Thursday, March 2, 2017

experiences about my cat's


               Mmmmmm......kalau tengok kucing parsi memang seronok coz cantik, bulu yang kembang dan cute tapi penjagaannya tak semudah yang disangka..  Bagi peminat yang suka dan ingin untuk memelihara kucing parsi kat rumah sendiri mestilah mengetahui serba sedikit penjagaan yang perlu apabila hampa mempunyai kucing parsi di rumah.  Kat rumah aku ada 6 ekor kucing parsi seperti gambar yang kat vid kat bawah nie, semuanya ada 2 ekor warna putih, oren dan brown.  Kiranya nie dah kira kat sebulan dah pengalaman aku menjaga kempat ekor kucing parsi nie. Tingin pulak rasa nak berkongsi suka duka penjagaan kucing parsi nie dengan pengalaman sendiri dan ada juga tengok blog dan bahan bacaan lain untuk menjaga kucing parsi aku nie.

             Bagi yang  baru pertama kali ingin dan minat untuk mendekatkan diri dengan memelihara kucing atau terlintas difikiran untuk membuat keputusan nak memelihara kucing banyak perkara yang perlu diambil berat dan beberapa perkara yang perlu difikirkan oleh penjaganya.  Diantaranya ialah duit atau kewangan yang mencukupi, masa terluang untuk bersama dengannya, pengorbanan dan kasih sayang yang perlu diberikan. Jika anda mempunyai anak yang agak alergic ngan bulu kucing ia agak tidak sesuai untuk memelihara kucing dibiar didalam rumah tapi boleh jugak klu dikurung tapi bila dikurung macam agak kecian la.Jadi aku ada buat sendiri Sangkar kucing sebab anak kucing da mula meragas keluar kotak da dengan bermodalkan sedikit sebab paip rumah jiran belakang rumah aku pindah rumah so sekarang tuan rumah renovate rumah tu bagi kat aku so jimat kos sikit.





Anak Kucing yang di bawa pulang bersama................
Pertama sekali membawa kucing  pulang bersama kita ke rumah , adalah penting untuk kita memastikan keperluan asasnya dijaga contohnya makanan, minuman dan tempat perlindungan untuk si kucing berehat dan membuang najis. Bila dibawa pulang untuk hari yang pertama, kucing akan rasa agak stress dan mendiamkan diri ja, so sebaiknya dibiarkan dia di dalam kurungan untuk beberapa hari supaya dia dapat menyesuaikan diri di sangkar dan kemudian baru dilepaskan untuk menyesuaikan diri di dalam rumah pulak. Kucing perlu dibiarkan untuk rehat dan menyendiri di dalam sangkar dia untuk sementara sebelum dilepaskan ke dalam rumah kerana ini dapat mengurangkan tekanan kepada kucing kerana berpindah tempat dan tuan. Walaupun kita nak dia berlegar di dalam rumah tapi aku rasa sepatutnya ada sangkar juga so dia akan lebih rasa selesa dan tenteram coz sangkar tu macam rumah kecil untuk dia sendiri. Apa pun yang penting sekali apabila kita membawa pulang kucing mestilah dipastikan bahawa dia telah habis menyusu...sekurang-kurangnya umur 2 bulan kerana jika tidak susah jugak kita nak cari susu untuk si comel nie...klu dia dah habis menyusu so kita bagi je dia makan baby kitten punya makanan biskut kering tu sudah mencukupi dan air masak.  Pengalaman aku membawa pulang ketiga-tiga ekor kucing nie pun tak la susah sangat coz semua dah habis tempoh menyusu so bagi je dia makanan setelah umur 3 bulan.

sekor ibu kucing 4 ekor anak kucing...........masa menyusu....






Makanan untuk Si Comel.......
Aku bagi makanan ja coz semua penjaga dan pemelihara kucing parsi cakap dalam semua vitamin cukup so tak payah tambah apa-apa vitamin lain lagi....macam aku beli suppliment untuk ibu kucing selang sehari aku bagi makan ibu kucing calcium lactic apabila anak kucing menyusu ibu kucing mdapat memberi nutrisi kepada aanak kucing,kalau nak di ikutkan sebotol memang mahal tapi aku ambil pek  yg di bekalkan dalam jumlah anggaran ibu kucing menyusu .Apabila umur dah nak dekat setahun aku bagi makan Adult campur ngan IAMs coz harga ikan sesangat la mahal berbanding dengan yang lain.....Doktor pun kata adalah baik untuk si comel coz tak mudah dapat penyakit dalaman antara sakit buah pinggang atau hati....Aku pun ikut cakap depa semua coz takut jadi apa-apa kat kucing aku coz mahal harganya, hehheee..........Bagi anda yang nak ikut bagi RC nie so kena la budget gaji hampa tiap2 bulan coz kucing nie makan kuat jugak la tak kira baby, kitten atau adult...cuma masa baby kita buh sikit ja tapi dia makan berulang la....Bila dah adult lagi dia kuat makan pantang nampak aku pi lalu tempat sangkar dia, apa lagi ikut ja dan mula mengiau lapar.....kalau nak bagi perut dia kenyang, so seeloknya campur dengan ayam rebus tapi jangan bagi banyak sangat macam orang makan, campur sikit ja ngan makanan kering dia sudah memadai.  Bagi ja dia makan dalam 2 hari sekali macam tu... kalau selalu makan ayam takut dia obesiti pulak,hahhaha...macam orang pulak.....ayam tu seeloknya rebus ngan air ja jangan tambah perisa atau garam ka apa takut dapat penyakit lain pulak nanti.




Suntikan Vaksin untuk Kucing Parsi............
vaksin adalah sejenis virus yang dilemahkan untuk membantu memberikan antibodi kucing supaya mendapat memberi perlindungan daripada penyakit tetapi tak semestinya jauh dari penyakit.  Mengikut search internet atau blog2 kebanyakan cakap dalam beberapa minggu lepas kelahiran dalam lebih kurang  4 bulan umur si comel dah kena diberikan suntikan vaksin.  Melalui pengalamanyang dilalui oleh aku sebagai penjaga kucing parsi yang 3 ekor nie...umur dalam 4 bulan terlalu kecil dan agak cian rasa nak diberikan suntikan vaksin so dalam umur 6 bulan baru kami baru gi vaksin..nasib baik doktor kata bukan waktu yang lewat...doktor kata terpulang jugak la tapi elok nya dalam umur dia 4 bulan tapi terlalu kecil badan dia so tak sampai hati nak bawa si comel aku ne nak di suntik, hahhaha.......bukan apa nampak besar dek bulu ja tapi badan kecik ja....aku bawa kucing nie ke doktor ja suntikan pertama kena rm35 kira dia guna vaksin yang 3 in 1 la...klu yang 4 in 1 tu mahal cket la....pas suntikan yang pertama sebulan lepas itu aku bawa untuk suntikan yang kedua, so sama jugak harganya dalam rm35...yang pasti doktor check dulu suhu badan dia tu..doktor jolok ja dalam dubur si comel nie klu ok dan sihat baru doktor bagi suntikan vaksin..selepas di suntik jangan mandikan dia...seandainya si comel demam tu perkara biasa tapi bila tengok dia diam dan badan dia panas terus bagi air kelapa...klu berterusan kena bawak jumpa doktor veterinar jugak la....selepas 2 kali vaksin lepas tu tunggu setahun sekali ja vaksin....

Petua jika si comel anda demam...
-Bagi dia minum air kelapa, klu dia tak nak jugak shrink ja air kelapa tu jugak ke dalam mulut dia..Jika berlarutan demam dia kena gi jumpa doktor vet jugak.

Petua jika si comel cirit birit...
-Mesin kentang dengan ayam, mula-mula rebus kentang dan isi ayam sehingga lembik pas tu baru mesin sehingga hancur pas tu bagi ja dia makan.  Klu berlarutan kena bawak gi jumpa doktor dan doktor akan bagi ubat antibiotik dan ubat keras najis. Tapi selalunya bagi kentang ngan ayam tu dia dah tak cirit birit lagi kerana dia akan kencing ja pas makan tu..Sebaiknya jangan bagi dia makan biskut kering atau makanan dia jika dia cirit birit. 

Petua lain jika si comel macam tak sihat dan bertenaga ja, bagi ja campuran air ngan glucose pas tu bagi dia minum..insyallah ok.....


Extra penjagaan Saja aku nak tambah 
Cara Memotong Kuku Kucing.......

Memotong Kuku kucing adalah salah satu aktiviti yang sukar jugak la...dah banyak kali buat pun kucing-kucing aku nie meragam dan tak mau jugak.  Memang sukar la..tak tau nk wat mcm mana lagi....So terpaksa la potong satu, dua atau tiga kukunya saja, pas tu yang lain kena cuba pada ari lain lak....memang kucing nie tak suka kita potong kuku dia...

Kucing mempunyai kuku yang unik. Tidak seperti anjing, kuku kucing dapat ditarik keluar dan ke dalam. Dalam keadaan normal kuku kucing tertarik ke dalam dan tersembunyi. Bila kucing  sedang marah atau mencakar, barulah kukunya dikeluarkan.
Manusia yang mempunyai jaringan daging  yang berada di bawah kuku. Dalam bahasa Inggris jaringan ini disebut “quick”. Kucing juga mempunyai jaringan ini, hanya letaknya sedikit berbeda dari manusia. Jaringan ini berwarna merah muda, berbeda dengan warna kuku yang berwarna putih transparan.
Batas Potong Kuku
Batas Potongan Kuku
Letak dan batas jaringan daging  ini perlu diperhatikan agar tidak terpotong pada saat menggunting kuku kucing. Bila terpotong, akan muncul darah dari jaringan yang terluka dan kucing akan merasa kesakitan.

Alat & bahan

Gunting kuku adalah alat utama yang diperlukan bila ingin memotong kuku. Banyak model dan jenis gunting kuku khusus hewan kesayangan yang dijual di petshop-petshop. Gunting kuku yang sering dipergunakan sehari-hari untuk memotong kuku orang juga bisa digunakan. Pastikan gunting kuku yang akan digunakan benar-benar tajam kerana bila kurang tajam, bentuk potongan kuku kucing kurang bagus, bahkan kadang-kadang kukunya boleh pecah.
Berikutnya bisa juga disediakan serbuk perak nitrat  atau PK (baca : peka)/Kalium permanganat/KMnO4. Serbuk PK berwarna merah-ungu, bisa dibeli di apotik-apotik. Serbuk PK dan perak nitrat ini berguna untuk mempercepat berhentinya perdarahan bila daerah “quick” terpotong.
Serbuk-serbuk di atas bisa ditaburkan/ditempelkan ke bagian kuku yang terluka, agar perdarahan segera berhenti. Bila serbuk-serbuk tersebut tidak tersedia, perdarahan pada kuku dapat dikurangi dengan cara menekan daerah sekitar kuku. Normalnya perdarahan akan berhenti kurang lebih dalam waktu 5 minit.

Guillotine
tipe guillotine
  
tipe gunting

gunting kuku manusia
Cara memegang kucing

Tidak ada peraturan yang pasti  cara memegang kucing pada saat memotong kukunya. Yang terpenting kucing merasa nyaman dan meminimalkan pergerakan kucing. Selain itu juga perlu diperhatikan reaksi kucing menggigit atau mencakar, sebaiknya posisi tangan kita pada saat memegang kaki kucing agak jauh dari jangkauan mulut kucing. Bisa juga memegang kucing dengan bantuan orang lain, agar kucing lebih mudah dikendalikan
.
 
cara memegang kucing pada saat memotong kuku
 
cara memegang kucing pada saat memotong kuku


memotong kuku dengan bantuan orang lain
Memotong kuku
 
cara menekan telapak kaki agar kuku muncul

1. tekan telapak kaki kucing agar kuku muncul
2. perhatikan batas kuku dengan daging di bawahnya (quick). Potong kuku dengan jarak sekitar 1 mm dari quick. Bila terlalu dekat, akan terasa sakit.
Yang perlu diperhatikan adalah posisi  alat pemotong dengan kuku. Masing-masing alat pemotong berbeda cara penggunaannya. Prinsipnya kuku dipotong dari bawah ke atas (vertikal), bukan dari samping. Kemungkinan kuku pecah akan semakin besar bila dipotong dari samping.


cara memegang gunting tipe guillotine

memotong kuku dengan guillotine

memotong dengan tipe gunting

memotong dengan gunting kuku biasa
3. potong kuku satu persatu dengan hati-hati.
4. jangan lupa memotong kuku “jempol”. Kukunya terletak lebih dekat pergelangan. Kuku “jempol” paling jarang dipakai menggaruk, sehingga biasanya lebih panjang dibandingkan kuku lainnya. Pada beberapa kasus yang kukunya jarang sekali dipotong, kuku “jempol” ini tumbuh melingkar dan menusuk kaki.


kuku “jempol” jangan lupa dipotong
5. normalnya kaki depan mempunyai 5 kuku dan 4 kuku pada kaki belakang. Beberapa kucing mempunyai jumlah jari yang berlebih yang disebut polidactyl. Kucing polidactyl bisa mempunyai 6 jari pada kaki depan.
6. potong kuku dengan jarak agak jauh dari quick (+ 1 mm). Lebih baik memotong kuku sedikit-sedikit tetapi lebih sering dilakukan (1 atau 2 minggu sekali). Dari pada jarang, tetapi sekalinya dipotong, kuku dipotong pendek sekali hingga ke dekat quick.

Source : kucingkita.com



Ubat Kutu kurap untuk kucing.......

                      Memandangkan ketiga-tiga ekor kucing aku nie banyak sangat kutu yang kecik-kecik sampai tak tau nak buat macam mana dah lagi...try jumpa doktor tiap-tiap bulan pun tak menjadi still sama jugak kutu tu masih bermaharajalela kat atas badan ketiga-tiga ekor kucing kau nie.





                 FABRICIL Dermatosis Therapy spray nie adalah salah satu cubaan aku tiap-tiap bulan untuk kucing-kucing ku nie tapi still tak memberi kesan yang ketara. Keseluruh kedai PETS SHOP aku mencari...doktor pun still guna frontline jugak tiap-tiap bulan tapi still tak berkesan..Cari punya cari akhirnya aku gi kedai satu nie kat Kulim, tauke dia offer kat aku ubat kutu nie  seperti kat bawah...



                Ubat nie tak dak nama tapi tauke tu cakap bagus....takut jugak nak try tapi ada sekali tu tersearch kat google ada jugak pencinta kucing ada guna ubat nie, so aku pi la balik kat kedai tu dan beli la sebotol untuk cubaaan.........tauke tu cakap bubuh ja setitik kat tengkok, badan dan ekor dia, kira tiga titik la sekali guna....aku harap berkesan.....dan akhirnya 3 ari lepas tu tengok berkesan la...aku dan aku amatlah gembira, huray.......berkesan jugak tapi takut tetap ada coz tauke tu tak tau pa kandungan dalam ubat tu, cuma dia tau ubat tu ...dia kata leh bawak mati kalau kucing terjilat ubat nie..takut jugak aku tapi cuba jugak la.....walaupun tak berkesan sepenuhnya tapi hilang jugak la kutu tu tapi tak tau semua pi mana dah, mati jatuh ke lantai ka lari terbang ka ntah la tak dapat di kesan...apa pun kutu tu still ada jugak la tapi tak sebanyak dulu la....Harap-harap tak membawa kesan yang boleh membahayakan atau pun leh bagi mati kucing aku sudah la risau jugak la......last sentimental value gambar lukisan neyh accent mcm budak2..masa tu


Aku terjumpa Gambar lukisan kucing aku lukis masa aku di bangku sekolah rendah heheh

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping