hari ini aku mengumpul barang Kitar Semula yang disarankan oleh Kerajaan adalah suatu langkah yang baik dan perlu disokong oleh rakyat negara ini.Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin untuk mengelakan pembaziran dan menambah pendapatan sampingan
Aku adalah salah seorang yang melaksanakan Kitar Semula ini.tabiat ini mungkin telah disemai sejak aku kecil iaitu 3o tahun yang lampau dimana aku mengumpul botol kicap yang berwarna hitam untuk dijual kepada pembeli botol masuk kampung yang membawa guni.Ketika itu sebotol nilainya antara 5 sen ke 10 sen.kalau pengutip barang lusuh datang dia sebut botol-botol....
Kemudian sikap ini terbawa-bawa hingga kini yang mana aku bukan mencari barang tapi asal jumpa aku ambil dan kumpulkan.Aku akan menjual hasil barangan lusuh yang terkumpul ini apabila keadaan belakang rumah aku kelihatan semak dengan timbunan barang lusuh.Sakit mata memandang ditukar kepada Ringgit Malaysia pengisi poket.kekadang mak aku memarahi aku katanya nak duit pergi kerja tak mahu kerja usahala sendiri
Beginilah kelihatanya barangan lusuh di dapur belakang rumah aku sedia menanti untuk diangkut ke kedai barangan lusuh berdekatan.Aku lebih suka menjual kepada pembeli sebab tak ada pengangkutan menanti lori datang kerumah kerana perbezaan harga yang agak murah
Antara barangan lusuh yang aku simpan untuk ditambah dan terus ditambah ialah besi dari alatan yang tidak digunakan.
Tin Aluminium..ya..ramai yang hanya memahami kitar semula hanya pada tin aluminium.Mana taknya harga dipasaran barang lusuh tin
Barang yang aku kumpul telah siap aku Gredkan sendiri mengikut kalifikasi yang ditentukan oleh kedai barangan lusuh.Ada besi dan kertas kotak biasa tidak sama dengan kertas buku yang berwarna putih.
Tin biskut,arial tv lama,besi kipas juga boleh dijual dan juga barang2 komputer seperti moderbord,ram,display card,sound card dan kompenen elektronik
Botol air plastik juga boleh dikumpulkan sedikit demi sedikit dan tentu hasilnya boleh ditukar dengan barang keperluan di rumah
No comments:
Post a Comment