Inilah sampah atau barangan kitar semula di rumah aku setelah aku bersihkan rumah termasuk ruang dapur rumah aku dari awal subuh pagi tadi sampai lewat tengahari tadi
sebut je pasal sampah ni ramai yang jelik yelah.... sampah tu kotor, busuk, jijik dan seangkatan dengannya. tak hairanlah ramai yang memandang hina akan sampah ni, kadang2 tu yang terlebih eksen tu, aku juga seperti kita ingin mencari rejeki yang halal.
dalam pada ramai meminggirkan atau tidak menhiraukan pasal sampah ni, sebenarnya ada golongan yang kaya raya berkaitan sampah. heh! tokey syarikat kutip sampah tok sah cerita la kaya. aku cuma nak berkongsi cerita mengenai orang macam kita yang mencari pendapatan melalui cara mengutip sampah terbuang.
entry2 aku sebelum ni macam2 aku cerita pasal sampah, ada masa yang aku rasa tak nak kumpul lagi sampah kitar semula pasal ianya tidak berbaloi hinggalah duit kutipan sampah domestik rumah aku yang dikumpul mendatangkan sedikit duit untuk tabung aku setiap kali bersih kan rumah, tak banyak... tapi dalam mengajar aku tentang mencintai alam, mengitar semula, dapat jugaklah sedikit duit.
berapa? dapat la dalam rm10,rm 19 hengget. ia duit sampah yang dikumpul aku ruang dapur rumah. ia sekadar kertas surat khabar, tin minuman berkarbonat, botol air 100 plus sarang telur dan seangkatan dengannya. Bulan lepas, sambil2 nak gi pasaraya aku bawa barangan kitar semula. dapat rm9.80. plastik dan tin aluminium dah naik harga. air tin minuman dikira 0.50 sen setin.
di syarikat sekarang ramai dah mula mewujudkan tong kitar semula untuk menjana duit dari kutipan sampah. besi buruk tu tok sah cerita la memang company akan jual balik.
heh... aku secara peribadi ada cerita yang ak pernah buat duit dari jualan penutup tin minuman beberapa tahun lepas. ada orang kata ianya cuma mitos. tapi ikhlas aku cakap ianya memang wujud suatu masa dahulu. setiap kilo 'aluminium tap' tu berharga ratusan ringgit. nantilah aku cerita lain.
- rahsia untuk mendapat sedikit info mencari duit dari sampah ni ramai yang tak tau sebab ramai yang mendapat hasil dari sampah ni
No comments:
Post a Comment