Monday, July 1, 2019

Sekolah kena pecah Semalam

hai pening - pening kepala aku di buatnya aku kerja shif petang ceritanya begini sekolah skpb kantin sekolah kena pecah kemarin dulu 30 hb june 2019.

Jam 2 petang kak ti hantar barang kantin masih ada lagi tong gas 3 biji yang di gunakan di dapur kantin

jam 3 petang aku masuk kerja tapi aku sampai awal 2.30 petang dan masih nampak kak ti hantar barang di kantin sekolah.

jam 4 petang kawan aku atau reference aku dalam resume yang aku berikan pada pengetua dan agensi tempat aku bekerja tel katanya nak singgah minta pinjam duit aku RM 100,jadi dia datang dia terlajak sebatu dari sekolah patah balik dan aku tunggu di luar pintu pagar sekolah dan beraya dan berikan asri pinjam RM 100 dia datang dengan van kilang warna biru parking di luar sekolah seberang jalan.

jam 6.30 petang sebuah lori plat no wbp 3889 membawa 3 buah jentera mesin rumput datang di kawasan sekolah dan buat kerja memesin rumput di padang sekolah.cuma 3 orang pekerja yang datang 2 orang dewasa dan seorang budak mungkin anak kepada drebar lori berkenaan.

jam 7.30 lori berkenaan beredar dari kawasan sekolah.sebelum itu aku hairan kenapa 2 minggu lepas aku tolong tolak 2 buah jentera naik ke atas lori sedangkan semasa itu ada 5 orang pekerja dan kemarin cuma sebuah lori bawa 3 jentera mesin rumput hanya 3 orang pekerja aku nak tolong tolak drebar lori cakap tak payah nanti kotor baju.



2 Minggu lepas Sebuah lori dah balik plat no WBP 3889 dan sebuah kereta hulux putih plat no PNT 773 dah balik tinggal van putih plat no PLA 5554

Dan perkara ini di bincang pagi tadi di sekolah setelah pegawai panggil suruh datang aku pun bergegas ke sekolah.Menurut apa yang di maklumkan penyelia kebersihan dia ada datang di sekolah di maklumkan pada guru besar sekolah.

Akan tetapi menurut pengakuan aku cuma pekerjanya sahaja yang datang 3 orang.nampak di sini Penyelia kebersihan cuba menipu dan cuma nak jaga nama baik syarikat baru tender baru masuk sebulan lepa pun nak lari kalau tidak guru besar boleh ambil tindakan sebab tender baru sebulan.

Saya pun tak buat andaiyan yang Pekerja kebersihan yang buat kerja pecah kantin sekolah sebab saya ada check lori berkenaan tiada muatan tong gas semasa pekerja tolak jentera ke atas lori dan saya berada di situ semasa lori berkenaan bergerak keluar.lagi pulak segala laporan saya catitkan di dalam buku laporan dan suruh drebar lori tuliskan di dalam buku pelawat dsbg.

petang tadi pula seorang pakcik penduduk kampung setoi datang hantar 2 set dapur memasak katanya jumpa di luar padang bola di luar pagar sekolah.beliau engan di kenali cuma cakap yang duk bersih luar padang belakang luar pagar sekolah.



Saya ingat ada dua unit lagi hilang sbb no 1/4 dan 2/4 makna ada 4 set unit dapur gas memasak



Hak milik SKPB

saya maklumkan pada pegawai dan PKW Zuraini dan PKW Anis serta guru dan kak ti orang kantin.dan maklum balas saya terima dapur tu hilang dah lama dah dari sebelum aku masuk kerja semasa hari sukan budak sekolah buat masak2 mungkin budak2 sekolah terbawa balik atau ibu bapa bawa balik dapur tu.


dan malam tadi semasa bertugas shif petang guru besar datang dan aku berbincang hampir 3 jam sampai jam 11 malam waktu aku selesai tugas dan masuk petugas malam PK ibrahim.guru besar cakap jikalau perkara ini berulang perkara ini akan jadi kes polis kerana jikalau guru besar tak report polis akan meyalahkan guru besar kenapa lambat ambil tindakan.

aku pun cakap kepada semua pihak saya pun tak syoklah perkara jadi macam ni saya amanah menjaga harta benda sekolah lagi pulak saya baru bekerja.

guru besar tepuk di belakang aku kita tak tahu kita tiada bukti PK Akmal tak bersalah dan pegawai cakap pasal kes ni tidak mengapa kita tengok guru besar nak kata apa.

bila berlaku kehilangan harta benda sekolah pihak security yang kena jawap dan bertanggung jawap

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping