Saturday, December 21, 2019

Kucing kesayangan kami Bob

Memanglah terdapat pelbagai jenis haiwan peliharaan di dunia. Antaranya anjing, kura-kura, arnab, burung dan lain-lain. Semua orang mempunyai haiwan peliharaan masing masing. aku juga tidak terkecuali.

Haiwan peliharaan aku adalah kucing.

Semasa umur Bob 2,3 bulan




Semasa umur Bob 5,6 bulan


lebih
asa umur Bob 8,9 bulan



Kucing aku bernama Bob. Ia merupakan seekor kucing jantan daripada baka parsi. Bulunya berwarna putih kuning dan ekor panjang. Selain itu, bulunya juga lebat dan lembut. Oleh itu, aku suka mengusap bulunya.

aku akan memandikan si Comel 1 kali dua tiga bulan. kebiasaanya seminggu sekali aku menggunakan spray anti bakteria sahaja untuk menjaga kebersihan dan terapi gatal kurap.bila di mandikan syampu khas untuk kucing. Bob peka dengan persekitaran. Ia sering bergerak dari suatu tempat ke tempat lain.


Bob tidak pernah berehat sehingga ia sudah penat pada waktu siang. Pada waktu malam pula, Bob,dan abangya serta kakakya akan membantu kami sekeluarga untuk menangkap tikus. Oleh sebab itu, bayang tikus terus lenyap

pemakanan makanan yang paling sukai ialah ikan yang segar. Ia juga suka minum susu.  Setiap hari Bob akan makan dua ekor ikan yang besar dan minum tiga pinggan susu yang segar. Kadang-kadang, aku akan membawa Bob bersiar-siar di taman yang berdekatan dengan rumah aku. Ia suka bermain bola bersama kucing yang lain.

Di samping itu, aku juga akan membawa kucing2 aku termasuk Bob berjumpa doktor haiwan setiap kali sakit yg serius untuk memeriksa kesihatannya. Ini adalah untuk mencegah daripada penyakit supaya nyawanya tidak akan terancam.

Bob  juga selalu menarik perhatian orang lain yang melihatnya pada bila-bila masa. Apatah lagi  kecomelan dan gelagatnya yang manja. Ada orang juga sanggup menawarkan harga yang tinggi untuk membeli Bob. Namun, aku telah menolak tawaran mereka.

Bob merupakan sebahagian daripada kehidupan aku dan mak . aku memang sayang akan Bob. aku berjanji akan menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.aku juga berharap agar bob dapat berada di sisi aku dan mak buat selama-lamanya


Sekarang umur Bob 1 tahun lebih

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping