Baju Punk Rock
Di Belakang Baju
Baju Punk Rock
Di Belakang Baju sebenarnya baju neyh di tempah kalau cari dalam pasaran memang tak ada
Di Hadapan Baju yang di tempah
Di hadapan Baju
Dulu aku minat juga band rock baju aku neyh that why aku simpan ini saja koleksi baju band muzik yang aku ada
sebelum neyh lagi banyak baju rock dan black metal aku Naplam Death,Sepultura,Sound Garden,U2,Zainal Abidin,Skid Row,Mobid Angel,Silent Death, Megadeath,Metallica,Bob Marley,Catigate dan band gig era 96 Pangilan Pulau Puaka,Brain Death,Iron Maiden dan baju Gitar Washburn dan baju Punk lambang swastika Semua bomoh rampas semasa berubat aku dan termasuk magazine underground yang aku kumpul semasa di sekolah menegah lagi dan file surat-surat original contact band-band seperti Impaity,Assahar ,Sarcastic,Rotor band bandung Indonesia,Natias,Nebiras,Eventide Horizon,Zubirun,Purnawulan,Hayargiva,Brain Death,Tandus,Profane Creation,Vociferation Eternity,dan band luar negara dari Sweeden dan ahli muzik termasuk surat Zahid Ahmad adik kepada yazid SEARCH dimana aku menayakan asas bermain drum dan surat belajar main gitar.
Ada ramai sifu bersilih ganti mengajar gua mengenal kord gitar, tapi belum sempat pandai, sifu-sifu gua tu semuanya meninggal - bukan meninggal sebab mati, tapi gua tinggalkan sebab tak tahan dapat daulat nak mampus macam gua... terpaksalah gua terima hakikat yang gua tinggalkan dari Taiping beralih kepada Rock kapak di kampung gua dekat Butterworth Penang memang tak berbakat main gitar... last-last gua masuk kumpulan kawan sekolah gua je la... haha!bukan itu sahaja Bomoh tu turut merampas blank tape termauk mini LP demo gua 2 laci dan 2 tapak kasut poster2 dan lukisan2 gua ada juga koleksi Cd dan tape band rock kapak masa tuh dan alternatif,punk,Blues di dalam dan di luar negara termasuk dengan band2 international.
Selepas gua sedar pada malam itu selepas berubat dengan bomoh masa malam tuh gua tak boleh bangun hidup gua ibarat sang pungguk hinggap di dahan yang rapuh hampa terluka di ranting yang patah...gua rasa seperti sia-sia selama ini gua tahan berlapar di sekolah kerana nak collect benda-benda muzik yang gua minat neyh sampai gua remaja dan dewasa.Hidup gua bertambah sakit dan di masukan di hospital pisakatri
~ Apapun, lagu-lagu rock kapak memang terbaik, tetap evergreen sampai hari ni. Buktinya lagu jenis apa yang popular untuk dinyanyikan kat pusat karaoke, kalau bukan lagu-lagu rock kapak. Bebudak yang belum bersunat atau belum lahir zaman tu pun kalau kat pusat karaoke pun layan nyanyi lagu rock kapak jugak.
~ Menjelang pertengahan tahun 90-an... irama rock kapak mula melalui zaman suram. Mungkin sebab perubahan zaman kot. Masa tu bermulanya era lagu-lagu rap dimulai oleh KRU, 4U2C, Nico, Feminin dll, serta lagu-lagu pop rock yang dinyanyikan oleh kumpulan-kumpulan seperti Slam, Spoon, Ukays, Umbrella dll. Muzik jenis-jenis ni gua layan gitu-gitu je, tapi tak berapa nak masuk dalam kepala.
Tak sesuai dengan jiwa muda gua yang agresif. Maka muzik yang gua layan pun berkembang kepada genre yang lebih keras.... jeng jeng jeng....akan tetapi gua sudah tinggalkan heavy metal,Trash,Black Metal bila sudah lama terjebak dalam arena ROCK kekadang gua guna nama pokcik lah pulak sebab tahun neyh umur pocik dah 40th siries dah tua merega, pokcik berjinak2 dengan irama 60 an pop yeh-yeh,lagu melayu klasik mungkin kerana sebab tatarakyat gua tinggal terperuk di ceruk kampung pokcik jamming ulu bahagian di bilik pokcik di rumah pokcik pula maklum sajalah berdekatan dengan surau heheh.
Dan sekarang pokcik dah ado skolah school of rock anak buah pocik deh Remajo sudah tamat belajar SPM 2 orang anak buah pokcik yang setiap malam datang belajar gitar dengan pokcik anak jiran pokcik dan kawan dia dari kampung sebelah Abrar dan Aiman dah 2 minggu dah mula start ajarkan dengan pokcik selepas isyak sampai 12 tgh malam itu sahaja pokcik nak citer....
No comments:
Post a Comment