Friday, March 24, 2017

mak sakit

Langit cerah dengan awan putih di sana sini.Udara panas tengahari isnin minggu lepas aku dan mak keluar pergi buat kad pengenalan I.C mak,bayar bil di pejabat pos K.Batas beli barang dan dengan kelegaan selesai beberapa perkara aku membonceng motosikal membawa mak ke kedai makan di Pokok Asam Permatang sireh.

Pada mulanya aku parkir motor aku bersebelahan kedai makan di tepi jalan dan masuk ke kedai makan duduk di meja dengan mak menyuruh aku ubah motosikal aku ke dalam di bawah pokok.

Aku pun bangun dan ubah motosikal aku seperti mana mak menyuruh aku dan pakir motor di bawah pokok dengan double stand memijak bumi.Mak pun datang mencecah kakinya ke motosikal aku nak letak topi keledar di motosikal aku.

Kemudian motosikal aku terbalik dan mak terjatuh pada tengah halaman simen berkonkrit berbatu banir kelikir yang tidak rata di situ.sampai semua orang di kedai makan datang keliling mak dan mengangkat mak. kata mak pada aku mak cuba tampan motosikal aku yang terbalik mak pun terjatuh terhempap simen berbatu konkrit punggung peha lutut mak sakit.aku yang ada di situ bingung,serta penat.kami makan dan beredar meluru pulang ke rumah.

Nasib baiklah motosikal aku tidak menimpa atas kaki mak aku. Dalam hati Tak guna motor”seru aku melihat brek tangan patah selama ini motor aku banyak berjasa kepada aku selama 17 tahun”lain kali aku perlu berjaga-jaga.

Mak masih sakit tak beberapa kuat berjalan sambil terseret-seret ataupun nak bangun.langkah mak lambat berjalan ke hujung dan ke pangkal.

Selalu aku mengajak mak ke klinik tapi mak tak mahu mengira masa yang singkat maklong dari KL balik ke kampung 4 hari lepas dan sekarang ada bersama-sama kami.Esok aku akan bawa mak ke klink untuk rawatan kaki lutut dan paha sebelah kanan mak sakit dah seminggu aku beri ubat sakit urat yang di beli dekat farmasi takut juga nanti melarat apa pula penyakit mak.Aku lah menjadi galang ganti tugas mak di rumah sekarang .Semoga mak sembuh sihat.

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping