Wednesday, August 28, 2019

Cerita aku kawal lalu lintas sekolah

cerita aku kali ini mengenai pahit manis suka duka kawal lalu lintas sekolah.

sesi ke dua petang aku di tugaskan kawal lalu lintas di hadapan jalan raya sekolah.

jam 6 petang sesi ke dua petang tamat sesi pembelajaran dan waktu balik bagi pelajar sekolah ugama kofa.

insiden kerap kali berlaku dan terjadi para pelajar sibuk meluru ke hadapan pintu pagar sekolah yang membahayakan pelajar dan pengguna jalan raya.kalau aku tak kawal jalan raya akan sesak jem.

aku:semua yang nak lintas tunggu bagi cukup orang(cukup korum)di benarkan melintas selepas pakcik tekan lampu isyarat dan tiup wisel lintas bersama-sama pakcik.

baik,yang menunggu ibu bapa sila ke dalam jangan melebihi kon2 yang pakcik letak.

tahu sajalahkan budak2 ada yang berdiri atas kaki kon mengimbang peluk kon dan duk buat jongkang jongket.duk buat kuda dengan kon2 yang aku letak di pinggir jalan

aku: haih apa neyh!kan pakcik kata tunggu di dalam jangan sampai kon bahaya kereta ,motor,lori,bas duk lalu hampa tertomoih tak dan nak bangun pakcik tak sempat buat apa-apa nahas hampa nanya saja.

salah seorang budak kecil tahun 2 menangis kena marah dengan aku.

aku:jangan menangis nanti mak mai,umi mai,kawan2 ada ni semua ni pakcik marah kalau pakcik bagitahu mak ayah lagi depa marah depa pukui lagi teruk dah jangan nangis.

aku berikan bendera Malaysia kecil dekat budak yang nangis tu pun seronok lain macam balik.

mak budak tu datang ambil ,aku hanya mampu tersenyum budak itu megibarkan bendera Malaysia bye,pakcik guard.jam 7 barulah boleh bernyawa sedikit haiiiiii...

macam2 kerenah budak2 neyh kekadang naik lemas perut juga di buatnya sebab bukan seorang dua punya perangai berbeza-beza.

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping