Menemui blog diaryku yang kini beroperasi,minggu lepas dengan beroleh BR1M aku telah baiki komputer aku dan membeli sebuah PC baru.Keadaan disini harap semua di berkati oleh allah S.W.T.
BR1M bertarikh 22 Febuari 2017,telah selamat di terima dan terima kasih Aku ucapkan kerana bantuan ini sedikit sebanyak membantu masa untuk aku berbelanja.Uuntuk pengetahuan baru-baru ini aku terpilih JKM salah seorang ahli OKU Bekerja.kempen OKU Semperna Program Kesihatan Mental setiap tahun di lancar oleh pihak hospital.
Menurut kajian yang telah di buat kadar pesakit mental di Malaysia semakin meningkat oleh yang demikian pihak kerajaan telahpun menyedari akan hakikat ini sewajarnya amat perlu diadakan kempen Program kesihatan Mental Family Support untuk menyedarkan masyarakat terhadap masalah ini.
Kebiasaanya hari perasmian program tersebut pihak hospital menjemput doktor2 pakar untuk merasmikanya.Pelbagai aturcara telah di susun dan di jalankan dengan baik serta ucapan alu-aluan seterusnya pertandingan menjawab soalan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.Disamping itu tidak keberatan juga pihak berkuasa JKM mengadakan ceramah di sampaikan oleh pegawai bahagian kebajikan serta doktor pakar menyampaikan penerangan serta tayangan slaid yang banyak memberi manafaat yang berguna kepada pesakit termasuk bantuan berupa hamper dan duit.
Aku rasa sudah setakat ini sahaja yang dapat aku paparkan mengenai perkembangan semasa dan selanjutnya selepas ini aku berharap agar pembaca akan melawat dan meluangkan masa membaca artikel blog aku yang tak seberapa neyh…
No comments:
Post a Comment