Thursday, June 30, 2022

Daun Teja

 Mengenai mitos nenek moyang purbakala yang turun ke bumi dalam bentuk ... Wa'adat [perjanjian] yang dibuat antara Demang Lebar Daun dengan Sang ...


    Inilah daun teja penawar dan pelindung sakit gigi di beri oleh orang lama.







    Control pencuri wifi

     Penerangan saya sendiri pada masa dahulu tidak pernah mencuri setting router modern wifi hinggalah ke hari ni ini atau mana mana depart wireless without permission contact hanya sudah hampir 10 tahun perkhidmatan TM wireless morden wifi saya sudah pun terminated are u understand 

    Saya hanya menggunakan prepaid untuk memenangi banyak urusan.faham tu.

    Okay...

    Bercerita tentang mcsc super coridoor new life new era new vision telah saya bentangkan okay can purchace what people why if you know that permision or drop order cover emergency unpaid renewal of pronouns can you imagine dragons JKT48 last teater edited weekend.. provici .

    Wireless Network Watcher + TD-W8960N Modem Router: Teknik Mengesan & Menghalang Si Pencuri Wi-Fi


    curi wifi
    Stress Wi-Fi anda kerap digodam?
    Bosan bayar bil Internet mahal-mahal tapi orang lain guna secara percuma?
    Tidak tahu cara mengesan dan menghalang pencuri Wi-Fi?
    Ok, Aku memahami perasaan anda.
    Aku mengerti kerana aku juga pernah melalui pengalaman yang sama dengan anda.
    Sebenarnya cara mengesan orang lain menggunakan Wi-Fi kita bukanlah sesusah mana yang anda fikirkan.
    Anda juga boleh belajar sendiri bagaimana menghalang mereka daripada terus menggunakan Wi-Fi anda secara free of charge.

    Guna perisian percuma untuk mengesan pencuri Wi-Fi anda

    Terdapat banyak software atau perisian percuma dan berbayar di Internet yang boleh anda gunakan untuk mengesan pencuri Wi-Fiini.
    Antaranya Angry IP Scanner, Advanced IP Scanner, SoftPerfect WiFi Guard, Wireless Network Watcher dan Who Is On My WiFi.
    aku lebih suka menggunakan Wireless Network Watcher.
    Kenapa?
    Sebab software atau perisian ini adalah percuma dan mudah digunakan.
    Anda boleh memuat turun perisian ini dengan pergi ke laman sesawang rasmi Wireless Network Watcher.
    Lihat bahagian paling bawah dan klik Download Wireless Network Watcher (In Zip file).


    curi wifi

    Setelah muat turun selesai anda boleh menggunakan perisian seperti 7-zip, Winrar atau Winzip untuk mengekstrak perisian Wireless Network Watcher ini.




    Klik dua kali (double click) folder WNetWatcher seperti gambar yang ditunjukkan di bawah.


    curi wifi

    Seterusnya pilih aplikasi WnetWatcher dan klik dua kali untuk membuka perisian tersebut.


    curi wifi

    Proses mengimbas rangkaian IP ini dilakukan secara automatik, cepat dan hanya mengambil masa beberapa saat.
    Anda boleh melihat maklumat seperti IP, nama peranti, alamat MAC, pengilang penyesuai (adapter manufacturer), kiraan pengesanan dan informasi penting yang lain.
    Kalau kita lihat contoh seperti di bawah ini, saya baru sahaja mengesan satu peranti yang tidak dikenali sedang bersuka-ria menggunakan talian Wi-Fi aku.


    curi wifi

    Bagaimana?
    Mudah, bukan?
    Ini bukan sains roket.
    Ok cara di atas hanya terhad untuk mengesan orang yang menggunakan Wi-Fi anda sahaja. Memang fungsi perisian ini setakat itu saja.
    Sekarang kita perlu mengetahui bagaimana hendak menghalang si pencuri Wi-Fi tadi.
    Tutorial di bawah mungkin sedikit bersifat teknikal kerana ia lebih kepada cara menetapkan (setting) router anda sendiri.

    1. Buat kata laluan (password) yang unik pada router anda

    Perkara pertama yang perlu dibuat adalah menukar kata laluan atau password asal router anda kepada sesuatu yang lebih selamat.
    Ini dapat mengelakkan orang lain daripada mencuba mengakses router anda serta anda boleh mengekalkan tetapan keselamatan yang anda mahukan.
    Anda boleh menukar kata laluan ini daripada tetapanManagement pada halaman tetapan router anda.

    Cara-cara hendak log masuk router anda

    Sebelum hendak memasuki router, anda perlu mengetahui default gateway pada paparan router anda.
    Dalam tutorial pada kali ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows 10 dan router Tp-Link sebagai contoh untuk log masuk (login) paparan router.
    1. Klik Search Windows seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.
    2. Taip Command Prompt atau cmd.
    3. Klik kanan pada Command Prompt dan pilih Run as administrator.
    4. Satu tetingkap kecil akan muncul “Do you want to allow this app to make changes to your PC?”. Anda hanya perlu tekan butang Yes.


    curi wifi

    Setelah anda menekan butang Yes satu tetingkap kecil akan muncul seperti di bawah. Taip arahan ipconfig /all dan tekan kekunci Enter pada papan kekunci anda.


    curi wifi

    Tulis atau hafal nombor Default Gateway anda. Nombor ini akan digunakan untuk log masuk router anda nanti.


    curi wifi

    Tutup tetingkap Command Prompt dan buka pelayar Internet yang biasa anda gunakan seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox atauGoogle Chrome.
    1. Taip nombor Default Gateway yang anda salin sebentar tadi dan tekan kekunci Enter.
    2. Satu tetingkap kecil akan muncul. Taip admin pada ruangan User Name.
    3. Taip admin sekali lagi pada ruangan Password.
    4. Pastikan anda menulis dalam huruf kecil pada ruangan User Name dan Password tadi.
    5. Klik butang OK.


    curi wifi

    Paparan seperti di bawah akan keluar.
    1. Klik tab Management.
    2. Pilih Access Control.
    3. Pada ruangan Username terdapat 3 pilihan yang boleh anda pilih iaitu sama ada admin, support dan user. Dalam contoh di bawah, Username yang dipilih adalah admin.
    4. Taip Old Password di ruangan yang disediakan. Biasanya Old Password ini adalah admin.
    5. Taipkan kata laluan baru anda di ruangan New Password.
    6. Taipkan sekali lagi kata laluan baru anda di ruangan Confirm Password.
    7. Klik butang Save/Apply setelah anda selesai.
    8. Pastikan anda menghafal atau menyimpan kata laluan anda di tempat yang selamat.
    curi wifi

    2. Tukar nama SSID rangkaian anda

    Jika boleh elakkan menggunakan nama anda, alamat rumah atau maklumat peribadi di dalam nama SSID.
    Ya, ini tidak membuatkan rangkaian anda lebih selamat tetapi menukar nama SSID rangkaian anda adalah idea yang baik kerana ia akan memudahkan anda untuk mengenali dan menyambung rangkaian anda sendiri.

    Cara-cara menukar nama SSID rangkaian anda

    1. Klik tab Wireless.
    2. Pada ruangan Wireless Network Name tukar nama tersebut kepada nama yang anda mahukan.
    3. Setelah selesai klik butang Apply/Save.
    curi wifi

    3. Gunakan penyulitan rangkaian (network encryption)

    Terdapat beberapa kaedah penyulitan untuk tetapan wayarles, termasuk WEP, WPA (WPA-Personal), dan WPA2 (Wi-Fi Protected Access versi 2).
    WEP adalah penyulitan yang paling asas dan oleh itu ia kurang selamat.
    Saya mengatakan paling asas kerana ia boleh digodam dengan mudah cuma kebaikannya pula ia serasi dengan pelbagai peranti termasuk perkakasan yang lama.
    Seboleh-bolehnya jangan memilih tetapan atau setting WEP ini. Budak-budak yang baru nak up akan menggodam kata laluan anda dengan mudah.
    Jika boleh gunakan WPA2 kerana ia telah terbukti paling selamat tetapi hanya serasi dengan perkakasan yang dikeluarkan sejak 2006.

    Cara-cara menggunakan penyulitan rangkaian

    1. Klik tab Wireless.
    2. Pilih Security.
    3. Pada ruangan Network Authentication terdapat 8 pilihan yang boleh dipilih seperti Open, Shared, WPA-Enterprise, WPA-Personal, WPA2-Enterprise, WPA2-Personal, Mixed WPA2/WPA Enterprise dan Mixed WPA2/WPA-PSK Personal. Dalam contoh di bawah, pilihan yang dipilih adalah WPA2-Personal.
    4. Pada ruangan Wireless Network Key masukkan kata laluan untuk mengakses WiFi anda. Gunakan kombinasi huruf, nombor, dan aksara khas dalam kata laluan anda.
    5. Klik butang Apply/Save setelah anda selesai.


    curi wifi

    4. Tapis alamat MAC

    Biasanya digunakan untuk perlindungan tambahan seperti menambah alamat MAC pada semua peranti anda kepada tetapan router wayarles supaya hanya peranti yang dinyatakan boleh menyambung ke rangkaian Wi-Fi anda.

    Cara-cara menapis alamat MAC pada router

    1. Klik tab Wireless.
    2. Pilih MAC Filter.
    3. Pada MAC Restrict Mode pilih ruangan Allow.
    4. Klik butang Add seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.


    curi wifi

    Cara hendak mendapatkan alamat MAC anda, buka Command Prompt dan taip ipconfig /all. Lihat pada bahagian Physical Address dan salin maklumat tersebut.


    curi wifi

    Masukkan maklumat daripada Physical Address di Command Prompt tadi ke dalam ruangan MAC Address. Tekan butang Apply/Save setelah selesai.


    curi wifi

    5. Kurangkan jarak isyarat WiFi anda

    Macam tidak logik sahaja bunyinya?
    Untuk pengetahuan anda, para penyelidik ada membangunkan cat khas yang boleh menyekat Wi-Fi sekaligus boleh membantu menghentikan si pencuri Wi-Fi daripada mengakses rangkaian rumah anda.
    Anda tidak perlu bersusah payah mengaktifkan penyulitan rangkaian di peringkat router.
    Cat yang mengandungi bahan kimia ini berfungsi menyerap isyarat blok radio.
    Dengan salutan seluruh bilik, isyarat Wi-Fi daripada luar rumah tidak akan masuk ke dalam dan yang paling penting ia juga tidak boleh keluar.
    Maksudnya…
    Kalau kita menggunakan cat ini, isyarat Wi-Fi kita setakat di dalam rumah sahaja. Isyarat tersebut tidak akan keluar daripada rumah kita.
    Bila isyarat tidak keluar, secara automatik pencuri Wi-Fi tidak dapat menggodam Wi-Fi kita.


    curi wifi

    6. Naik taraf firmware anda

    Anda perlu menyemak laman web pengeluar sekali-sekala untuk memastikan bahawa router anda mempunyai firmware yang terkini.
    Sebagai contoh jika anda menggunakan router jenama TP-Link, anda boleh terus pergi ke laman web www.tp-link.com.
    Tujuan menaik taraf adalah untuk meningkatkan fungsi router anda, memperbaiki ciri-ciri keselamatan dan menyelesaikan masalah pepijat (bugs) dalam versi firmware sebelumnya.

    Penting !!! Penting !!! Penting !!!

    Untuk mengelakkan kegagalan menaik taraf firmware router anda, sila baca peringatan di bawah ini dengan teliti.
    1. Sila pastikan versi perkakasan peranti anda adalah betul. Kesilapan menaik taraf firmware boleh menyebabkan peranti anda rosak dan membatalkan jaminan router anda.
    2. Jangan tutup bekalan kuasa router anda ketika proses menaik taraf firmware sedang berjalan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada produk atau peranti anda.
    3. Jangan menaik taraf firmware melalui sambungan wayarles atau Wi-Fi melainkan jika peranti anda hanya mempunyai sambungan tanpa wayar.
    4. Sebaik-baiknya anda menghentikan semua aplikasi Internet di dalam komputer anda ATAU memutuskan sambungan talian Internet dari peranti atau router anda sebelum menaik taraf firmware.
    5. Jika tidak yakin atau ragu-ragu, sila dapatkan bantuan rakan atau orang yang sudah biasa melakukan kerja-kerja menaik taraf firmware router.

    Cara-cara menaik taraf firmware router anda

    Sila muat turun versi firmware terkini router anda di laman web rasmi mengikut jenama dan model router yang anda gunakan.
    Dalam contoh di bawah, laman muat turun ini adalah daripada pengeluar Tp-Link.


    curi wifi

    Setelah muat turun selesai, buka paparan router anda seperti yang ditunjukkan di bawah.
    1. Klik tab Management.
    2. Pilih Firmware Upgrade.
    3. Tekan butang Browse…


    curi wifi

    Cari fail imej firmware yang telah anda muat turun sebentar tadi kemudian ekstrak .zip fail tersebut dengan menggunakan perisian seperti 7-zip, WinZIP atau WinRAR.


    curi wifi

    Buka folder yang telah diekstrak tadi kemudian pilih fail imej firmware yang diperlukan.
    Klik butang Update Firmware untuk melaksanakan proses menaik taraf firmware router anda.
    Proses menaik taraf mengambil masa lebih kurang 2 minit untuk selesai. Setelah selesai DSL Modem Router anda akan but semula (reboot) secara automatik.


    curi wifi

    Jika tidak menggunakan komputer untuk satu tempoh yang lama, sebaik-baiknya anda menutup terus bekalan elektrik router anda.
    Anda bukan saja dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik tetapi dapat menyekat terus usaha pencuri atau penggodam Wi-Fi anda.
    Sekiranya anda mengikuti langkah-langkah di atas, kemungkinan untuk Wi-Fi anda digodam agak rendah.
    Biasanya pencuri Wi-Fi lebih menyasarkan router yang mudah digodam terutamanya bahagian penyulitan rangkaian (network encryption).
    Pastikan anda tidak menggunakan WEP pada tetapan ini.
    Aku berharap artikel ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat yang anda cari-cari selama ini.

    Smart Portable disk

     

    cara lajukan internet
    Dalam
    Dalam Talian Internet anda lembab? Buka laman web lebih daripada 5 minit? Dahulu laju, kini semakin perlahan?
    Begitulah Nampaknya anda tidak berseorangan dalam hal ini. Semua orang pernah menghadapi masalah seperti di atas termasuklah Aku sendiri.
    Yang jelas, ada beberapa cara melajukan Internet yang boleh anda pelajari sendiri.
    Tips di bawah ini lebih sesuai kepada pengguna rumah.
    Lebih tepat lagi, yang menggunakan talian Streamyx atau UniFi.
    Ia juga lebih kepada anda yang menggunakan Internet melalui Wi-Fi.
    Sebelum itu, bagaimana kita hendak menguji kelajuan Internet kita?
    Rugilah bayar bil tiap-tiap bulan jika kelajuan tidak seperti yang sepatutnya.
    Caranya mudah sahaja.
    Anda boleh melawat laman web speedtest.net untuk mengetahui kelajuan sebenar talian Internet anda.
    Selepas itu, bandingkan dengan pakej yang anda langgan daripada penyedia perkhidmatan Internet anda.
    cara lajukan wifi

    Anda Salah faham di antara MBps dan Mbps

    Aku yakin masih ramai yang keliru dengan dua istilah ini.
    Orang sering bercakap mengenai megabytes apabila mereka maksudkan megaBits.
    Dan begitulah sebaliknya.
    MBps = megabytes
    Mbps = megabits
    Contohnya , katalah ujian kelajuan yang anda dapat tadi ialah 11.53 Mbps.
    Cara mengetahui berapa banyak dalam megabytes, bahagikan dengan 8 yang bersamaan dengan 1.44 MBps.
    Sekarang, 1 MB bersamaan dengan 1024 KB (kilobytes).
    Sebagai contoh lagi, jika anda memuat turun fail 30 MB pada 1 MB sesaat, ia bermaksud anda memerlukan kurang 30 saat untuk menyiapkan muat turun itu.

    Harus Bagaimana meningkatkan kelajuan Internet anda?

    Sebetulnya tidak sukar.
    Cuma ada yang salah faham tentang istilah hendak melajukan Internet ini.
    Hingga ada yang berfikir terlalu jauh. Perlukan kemahiran yang tinggi di dalam rangkaian komputer.
    Realitinya…
    Kita hanya perlu memeriksa masalah-masalah umum pada modem/router dan komputer riba kita sendiri.
    Semudah itu saja sebenarnya.
    Mari kita teruskan…

    1. First Periksa tetapan (setting) dan kedudukan modem/router anda

    Perkara pertama yang perlu anda lakukan sekarang ialah memeriksa sama ada Wi-Fi anda mempunyai kata laluan (password) atau tiada.
    Sila periksa Wi-Fi anda sekarang.
    Ada letakkan kata laluan?
    Kadang-kadang kita mungkin terlupa hendak menyimpan kata laluan Wi-Fi kita.
    Akibatnya?
    Sudah tentulah jiran-jiran di sebelah rumah kita akan dapat menggunakan Wi-Fi kita secara percuma. Ini merupakan faktor utama talian Internet menjadi lembab.
    Tapi…
    …sebelum anda hendak menyalahkan orang lain, pastikan anda menyiasat terlebih dahulu. Tidak baik menuduh jikalau tiada bukti di depan mata.
    Betul, bukan?
    Bagaimana caranya?
    Anda boleh menggunakan perisian percuma seperti Wireless Network Watcher untuk tujuan ini.
    Aku akan menulis tutorial ringkas cara mengesan orang lain menggunakan Wi-Fi kita pada artikel yang lain akan datang.
    curi wifi
    Router terlalu panas pun boleh menyebabkan talian Internet tidak berapa stabil. Selalunya talian pandai terputus-putus semasa digunakan.
    Mungkin anda letakkan router berdekatan dengan tingkap dan ia terdedah kepada panas terik matahari.
    Jadi kalau boleh, ubah kedudukan router anda di tempat yang jauh daripada punca cahaya matahari ini.
    Router yang agak jauh daripada peranti (telefon dan laptop) kita juga merupakan antara sebabnya.
    Biasanya isyarat Wi-Fi tidak berapa kuat dan stabil kalau terlalu jauh. Cuba alihkan kedudukan router anda agar dekat sedikit dengan peranti yang anda gunakan.
    Harus diingat…
    Sesetengah barangan elektronik di rumah kita seperti peti sejuk, pembesar suara, telefon wayarles dan pembuka pintu garaj juga boleh mengganggu isyarat Wi-Fi kita.
    Jangan ambil mudah tentang perkara ini.
    Seboleh-bolehnya letakkan router anda jauh daripada peralatan elektronik ini. Terdapat modem/router yang memang sensitif dengan benda-benda tersebut.
    Sekiranya semua cara di atas masih tidak berjaya, anda boleh menutup (off) modem/router anda selama 5 minit.
    Selepas itu, buka semula (on) dan periksa kelajuan Internet anda semula.

    2. Terlalu banyak virus dan spyware bersuka-ria di dalam komputer riba anda

    Percaya atau tidak, virus dan spyware yang ada di dalam komputer kita turut menyumbang kepada talian Internet menjadi perlahan.
    Jadi, pastikan laptop anda ada dipasang antivirus. Setakat ada antivirus saja masih tidak mencukupi. Kena rajin kemas kini antivirus juga.
    Sebab apa?

    Supaya virus dan spyware yang bersarang di komputer riba kita dapat dikesan dan boleh dihapuskan jika perlu. Lakukan imbasan sekurang-kurangnya dua minggu sekali

    Macam mana hendak mengimbas (scan) virus ini?

    Mudah sahaja.
    Periksa komputer riba anda dan lihat apa antivirus yang anda gunakan sekarang.
    Dalam contoh di bawah ini, saya akan menunjukkan cara hendak mengemas kini (updates) dan mengimbas (scan) komputer riba yang boleh anda lakukan sendiri.
    Aku menggunakan antivirus daripada Microsoft Security Essentials sebagai contoh.
    Ini sebagai contoh sahaja sebab aku tidak tahu apa jenis antivirus yang anda gunakan sekarang.
    Buka Microsoft Security Essentials di taskbar (dekat dengan jam dan tarikh). Lepas itu klik tab Update dan klik Update definitions
    Tunggu proses kemas kini atau updating virus & spyware definitions ini sehingga selesai.
    Lepas siap, tekan tab Home, pilih Quick pada Scan options, dan klik butang Scan now.
    Proses mengimbas berjalan sekarang. Bergantung kepada saiz simpanan cakera keras dan kelajuan komputer, masa yang diperlukan untuk siap mungkin sekitar 5-10 minit.
    Kalau sudah selesai tetapi Quick scan tidak mengesan apa-apa virus dan spyware, pilih pilihan Full scan sekarang.
    Kenapa kena buat dua kali?
    Sebab, kadang-kadang semasa kita menggunakan Quick scan, ada virus dan spyware yang mungkin terlepas pandang.
    Jadi fungsi Full scan ini lebih kepada mengesan virus dan spyware yang bersembunyi jauh di dalam fail-fail kita.
    Sekiranya antivirus tidak menjumpai apa-apa virus dan spyware, paparan di bawah ini akan muncul.

    3. kemudian Periksa ruang kosong cakera keras komputer riba

    Soalan Bila kali terakhir anda memeriksa ruang kosong (free space) komputer riba anda? Berapa banyak lagi yang tinggal?
    Jika ruang kosong cakera keras hampir penuh, sila pindahkan fail yang jarang-jarang anda gunakan itu ke tempat lain.
    Caranya?
    Dengan cara menyalin (burn) ke dalam CD/DVD, menyimpan ke cakera keras mudah alih (portable hard disk) atau memadam terus data yang tidak diperlukan itu.
    cara lajukan internet telefon
    Kenapa ruang kosong atau free space ini penting?
    Biasanya ruang kosong pada cakera keras digunakan sebagai memori maya, jadi jikalau cakera keras hampir penuh ia boleh menyebabkan komputer riba dan sambungan talian Internet menjadi lembab.

    4. Susun data anda serapi mungkin (Pekecil file)

    Jalankan defragmentation hard disk. Ini perlu dilakukan sebulan sekali. Ia akan meningkatkan prestasi keseluruhan komputer riba dan membantu melancarkan sambungan Internet anda.
    Anda juga boleh menggunakan perisian percuma seperti Smart Defrag 5 untuk melakukan tugasan ini.
    Ingat.
    Sekiranya anda menggunakan SSD, anda tidak perlu menyusun data anda.
    Sebab apa?
    SSD tiada bahagian mekanikal yang bergerak dan jangka hayat SSD akan pendek sekiranya defragmentation hard disk ini dilakukan.
    smart defrag
    Aku tahu sistem operasi Windows 7, 8.1 dan 10 mempunyai alat atau tools untuk defragment hard disk ini. Tapi, secara peribadi aku lebih menyukai perisian Smart Defrag 5.
    Cara hendak guna pun mudah. Kalau anda mahu menggunakan perisian ini, anda bolehlah memuat turun di laman web rasmi mereka.
    Setelah selesai, pasang (install) perisian ini seperti biasa. Program ini akan terbuka secara automatik setelah siap dipasang.
    Apa yang perlu anda lakukan hanyalah menekan butang Smart Defrag seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.
    Proses hendak defragment cakera keras ini biasanya tidak mengambil masa yang lama.
    Proses defragment cakera keras yang telah selesai. Ia sangat senang dan cepat.

    5. Naik taraf RAM anda semaksimum mungkin

    Komputer riba yang terlalu uzur juga menyumbang kepada masalah ini. Mungkin selama ini anda cuma menggunakan RAM 1 atau 2 GB sahaja.
    Kalau ada bajet, anda boleh menaik taraf RAM kepada 4 GB atau lebih, bergantung kepada sokongan maksimum RAM komputer riba anda.
    Aku yakin anda akan merasai perbezaannya.
    OK, macam mana hendak mengetahui berapa besar RAM yang anda gunakan sekarang ini?
    Klik Start, klik kanan pada Computer kemudian pilih Properties.
    Periksa RAM anda seperti yang ditunjukkan gambar di bawah ini.
    Sebelum anda hendak menaik taraf RAM, pastikan anda memilih RAM yang tepat untuk komputer riba anda.
    Anda juga boleh melihat buku manual atau memeriksa di laman web pengeluar komputer riba anda.
    panduan membeli laptop baru

    6. Buang add-ons, extensions dan plugins

    Apa pelayar Internet atau Internet browser yang anda gunakan sekarang?
    Internet Explorer, Mozilla Firefox atau Google Chrome?
    Aku tahu add-ons dan plugins memang bagus. Tetapi ada sesetengah daripadanya boleh dinyahaktifkan kalau jarang-jarang digunakan.
    Mengikut pengalaman Aku, benda ini kalau sudah terlalu banyak pun tidak bagus untuk komputer anda.
    • Cara menutup add-ons pada Firefox, pergi ke Tools > Add-ons dan nyahaktif kedua-dua add-ons dan plugins. Tutup dan buka semula Firefox.
    • Cara menutup add-ons pada Google Chrome, pergi ke Customize > Tools > Extensions dan nyahaktif plugins yang tidak diperlukan. Tutup dan buka semula Chrome.
    • Cara menutup add-ons pada Internet Explorer pula, pergi ke Tools > Manage Add-ons dan nyahaktif add-ons tersebut. Tutup dan buka semula IE.

    7. Gunakan Google Public DNS

    Tidak faham?
    Pengertiannya dulu:
    DNS adalah singkatan bagi Domain Name System. DNS merupakan nama sistem untuk komputer, laman web dan lain-lain yang disambungkan ke Internet.
    Pada dasarnya ia menterjemahkan nama host ke dalam alamat IP untuk mengesan komputer dan laman web di Internet.
    Sebagai contoh semua laman web seperti Google, Facebook dan laman web yang lain mempunyai alamat IP mereka sendiri dan pelayan komputer menggunakan alamat IP ini untuk mencari laman web dan membukanya ke dalam pelayar anda.
    Macam mana hendak menggunakan Google Public DNS ini?
    Jom aku tunjukkan bagaimana hendak menetapkan benda ini pada komputer riba anda. aku menggunakan sistem operasi Windows 7 sebagai contoh sahaja.
    Klik butang Start dan taip Control Panel. Kemudian pilih pilihan tersebut seperti yang tertera di bawah.
    cara nak lajukan internet
    Pilih view network status and tasks.
    cara melajukan internet
    Klik Change adapter settings.
    cara lajukan unifi
    Klik kanan pada Wireless Network Connection kemudian pilih Properties.
    Pada tetingkap Wireless Network Connection Properties pilihInternet Protocol Version 4 (TCP/IPv4) dan klik Propertiesseperti di bawah.
    cara lajukan streamyx
    Pilih Use the following DNS server addresses dan masukkan nombor seperti di tunjukkan di bawah ini. Setelah selesai klik butang OK.
    cara lajukan laptop
    Apa kelebihan menggunakan Public DNS Google?
    • Internet lebih laju
    • Spam dapat ditapis
    • Keselamatan yang lebih bagus
    • Prestasi yang lebih baik ketika menggunakan Internet
    • Tiada masalah hendak “loading page”

    8. Telefon penyedia perkhidmatan Internet

    Kalau semua benda di atas telah dibuat tetapi talian masih lagi lembab, ada kemungkinan talian telefon anda yang bermasalah.
    Cuba anda angkat telefon kalau-kalau line telefon ada noise (iaitu bunyi bising yang tidak sepatutnya ada – sangat biasa terjadi).
    Cuba telefon atau call rakan anda dan berbual lah (apa saja) bagi mengesan masalah bunyi bising (noise).
    Ambil masa 1-2 minit, beri perhatian pada bunyi buzz yang mungkin wujud semasa perbualan.
    Jika rakan anda juga mendengar bunyi bising tersebut, ini bermaksud gangguan pada talian anda agak kritikal.
    Jangan buang masa, terus call 100 di “Bahagian Teknikal” dan laporkan masalah yang anda alami.
    Kadang-kadang modem/router yang terlalu panas pun boleh jadi macam ini.
    Cuba sentuh atau pegang modem/router anda, jika terlalu panas sebaiknya tutup dulu dalam beberapa jam.
    Sekiranya masalah masih berulang, langkah seterusnya adalah menukar modem/router anda.
    Biasanya modem/router yang dibekalkan oleh pihak TM akan mengalami kerosakan setelah berusia 2 tahun ke atas.
    Semua langkah di atas sudah aku praktikkan. Kebanyakannya mampu menyelesaikan masalah yang aku hadapi selama ini.
    Anda pula bagaimana pula?

    Wednesday, June 29, 2022

    Simullating to normal

     I settled down to a routine,My confuse persel And i, which seldom,And i screamed to duit US well,when the weater permimed it,she would spend the morning on the grounds, directing the gardeners about the painting,or wacthing the progress of terraced walk we had decided upon,while My usual reading to And for among.cactcy verhicless singging

    The twelve for a brief Coach man would drive neighbour to return calls,that had been Mase or so upon her sometimes if on the way i would rider alone/ with her for a Mike or so And the get out out lying district where i had found My sight of her for the day for she always to My room And seldom came before mid bz time laney morning doing positif to stabil control upstair And rest until denied carrige investing interverning house become something to be gone thought for the evening  a sale sance agency,And was imtpatient to get things some,what was the time?every day i see My wacth.still in only half - refleksi refleksion And past four,how the hour dragged And buy the way of sutuable,if i knew at once if i had returned for i would see rest room before And change to bellow to wait for hands of click free nearer to seemed to me or this had always happened nothing strange i alone,unchaged with proper front of me so i with the mere process becoming in a sense a new life addapted from man remind My cousin And big family happiness  sometime doing telentime

    Only me 

    Biasala

    Bil Salam bil salam

     alone du mourier


    Iyaa benar

     Maafkan saya blog  ini adalah projek sukarela saya didedikasikan untuk mengumpulkan cerita yang melibatkan alam kehidupan saya dan kita puak sejagat Ia termasuklah sambungan cerita di blog lama aku di http://www.muakmalblogs.blogspot.com fb kmalgoodguy Selain itu, ia sebagai rekod pada masa akan datang.yang lebih membina dari segi tomporari lain orang obses terhadap hal serta isu peribadi saya.yang seakan viral di manipulasi kan atau protection from various different glamor of in many other happened in many other topic macam mana keadaan seterusya di rumah saya dan mak banyak lagi perkara yang sama untuk semua jenis cabaran dan keperluan harian saya setiap hari di rumah saya dan kita semua orang never say know about mind stories of me guest so can be board about mind is hardly located in many other things topic macam mana nak buat apa lah sangat balik rumah saya di sinilah syiarnya yang saya hadapi sekarang ini dengan lebih baik daripada yang lain yang tergendala sebab keadaan mak saya sedang sakit sejak becerita isu peribadi.

    Sebab apa hidup saya macam bateri weak..sakat sakat,control hal perkara  mak yang saya utamakan dan maklong  di rumah serta urusan lain yang tergendala semoga tak accept saya main muzik ya juga saya juga tahu orang ingat aku no less important in famaly first tahukah ... dah pergi sejauh mana bateri tu nak habis???anda ada jawapanya saya berharap sangat nak tahu…contract anak tungal harapan tinggi apakah pesanan atau teguran dunia baru ??? Saya juga pendam rasa dari bermain gitar dalam keadaan yang tidak bermain.

    Blog ini  Kepada mereka yang tak mahu maklumat peribadi tentang saya disiarkan di sini, mohon maklumkan kepada saya youtube

    Blog ini khusus untuk mereka yang sudi membaca dan memahami saya, namun sebagai penghargaan yang tidak ternilai, maka blog ini menyumbangkan sedikit maklumat kecil untuk semua. Sebagai mengenang jasa pembaca Blog ini juga tidak bermaksud untuk mengagung-agungkan mana-mana cerita baik atau buruk cuma sebagai PENGHARGAAN semata.

    Atau sekiranya salah dan silap harap di maafkan insyaallah doakan kesejahteraan kehidupan di masa hadapan.

    Muddy depression

    Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping