Saturday, September 10, 2011

Ttg.blog aku da

memang aku akui yang bila kita tulis tentang blog , ramai yang akan tengok dan dapat ramai pembaca . Tapi pembaca hanya terhad bagi blogger tetapi bukan untuk orang yang tidak mempunyai blog . Kemungkinan diorang (yang tiada blog) pun tak faham apa kita tulis dan dalam fikiran diorang mungkin " apa yang blog ni sembang ni ?"

Kadang – kadang aku malu,segan,takut nak citer2 yang aku type dalam blog aku apatah lagi nak bagitau kawan yang aku ada blog sebab kalau diorang baca bukan diorang faham pun . Mungkin diorang ingat aku ni pelik post tentang apa ntah . Sebab kawan aku bukan semua ada blog . Walaupun ada segelintir yang ada blog , tapi diorang bukan baca pon apa semua tulis tu betul , apa ntah tu .sebab aku da tutup akaun untuk sesape nak comment dekat aku so mmg tak de comment lah aku tak nak feed back comment tu terkena kat batang hidung aku balik Yang aku tulis tentang personal + gambar – gambar . Hanya dilihat untuk kawan – kawan dan org lain.

over makan2

Anyway Mood raya masih terasa eah,Macam mana dengan korang semua? sama jugak kan? Pening kepala aku. Korang pernah terfikir tak,Sebenarnya,nak sambut raya jamuan makan seperti majlis rumah terbuka selalu juga akan beroperasi. hahaha. tull tak ? pagi td aku dengan kawan aku wan pergi ke Marina Bay Penang Port ada Majlis rumah terbuka aidilfitri,dah free, kita org pakat la dengan kawan2 last minit kami 2 orang saja pergi,aku pun kalau tidak tak nak pergi,dah kawan aku wan tak ada kawan so pergi berdua sajalah....Yang aku musykilnya sekarang, aku badan semakin berisi,Tapi setahun sekali je kan. Tak kisah sangat.Esok pun ada lagi rumah Terbuka aku nak pegi ke tak nak tak tahu da kalu hari2mcm ni bleh kena obesiti weh...kena beringat jugak asyik makan2 sampai kenyang kembung perut tk sedar kuat makan,over plak kan.

Friday, September 2, 2011

Raya Pny Pasal


Seronok dapat balik raya kat kampung tok sebelah abah.nak beraya memanglah seronok.yang buat aku tak boleh lupa adalah kejadian benda semalam apa yang terjadi dekat kami sememangnya menguji kesabaran 4 orang kami aku,wan,amir dan faisal.rasa nak citer jugak sebab aku tak nak idea aku kering dan aku tak dapat lupakan begitu sahaja.

Hari Raya ke tiga kami merancang nak pergi makan kenduri kawin kawan kami Helmi dekat Simpang empat kangkung Alor Star,alang2 dah dekat utara wan ajak aku balik kampung aku kat Kodiang Perlis,dlm hati aku tak nak lepaskan peluang beraya yang ada.Baru petama kali aku balik beraya dengan Tok,Toksu,abah dan mak dekat kampung sebelum ni seumur hidup aku tak pernah balik raya kat kampung sebelah abah


Aku dan kawan2 balik hari sampai di rumah pukul 2.30 pagi di sebabkan terlalu pk pasal benda yang terjadi semalam aku tak boleh tidur pun tak lena,otak asyik pk pasal kejadian semalam subuh td baru dapat melelapkan mata.Kami bertolak dari rumah pukul 1.30 tghari Dalam perjalanan highway ke utara kami berhenti di Perhentian Gurun untuk solat Zohor sampai ke tempat kenduri pukul 3.00 petang sambil cari di mana lokasi tempat kenduri tiba di persimpangan kampung kuala kangkung kami tercari-cari last2 aku nampak bunga mangga kenduri di seberang jalan ada dua kenduri kahwin di sebelah kanan bunga mangga nama Akmal ???terus ke depan simpang bunga mangga kenduri kawin Helmi,kawan2 aku bergurau kat dlm kereta yang diorg bawa pengantin akmal,aku tersenyum terharu,selepas makan kenduri kami pun terus ke utara mengikuti lebuh raya utara selatan turun highway Jitra,Malau terus ke kodiang

Sampai di rumah tok kat kampung lebih kurang pukul 5.00 masa kami sampai ada tetamu kat rumah abah aku di perkenalkan oleh abah adalah sepupu abah Ustad Ali iaitu pakngah aku,kata pakngah dia biasa nampak aku dulu,masa tu aku masih kecil terus aku bertanya "pakngah tinggal di mana "kata pakngah tinggal di Kepala Batas kedah kat Taman Tabung Haji,setelah beraya 4 orang kami bersolat asar kat rumah abah kami pergi ke rumah toksu depan rumah abah dalam pukul 6.45 petang kami pun ingatkan nak terus balik ke Penang tapi kami terlajak perjalanan ke UUM aku perasan jalan kami ambil salah,patah balik dan terlajak lagi masuk highway sampai kami return terus ke Pekan Kodiang balik dan kami solat Maagrib kat Pertonas Kodiang.

Setelah solat maagrib kami pun teruskan perjalan ke Jitra,kawan aku Faisal pula teringat kan kawannya yang tinggal di Taman Tabung Haji,Kepala Batas Kedah ingat nak singgah beraya,dalam perjalanan ke Highway Jitra kami termasuk jalan kampung.Aku pun tak ingat nama tempat tu apa rasa macam nama siam ulu sangat sebab dipenuhi pokok2 getah 3 persimpangan dalam hutan yang gelap kami masuk berpandukan signboard ke Jitra

Persimpang pertama kami masuk kekanan iaitu dalam perjalanan sambil kereta kami bergerak di atas jalan dimana kami berempat tertengok sebuah rumah banglo mewah ada kolam renang di tengah2 hutan Rumah tu kelihatan terang benderang oleh cahaya lampu rumah kami berempat terpegun dan teruja dalam hati aku terpegun dan rasa lapang dada tengok rumah banglo putih mewah yang bersih dan cantik kelihatan seperti rumah terbuka suasana seperti macam open house tapi tak nampak orang kecuali kawan aku amir nampak seorang budak lelaki kecil bogel sahut amir kat dalam kereta "ha tu dia budak tu duk main kote"  yang seakan-akan bermain-main anu kemaluanya dekat pintu pagar gate depan rumah,kawan aku wan dan amir pula rasa lapar macam nak singgah kat rumah tu makan nasi,yang menghairankan kami macam mana ada rumah tengah2 hutan dan kenapa kami berempat berpaling arah dan tengok rumah tu,mula kawan kawan aku cakap yang macam2

selepas lepas dari rumah itu kata kawan2 aku rumah tu rumah bunian kot dan budak tadi toyol kot ke anak jin kot tapi kami tetap cekalkan hati teruskan perjalanan persimpangan ke dua masih dalam hutan getah kami terlajak dan patah balik macam2 punya duk pk dalam otak teringat apa yang kami nampak td dalam perjalanan masuk ke balik simpang yang kami terlajak dan terus sampai kami nampak signboard Jitra ke sebelah kanan (masih dalam hutan getah)susur keluar ke jalan kami nak belok ke kanan tapi one way sehala lebuh raya mai ke sebelah kiri signboard tu tipu kami,nasib baik la wan driver tak terus lipat masuk ke kanan kereta2 laju2 atas lebuh raya menghala kekiri.Aik tak sangka pula kami jalan ni terus susur ke highway.aik signbord ikut kanan tapi terus one way highway kenderaan menghala ke kiri kami pun ke kiri terus dan terus sampai di persimpangan kami buat u turn balik dan terus ke kepala batas,sampai keluar highway kepala batas Kami telefon kawan Faisal nama panggilan zam,dia pun datang naik motor suruh kami ikut dari belakang tapi kami kehilangan dia dalam perjalanan,telefon dia balik tak dapat hp pula tak ada line.Tanya peniaga buah jalan mana nak pergi ke Taman Tabung Haji.katanya" terus ikut simpang trafik sampai jumpa rumah taman tu la Taman Tabung Haji sebab kat dalam tu cuma ada satu Taman sahaja "

kami pun terus sampai jumpa taman tapi bukan nama tempat tu Taman Tabung Haji kami berpatah balik separuh jalan dan berhenti untuk telefon Zam,tak tahu pula kami berhenti di tanah perkuburan Islam di sebelah kiri,tak apalah kami pun tunggu kat tanah perkuburan tu sampai zam sampai dan kami dapat singgah di rumah zam dalam pukul 10.00 zam pula tunjuk kat kami atas bukit kat rumahnya Kota Istana Raja Bersiong yang hampir roboh dekat rumah dia lagi rasa macam gothic punya tempat pukul 11 kami pun balik sampai highway alor star (U)kami terpaksa turun highway sbb.minyak sudah kehabisan.selepas tu kami terus jalan biasa Alor Star (S) aku perasan lagi wan sudah terlepas sampai ke Simpang 4 kangkung aku ingatkan wan nak terus balik jalan biasa.kami berpatah balik dan singgah minum kopi sebab wan dah mengantuk dalam pukul 12-30 kami pun dapat balik tanpa sesat2 lagi sampai selepas hantar faisal kat penaga masa masuk ke kampung aku Amir pula kata dia terbau wangi macam bunga melur isk,isk,macam2 punya duk ada dalam pukul 2.30 baru sampai rumah aku huh..lega rasanya.siang td baru aku tidur lena.bila teringat kan balik seronok pun ada seram pun ada sbb dalam bilik aku yg gelap hanya bercahayakan screen monitor komputer.Masa aku tengah type perenggan 1 dan 2 aku tersepak soket plug komputer dan terpadam aku type balik semula,aku type td pukul 11 malam sedar 2 sekarang sudah pukul 4 pagi.the end ayo ma ayo pa panjangnya citer Raya

Wednesday, August 31, 2011

MERDEKA RAYA




erm,dear readers SELAMAT HARI RAYA n SELAMAT HARI MERDEKA to all malaysian.first day hari Raya..layan komputer setelah sehari semalam tak mengadap komputer sambil dengar radio memperdengarkan lagu raya.Dalam erti kata lain dah Raya.Seumur hidup aku tak pernah tak balik raya kat kampung.Memang seumur hidup aku beraya kat kampung (Penang) dengan mak.anything about can make me Happy...da tk de mood la n tulih blog...maleh nak tulih apo laiee...nanti lain hari la plak sambung just go for depending on my mood Merdeka Raya..

Sunday, August 28, 2011

tahu takpe...

Duh! Terkena jugak. Seawal minggu terakhir di bulan puasa aku pergi ke sana, ke sini tanpa kenal erti penat dan sakit. Kadang-kadang aku bersyukur diberi makan makanan untuk juadah berbuka oleh mak long aku, hanya dengan  kata-kata maklong aku lagi terasa kecilnya hati aku . Liku-liku kehidupanku penuh dengan onak dan duri (dan juga perkara-perkara yang tak sanggup aku kongsi bersama). Aku sedar siapa aku…Hanya seorang insan yang hina. Hina di mata masyarakat, hodoh untuk dipuja. Apakah tidak ada sekelumit bahagia untuk diri ku? Sudahlah tak pernah dapat merasa dikasihi dan disayangi kecualilah mak aku yang tersayang. Jauh sekali untuk dibelai manja…Oh, di manakah agaknya keadilan buat diriku? Tak terbayang bagaimana harus aku meneruskan kehidupan ku.

Aku merasakan sesuatu bergelora dalam jiwaku.. Seolah-olah meronta-ronta.. merayu dan meminta untuk dibebaskan dari dari belenggu kedukaan yg asyik mewarnai rona-rona hayatku lewat kebelakangan ini. Aku juga ingin bahagia seperti mana yg sepatutnya dikecapi oleh setiap yang bernyawa di muka bumi ini..Apakah masih ada harapan buatku? Atau aku sudah terlambat untuk mengadili perasaan sebegitu? Petang tadi aku ke rumah mak long selalu bercerita tentang anak2 orang lain aku yang belajar pandai dan ada yang sudah bekerja berbanding dengan aku tidak bekerja hanya duduk di rumah sahaja maklong kata "orang semua bekerja hang pula tak mahu bekerja" kata-kata itu membuatkan diri ku rasa kecil hati.

Sebenarnya aku dahulu belajar pun tak setinggi mana tak pandai pun tapi aku berusaha bekerja juga dulu akan tetapi semua perkerjaan aku tidak tetap,paling lama pun aku bekerja hanya Setahun 6 bulan.macam-macam perkara selalunya mematahkan semangat aku untuk bekerja termasukalah kemalangan jalanraya ketika pulang bekerja.no komen....Ada jugak aku apply kerja dengan kelulusan yang aku ada, 9hb ogos 2011 aku di panggil lapor diri di IPK untuk meyertai pasukan POLIS DI RAJA MALAYSIA,aku pun datang dengan berpakaian sukan untuk lapor diri,test yang diorg ambil aku kena lari,buka baju,tekan tubi selama seminit,test mata,ukur berat,tinggi ukuran dada badan aku dll.setelah selesai aku di panggil interview iaitu aku kena menjalani latihan training kat PULAPUR SHAH ALAM seminggu selepas raya nanti tapi saudara mara aku tak bagi aku pergi kata makdak dan maklong aku "sapa nak tengok mak aku kat kampung jadi apa2 kat rumah bukan ada siapa,man kalau da tak boleh bekerja dah sakit takapa tp jangan buat perangai yg bukan-bukan",mak aku pun ragu-ragu dengan diri aku termasuklah kawan baik aku Lie.Mak dan kawan aku ada cakap "diorg tahu ke aku ni sakit" aku cakap tidak kalau diorg tahu sure diorg takan ambil aku bekerja nanti apa2 berlaku salah mereka sbb ambil aku mengangotai Pasukan Polis.

Bila aku pk2 balik boleh ka aku bertahan jawap aku Tak kuasa tawww!! Aku terasa ingin menjerit sekuat hati. Sampai Bila? Bila? Bila?Perasaan marah dan benci yang membuak-buak membuatkan aku terus mengambil satu keputusan penting dalam hidup aku.Aku Batalkan saja. Hanya dia yang mampu mengubah aku menjadi manusia disegani dan ditakuti ramai.Aku harus buat keputusan dari sekarang.sukar untuk aku nak terangkan kat sini,sbb kalau aku cakap pun tetang pekara peribadi aku orang tak akan faham. kenapa dan apa aku nak buat apa jaadah macam mana lagi

Oh, tidaakkkkk!!!! Apakah….??? aku hanya mampu ku pendam dlm hati.

Saturday, August 20, 2011

Posa Tak Aku




Right :- Posa
False :- Tk Posa

i do no this all about the day that aku posa ke tk posa,that why aku takde jaminan pada hari esoknya di bulan posa neyh semua itu terpulang pada diri sendiri mengawal perasaan sebegini boleh di jadikan positif seandainya kita melihat hikmah di sebaliknya.you know,i need some spaces to write on my mind to express my feeling about this aku malas nak cakap banyak just tell that everything aku pose ke tak itu je

thats all 4 know till then caiiyok2.

Friday, August 19, 2011

Bengang + Bangang LOL

arghhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!! Bangang LOL. Hahahaaha. Mintak maap.. Aku tak perasan pon kat rumah aku so aku ni pasang telingga saja la dengar heh..

Ok lah sambung lagi citer dugaan ni. pelikkan, dugaan yg paling leceh, sesama manusia jugak. Hantu setan tak da apa2 sangat. Manusia ni pandai sangat la reka cerita. Mencik tol jenis manusia camni. Tatau apa2, tapi fitnah je manjang.

Orang setempat. Masalahnya,aku tak kacau orang pon. Dan paling aku benci sangat, dah tuduh yang bukan2,setakat menyebut nama ALLAH..lantak dia la.Sebenarnya sampai sekarang dorang mencemuh sesangat dengan aku. Sampai skang aku macam kena pulau. Dan sampai skang aku hilang hormat kat penduduk setempat. Mcm aku cakp tadi la,bila Kena sakit Aku tak nak cakap, tapi nak jugak cakap Ok, sambung lagi masa berlalu  Tenuk betul.

Haaaaa ingat salah aku je? Hati aku pun sakit .cerita Kalamullah aku tk berani nak buat main-main tp ini kenyataan tapi kenapa mereka nak mencemuh SOKSEK2 nak menyangkal tindak tanduk orang seperti diorg saja yang betul semua org sanjung sangat diorg tu..pooraah benci giler aku saja kawal perasaan aku...sakitnya hati

Aku memang tak suka orang belagak sombong mcm tu.

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping