Monday, January 28, 2019

Cerita kawan aku Ramli

Kisahnya bermula begini ,Dulu cikgu aku selalu tanya, kenapa masyarakat Malaysia gemar mengamalkan 'double standard'? Since waktu tu aku masik kecik*hahaha* aku tak tau nak jawab ape. Double standard ni maksudnya membeza-bezakan antara satu pihak dengan pihak lain.



Haaaaaa, itu la yang dimaksudkan dengan double standard. Orang cakap penyataan tu bongok padahal boleh je lelaki nak jenjalan pakai heels! Tak de pun undang-undang menyatakan lelaki dilarang memakai heels dalam sistem perundangan Malaysia.merapu merepek meraban Pondan adalah kot

Sekarang bila otak dah boleh fikir maju sikit, ada baiknya kenapa masyarakat Malaysia suka mengamalkan double standard ni. Biarpun macam 'tak adil' bagi sesetengah pihak, tujuan wujudnya double standard ialah demi menjaga keseimbangan dan keharmonian masyarakat.


Memang perempuan dijadikan lebih pandai dari lelaki (refer to statistik kemasukan IPT) tapi secara teknikal, lelaki lebih cekap dalam hal-hal pentadbiran sebab lelaki memang dijadikan sebagai imam untuk memimpin. So, tak salah wujudnya double standard kan?

Tapi kalau keluar gosip macam kawan aku si Ramli ni, ni nak kira macamana yek??? Ni sebab dia sahabat aku sejak di menengah lagi, so dikira Adab, Perilaku,Perangai,Sikap tatatertib Zero la. Tapi kalau orang biasa-biasa yang buat macam ni, ada orang kisah?kalau aku yang selalu hadap dia bila datang ke rumah aku

Bukan aku nak mengata padanya tapi ini betul2 bukan cobaan

Bila datang ke rumah aku tak bagi salam dah la tu aku kena buka pintu pagar bagi motorsikal dia masuk ke ruang hadapan rumah aku...datang lama2 tak tahuka aku ada kerja atau benda nak buat kekadang time2 magrib datang ke rumah aku tak tahu ka aku nak solat ka nak mandi ka pernah sekali tu time orang nak sembahyang Jumaat datang ke rumah

 Sudah la tu aku belum merokok lagi dia sudah berbatang2 hisap rokok dalam rumah aku sambil hembus dekat muka aku....dah la tu pau rokok aku lagi...aku nak kena layan pergi buat kopi seteko jamu dia berborak kosong...duduk di kusyen terus duduk tanpa angkat beg aku ke...barang aku ke bantal aku ke...kalau terjatuh buku ke..majalah surat kabar di atas ke kusyen ke lantai buat dek saja...

Bila aku nak borak sibuk layan gajet hp dan satu lagi kalau dia tersepak botol air minuman aku pun buat tak peduli sahaja padahal dia yang sepak...datang rumah aku selalu cakap tak larat pastu baring di kusyen aku buat tak kisah aku dengan mak aku...angkat kaki letak atas kerusi...

kalau makanan di hidangkan sedap dia habiskan kebiasaanya ulam-ulaman tanpa berfikir tinggal dekat aku ke  orang tua aku ke...lepas makan sedawa tanpa rasa segan dan silu itu aku tak kisah sangatla tapi agak kureng sikit laa

kalau main gitar dia saja yang bermain gitar di rumah aku bila turn aku nak bermain dia dah nak balik....keluar ke mana jalan-jalan aku bawa naik motorsikal aku sampai trafiklight kaki duk terhegeh-hegeh mengedik tapping....tak pernah belanja makan selalu aku yang belanja dia makan.

Biala ada janji nak buat kerja nak keluar pergi rumah pagi selalu tak siap lagi masih membuta nak kena gerak dia. aku layan sahaja aku dah tahu dia macam tu dia pun sakit Mental abang dia kata kejap OK kejap tak OK...tapi aku banyak bersabar denganya sebab kesian mak ,abang dia dan keluarga dia.


Benda-benda macam ni susah nak cakap. Lagi pun sumber buat aku pening fikir kawan aku seorang  Ini komen ;

mungkin sejak dari kecil tidak di asuh di didik sebaik mungkin
mungkin aku jadi sasaran tempat dia berharap
mungkin sebab aku layan dia tapi dalam hati sabar ajalah


Kesimpulannya, orang Malaysia ni cuma amalkan double standard pada public figure je kan? Mana perginya amalan rukun negara ke-5? Ke kita sebenarnya dah lupa Rukun Negara? Rukun Iman? Rukun Islam? Rukun tetangga?? KESOPANAN DAN KESUSILAAN *itu mana oke, yang last ni tak kira*kami masih berkahwan baik walaupun dia begitu.Aku pun tak nak la kata kepada dia  tapi aku cakap dekat dia elok-elok semalam perkara yang aku nyatakan yang dia mungkin tak nak ambil faham dia kata dekat aku balik "Paku Dulang Paku Serpih".lantas dia cakap dia nak balik.entahlah ramli ooiii ko fikirlah sendiri...

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping