sEmOgA kiTa sEmUa sAmA2 bErjAyA Di DuNia & aKhiRaT dALaM mEnGhArUnGi dUgAaN & cAbArAn yAnG sEmEmAnGnYa mEnGuJi kEkUaTaN iMaN.. kErAnA tApAk ImAn iTuLaH yAnG mEnEmUkAn kiTa pAdA cInTa iLaHi yAnG sELaMa iNi tELah hILanG.. AmiN..
Thursday, June 30, 2022
Control pencuri wifi
Penerangan saya sendiri pada masa dahulu tidak pernah mencuri setting router modern wifi hinggalah ke hari ni ini atau mana mana depart wireless without permission contact hanya sudah hampir 10 tahun perkhidmatan TM wireless morden wifi saya sudah pun terminated are u understand
Saya hanya menggunakan prepaid untuk memenangi banyak urusan.faham tu.
Okay...
Bercerita tentang mcsc super coridoor new life new era new vision telah saya bentangkan okay can purchace what people why if you know that permision or drop order cover emergency unpaid renewal of pronouns can you imagine dragons JKT48 last teater edited weekend.. provici .
Wireless Network Watcher + TD-W8960N Modem Router: Teknik Mengesan & Menghalang Si Pencuri Wi-Fi
Stress Wi-Fi anda kerap digodam?
Bosan bayar bil Internet mahal-mahal tapi orang lain guna secara percuma?
Tidak tahu cara mengesan dan menghalang pencuri Wi-Fi?
Ok, Aku memahami perasaan anda.
Aku mengerti kerana aku juga pernah melalui pengalaman yang sama dengan anda.
Sebenarnya cara mengesan orang lain menggunakan Wi-Fi kita bukanlah sesusah mana yang anda fikirkan.
Anda juga boleh belajar sendiri bagaimana menghalang mereka daripada terus menggunakan Wi-Fi anda secara free of charge.
Guna perisian percuma untuk mengesan pencuri Wi-Fi anda
Terdapat banyak software atau perisian percuma dan berbayar di Internet yang boleh anda gunakan untuk mengesan pencuri Wi-Fiini.
Antaranya Angry IP Scanner, Advanced IP Scanner, SoftPerfect WiFi Guard, Wireless Network Watcher dan Who Is On My WiFi.
aku lebih suka menggunakan Wireless Network Watcher.
Kenapa?
Sebab software atau perisian ini adalah percuma dan mudah digunakan.
Anda boleh memuat turun perisian ini dengan pergi ke laman sesawang rasmi Wireless Network Watcher.
Setelah muat turun selesai anda boleh menggunakan perisian seperti 7-zip, Winrar atau Winzip untuk mengekstrak perisian Wireless Network Watcher ini.
Klik dua kali (double click) folder WNetWatcher seperti gambar yang ditunjukkan di bawah.
Seterusnya pilih aplikasi WnetWatcher dan klik dua kali untuk membuka perisian tersebut.
Proses mengimbas rangkaian IP ini dilakukan secara automatik, cepat dan hanya mengambil masa beberapa saat.
Anda boleh melihat maklumat seperti IP, nama peranti, alamat MAC, pengilang penyesuai (adapter manufacturer), kiraan pengesanan dan informasi penting yang lain.
Kalau kita lihat contoh seperti di bawah ini, saya baru sahaja mengesan satu peranti yang tidak dikenali sedang bersuka-ria menggunakan talian Wi-Fi aku.
Bagaimana?
Mudah, bukan?
Ini bukan sains roket.
Ok cara di atas hanya terhad untuk mengesan orang yang menggunakan Wi-Fi anda sahaja. Memang fungsi perisian ini setakat itu saja.
Sekarang kita perlu mengetahui bagaimana hendak menghalang si pencuri Wi-Fi tadi.
Tutorial di bawah mungkin sedikit bersifat teknikal kerana ia lebih kepada cara menetapkan (setting) router anda sendiri.
1. Buat kata laluan (password) yang unik pada router anda
Perkara pertama yang perlu dibuat adalah menukar kata laluan atau password asal router anda kepada sesuatu yang lebih selamat.
Ini dapat mengelakkan orang lain daripada mencuba mengakses router anda serta anda boleh mengekalkan tetapan keselamatan yang anda mahukan.
Anda boleh menukar kata laluan ini daripada tetapanManagement pada halaman tetapan router anda.
Cara-cara hendak log masuk router anda
Sebelum hendak memasuki router, anda perlu mengetahui default gateway pada paparan router anda.
Dalam tutorial pada kali ini saya akan menggunakan sistem operasi Windows 10 dan router Tp-Link sebagai contoh untuk log masuk (login) paparan router.
Klik Search Windows seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.
Taip Command Prompt atau cmd.
Klik kanan pada Command Prompt dan pilih Run as administrator.
Satu tetingkap kecil akan muncul “Do you want to allow this app to make changes to your PC?”. Anda hanya perlu tekan butang Yes.
Setelah anda menekan butang Yes satu tetingkap kecil akan muncul seperti di bawah. Taip arahan ipconfig /all dan tekan kekunci Enter pada papan kekunci anda.
Tulis atau hafal nombor Default Gateway anda. Nombor ini akan digunakan untuk log masuk router anda nanti.
Tutup tetingkap Command Prompt dan buka pelayar Internet yang biasa anda gunakan seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox atauGoogle Chrome.
Taip nombor Default Gateway yang anda salin sebentar tadi dan tekan kekunci Enter.
Satu tetingkap kecil akan muncul. Taip admin pada ruangan User Name.
Taip admin sekali lagi pada ruangan Password.
Pastikan anda menulis dalam huruf kecil pada ruangan User Name dan Password tadi.
Klik butang OK.
Paparan seperti di bawah akan keluar.
Klik tab Management.
Pilih Access Control.
Pada ruangan Username terdapat 3 pilihan yang boleh anda pilih iaitu sama ada admin, support dan user. Dalam contoh di bawah, Username yang dipilih adalah admin.
Taip Old Password di ruangan yang disediakan. Biasanya Old Password ini adalah admin.
Taipkan kata laluan baru anda di ruangan New Password.
Taipkan sekali lagi kata laluan baru anda di ruangan Confirm Password.
Klik butang Save/Apply setelah anda selesai.
Pastikan anda menghafal atau menyimpan kata laluan anda di tempat yang selamat.
2. Tukar nama SSID rangkaian anda
Jika boleh elakkan menggunakan nama anda, alamat rumah atau maklumat peribadi di dalam nama SSID.
Ya, ini tidak membuatkan rangkaian anda lebih selamat tetapi menukar nama SSID rangkaian anda adalah idea yang baik kerana ia akan memudahkan anda untuk mengenali dan menyambung rangkaian anda sendiri.
Cara-cara menukar nama SSID rangkaian anda
Klik tab Wireless.
Pada ruangan Wireless Network Name tukar nama tersebut kepada nama yang anda mahukan.
Setelah selesai klik butang Apply/Save.
3. Gunakan penyulitan rangkaian (network encryption)
Terdapat beberapa kaedah penyulitan untuk tetapan wayarles, termasuk WEP, WPA (WPA-Personal), dan WPA2 (Wi-Fi Protected Access versi 2).
WEP adalah penyulitan yang paling asas dan oleh itu ia kurang selamat.
Saya mengatakan paling asas kerana ia boleh digodam dengan mudah cuma kebaikannya pula ia serasi dengan pelbagai peranti termasuk perkakasan yang lama.
Seboleh-bolehnya jangan memilih tetapan atau setting WEP ini. Budak-budak yang baru nak up akan menggodam kata laluan anda dengan mudah.
Jika boleh gunakan WPA2 kerana ia telah terbukti paling selamat tetapi hanya serasi dengan perkakasan yang dikeluarkan sejak 2006.
Cara-cara menggunakan penyulitan rangkaian
Klik tab Wireless.
Pilih Security.
Pada ruangan Network Authentication terdapat 8 pilihan yang boleh dipilih seperti Open, Shared, WPA-Enterprise, WPA-Personal, WPA2-Enterprise, WPA2-Personal, Mixed WPA2/WPA Enterprise dan Mixed WPA2/WPA-PSK Personal. Dalam contoh di bawah, pilihan yang dipilih adalah WPA2-Personal.
Pada ruangan Wireless Network Key masukkan kata laluan untuk mengakses WiFi anda. Gunakan kombinasi huruf, nombor, dan aksara khas dalam kata laluan anda.
Klik butang Apply/Save setelah anda selesai.
4. Tapis alamat MAC
Biasanya digunakan untuk perlindungan tambahan seperti menambah alamat MAC pada semua peranti anda kepada tetapan router wayarles supaya hanya peranti yang dinyatakan boleh menyambung ke rangkaian Wi-Fi anda.
Cara-cara menapis alamat MAC pada router
Klik tab Wireless.
Pilih MAC Filter.
Pada MAC Restrict Mode pilih ruangan Allow.
Klik butang Add seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.
Cara hendak mendapatkan alamat MAC anda, buka Command Prompt dan taip ipconfig /all. Lihat pada bahagian Physical Address dan salin maklumat tersebut.
Masukkan maklumat daripada Physical Address di Command Prompt tadi ke dalam ruangan MAC Address. Tekan butang Apply/Save setelah selesai.
5. Kurangkan jarak isyarat WiFi anda
Macam tidak logik sahaja bunyinya?
Untuk pengetahuan anda, para penyelidik ada membangunkan cat khas yang boleh menyekat Wi-Fi sekaligus boleh membantu menghentikan si pencuri Wi-Fi daripada mengakses rangkaian rumah anda.
Anda tidak perlu bersusah payah mengaktifkan penyulitan rangkaian di peringkat router.
Cat yang mengandungi bahan kimia ini berfungsi menyerap isyarat blok radio.
Dengan salutan seluruh bilik, isyarat Wi-Fi daripada luar rumah tidak akan masuk ke dalam dan yang paling penting ia juga tidak boleh keluar.
Maksudnya…
Kalau kita menggunakan cat ini, isyarat Wi-Fi kita setakat di dalam rumah sahaja. Isyarat tersebut tidak akan keluar daripada rumah kita.
Bila isyarat tidak keluar, secara automatik pencuri Wi-Fi tidak dapat menggodam Wi-Fi kita.
6. Naik taraf firmware anda
Anda perlu menyemak laman web pengeluar sekali-sekala untuk memastikan bahawa router anda mempunyai firmware yang terkini.
Sebagai contoh jika anda menggunakan router jenama TP-Link, anda boleh terus pergi ke laman web www.tp-link.com.
Tujuan menaik taraf adalah untuk meningkatkan fungsi router anda, memperbaiki ciri-ciri keselamatan dan menyelesaikan masalah pepijat (bugs) dalam versi firmware sebelumnya.
Penting !!! Penting !!! Penting !!!
Untuk mengelakkan kegagalan menaik taraf firmware router anda, sila baca peringatan di bawah ini dengan teliti.
Sila pastikan versi perkakasan peranti anda adalah betul. Kesilapan menaik taraf firmware boleh menyebabkan peranti anda rosak dan membatalkan jaminan router anda.
Jangan tutup bekalan kuasa router anda ketika proses menaik taraf firmware sedang berjalan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada produk atau peranti anda.
Jangan menaik taraf firmware melalui sambungan wayarles atau Wi-Fi melainkan jika peranti anda hanya mempunyai sambungan tanpa wayar.
Sebaik-baiknya anda menghentikan semua aplikasi Internet di dalam komputer anda ATAU memutuskan sambungan talian Internet dari peranti atau router anda sebelum menaik taraf firmware.
Jika tidak yakin atau ragu-ragu, sila dapatkan bantuan rakan atau orang yang sudah biasa melakukan kerja-kerja menaik taraf firmware router.
Cara-cara menaik taraf firmware router anda
Sila muat turun versi firmware terkini router anda di laman web rasmi mengikut jenama dan model router yang anda gunakan.
Dalam contoh di bawah, laman muat turun ini adalah daripada pengeluar Tp-Link.
Setelah muat turun selesai, buka paparan router anda seperti yang ditunjukkan di bawah.
Klik tab Management.
Pilih Firmware Upgrade.
Tekan butang Browse…
Cari fail imej firmware yang telah anda muat turun sebentar tadi kemudian ekstrak .zip fail tersebut dengan menggunakan perisian seperti 7-zip, WinZIP atau WinRAR.
Buka folder yang telah diekstrak tadi kemudian pilih fail imej firmware yang diperlukan.
Klik butang Update Firmware untuk melaksanakan proses menaik taraf firmware router anda.
Proses menaik taraf mengambil masa lebih kurang 2 minit untuk selesai. Setelah selesai DSL Modem Router anda akan but semula (reboot) secara automatik.
Jika tidak menggunakan komputer untuk satu tempoh yang lama, sebaik-baiknya anda menutup terus bekalan elektrik router anda.
Anda bukan saja dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik tetapi dapat menyekat terus usaha pencuri atau penggodam Wi-Fi anda.
Sekiranya anda mengikuti langkah-langkah di atas, kemungkinan untuk Wi-Fi anda digodam agak rendah.
Biasanya pencuri Wi-Fi lebih menyasarkan router yang mudah digodam terutamanya bahagian penyulitan rangkaian (network encryption).
Pastikan anda tidak menggunakan WEP pada tetapan ini.
Aku berharap artikel ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat yang anda cari-cari selama ini.
No comments:
Post a Comment