Cerita kali ini aku merawat kutu kucing di telinga dekat anak kucing jantan aku bernama bear .Walaupun kucing sentiasa menjilat dan membersihkan diri, adalah penting untuk aku sentiasa memeriksa telinga mereka dan membersihkannya. Jagaan telinga sicomel yang kerap membantu mengurangkan jangkitan telinga dan lilin telinga - ear wax (bahasa pasarnya tahi telinga). Kehadiran kutu telinga pasti menimbulkan ketidakselesaan dan stress pada si comel kan?
Kucing aku bernama bear sekarang di dalam proses rawatan kutu kurap kucing.
Kutu telinga kucing merupakan sejenis parasit halus yang tinggal di permukaan kulit dan saluran dalam telinga kucing. Biasanya jenis Otodectes Cynotis dan Demodex Cati. Kutu ini hidup dengan memakan tisu kulit kucing. (sebab itu kucing menggaru!) Parasit akan merangkak jauh ke dalam telinga sicomel jika dibiarkan. Amat mudah berjangkit dengan binatang yang lain. Sekiranya tidak dirawat, kucing boleh dapat jangkitan telinga dan juga berkemungkinan akan pekak.
Tanda-tanda klinikal jangkitan kutu telinga
• kekerapan menggaru telinga;
• menggoyangkan kepala dengan kasar (violent head shaking);
• banyak tahi telinga yg mengering, berwarna kehitaman;
• Merah dan radang kulit berlaku di cuping telinga (bengkak)
Rawatan
Terdapat dua jenis rawatan untuk merawat kucing yang telah dijangkiti kutu telinga. Rawatan luar (topical treatments) dan secara suntikan. Untuk rawatan luar guna lah larutan pembersih (cleaning solution) yang dibekalkan oleh vet anda. Tempoh rawatan bergantung kepada jenis ubat yang digunakan dari 10 hari hingga 3 minggu.
Untuk rawatan secara suntikan, Ivermectin sering digunakan oleh vet kita untuk merawat kutu telinga kucing. Lazimnya ubat ini digunakan untuk merawat kutu telinga jenis - adopter kucing aku)
Terdapat juga rawatan menggunakan ramuan sendiri di dapur (home remedy) dengan menggunakan minyak zaitun (olive oil). Tujuan minyak ini digunakan ialah untuk melemaskan parasit dan juga mencegah kutu memperolehi makanan dari tisu kulit kucing. Untuk kes yang lebih berat, campurkan 3 ulas bawang putih hancur ke dalam minyak zaitun dan rendam semalaman. Asingkan bawang sebelum sapu ke telinga kucing. Bawang putih dipercayai boleh menghapuskan bakteria yang menyebabkan jangkitan telinga kucing.
Amalan ini sering dilakukan oleh mereka yang percaya pada keajaiban alam semula jadi (nature). Tahukah anda kucing tertua di dunia bernama Spike, berusia 31 tahun panjang umur disebabkan pemiliknya, Mo Elkington memberi sedikit larutan lidah buaya (aloe vera) dalam makanannya? :)
aku belum pernah mencuba petua ini. Mungkin kerana ubat rawatan penyakit ini mudah didapati di pet shop dan murah pula harganya.
Sekarang bear agak selesa walaupun di dalam proses rawatan dan di jauhi oleh kucing 2 peliharaan aku yang lain tak mahu berkawan dengan nya kesian bear.
Membersihkan Telinga Kucing
aku guna larutan cream kurap, dan spray larutan antiseptic seperti yang pernah disarankan oleh vet aku. Berikut ialah cara aku membersihkan telinga kucing saya :selepas sehari di sapukan cream
.rendamkan kain basah larutan air panas dan sapu dan lap ke telinga kucing (ear canal);
• Usap dan urut lembut dari belakang pangkal telinga kucing. kepingan kurap dan kutu akan tertanggal. Henti mengusap jika kucing anda nampak seperti dalam kesakitan. Ini mungkin berlaku kerana sicomel mempunyai kulit yang sensitif.
• Ulangi cara di atas ke telinga kucing yang sebelah. Biarkan kucing anda mengoyangkan kepalanya. Ini membantu melonggarkan lebihan tahi telinga si comel, jika ada.
• Ambil kapas dan gunakan dengan jari telunjuk anda untuk menyapu lelehan larutan dan membersih sebarang kotoran. Bersihkan dengan lembut dan sejauh yang anda boleh capai untuk membersihkan dalam telinga kucing dengan tidak menyakiti gegendang telinganya (eardrum).
Jangan sesekali menggunakan putik kapas (cotton buds) sbb ia boleh merosakkan lapisan saluran dalam telinga dan gegendang telinga kucing malah anda juga boleh mencederakan gegendang telinga kucing yg nipis.
Adalah penting memberi rawatan ke seluruh badan kucing. Kucing suka tidur merengkok/ bergulung dengan ekornya mencecah telinga. Oleh sebab itu, kutu tersebut boleh juga berjangkit di hujung ekor kucing anda. Malah jika telinga kucing anda berjaya diubati, tetapi dengan parasit yang ada pada hujung ekor kucing (kerana anda tidak merawat secara menyeluruh), telinga kucing anda akan mudah dijangkiti semula.
Penyakit hematoma pada telinga kucing akibat jangkitan ear mites yang teruk. Telinga menjadi kerinting, hanya boleh dirawati secara surgikal

No comments:
Post a Comment