi ada la hikmahnya tu.  Insyaa Allah, kalau ada rezeki kita aku tak nak lari la pengalaman kat luar sebab tempat kerja aku dekat dengan tempat tinggal aku  Dengan izin dari-Nya.  Kalau aku nak cerita suka duka aku sepanjang jadi Pak guard ni, banyak sangat, boleh jadi emosi pulak. Tapi tu semua adalah pengalaman.  Pengalaman yang boleh menjadikan pelajaran dan pengajaran untuk aku yang bergelar manusia.  Walau apa pun I luv my job, walaupun sekadar Pak guard cabuk.  Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi ini.  Syukur ke hadrat Mu kerana memberi kenikmatan ini untukku dan keluargaku.  Aku mohon padaMu agar dikuatkan hatiku, disihatkan tubuh badanku untuk sama-sama membantu mak aku dalam mencari rezeki yang halal demi membesar dan mendidik amanah yang telah Engkau berikan padaku ini. Aminnnn...

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping