Friday, June 24, 2022

Kenali 9 anak setan

 Kenali 9 Jenis Anak Setan!!!!Simpanlah baik pesanan ini dan sebarkan pada rakan2 anda sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan-syaitan kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka.Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semogamenjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat, Insya'Allah.Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:


1. Zalituun Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggodasupaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yangberada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).

5. Murrah Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anakdidera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketikaberwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk!  



(SCROLL DI BAWAH)..



10. Isetan.Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat disekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....

Kebaikan    :     Memberi potongan harga pada Karnival jualan.

Keburukan   :     Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu  kat kereta.

Pesanan     :     Shopping tu agak-agak sikit, jangan sampaiberlebih-lebihan pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. HindusetanNie mereka-mereka yg menonton cerite hindustan, sampai masukwaktu sembahyang,masih menyonggol depan tv.....kepala keluartanduk, tak sedar.......jadi lah hindusetan !!!

12. SantanYang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak.Ha..tapi tak tau..banyak santan ni naik la kolesterol pastu dapat penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung...hmmm

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping