Thursday, April 9, 2015

made my citer datangya inspektor..bhg 3

Pontianak di dalam sangkar di rumah Mak Cik Ni itu ini kini sini sedang menangis. Pak Cik Itu memberinya coklat coki-coki namun tidak diterimanya. Pak Cik Itu menggelengkan kepala, tanda malas nak layan. Shamsul dan Mak Cik Ni berdiri memerhati daripada belakang Pak Itu.

"Yang kamu bagi dia Coki-Coki tu pehal?" tanya Mak Cik Ni.

"Kesian pulak aku tengok dia menangis." jawab Pak Cik Itu.

"Pontianak makan Coki-Coki ke?" tanya Shahrul kepada Mak Cik Ni.

"Itu la dia. Pontianak mana ada makan Coki-Coki. Diorang makan Kit Kat." jawab Mak Cik Ni.

"Kenapa korang simpan dia dalam sangkar? Sangkar ni kuat tak?" tanya Shamsul.

"Mestilah kuat! Mak Cik dah jampi dekat sangkar ni. Terbaik punya. Kalau dah tertangkap, takkan boleh terlepas! Tiada seekor pun pontianak yang boleh terlepas daripada sangkar ni. Dia selamat dalam sangkar ni." jawab Mak Cik Ni.

"Ni, Nora Danish dah mati." kata Pak Cik Itu.

"Ha?! Macam mana boleh mati?!"

"Dia makan Coki-Coki tadi, tak koyakkan plastik dulu. Tercekik, terus mati."

Mak Cik Ni menanggalkan seliparnya dan campak kena Pak Cik Itu. Mereka mula bertengkar. Shamsul menghiraukan adegan berunsur komedi ini kerana pemikirannya diganggu. Agaknya Azman ada kat mana sekarang?

***
Di balai polis Kampar. Di pejabat Inspektor Ismail.

"Inspektor!" panggil Sarjan Muttu yang sedang berdiri di depan meja Inspektor Ismail.

"Celaka. Apa engkau nak? Aku tengah main Counter Strike ni." kata Ismail.

"Kita ada masalah besar."

"Apa dia?"

"Kedai Mamak Ghany... Ayam madu dah habis."

Inspektor Ismail terlongo di depan komputernya. Dia menoleh ke arah Muttu.

"Tak mungkin... Tadi ada lagi..." kata Insepktor Ismail, tidak percaya dengan Muttu.

"Maaf, Inspektor..."

"Celaka!" Ismail mengetuk meja. Di skrin komputer Insepctor Ismail tertera perkataan 'Terrorist wins' menandakan kekalahannya kepada puak Terrorist. "CELAKA!" sekali lagi mengetuk meja.

"Tuan... Lain kali jangan pakai B32 bila bertempur dengan musuh dari jarak jauh. B32 hanya untuk jarak dekat."

"Tetapi... Tak mengapalah. Aku memang tak berapa mahir main di map d_dust ni..."

Tiba-tiba, Blackberry Inspektor Ismail berbunyi. Ismail mengambil Blackberrynya. Ia adalah pesanan daripada Mak Cik Ni. "Ismail. Operasi Membunuh Ashraf Sinclair akan bermula dalam masa 20 minit. Bersedia untuk membunuh!" kata pesanan itu. Gambar profil BBM Mak Cik Ni adalah gambar dua pasang kaki milik Mak Cik Ni dan Pak Cik Itu seperti gambar yang sering diambil oleh pasangan-pasangan muda.

"Muttu. Aku ada operasi rahsia. Kau nak ikut." kata Ismail.

"Ya, Inspektor."

"Ambil B32 daripada locker."

"B32? MP5?"

"Ya. Untuk pertempuran dari jarak yang dekat."

***
Shamsul berasa agak tak selesa duduk bersebelahan turut berhimpit dengan seekor pontianak yang dah mati di dalam sangkar namun terpaksa juga kerana kereta yang dinaikinya adalah sebuah Kelisa milik Pak Cik Itu. Pak Cik Itu memandu. Mak Cik Ni sedang mengilap shotgun yang baru dibelinya.

"Ashraf Sinclair boleh tertarik ke dengan pontianak dah mati ni?" tanya Shamsul.

"Mestilah. Pontianak ni sebenarnya berlagak je pandai tapi bodoh. Macam Pak Cik Itu ni ha." jawab Mak Cik Ni.

"Yelah. Memang saya bodoh. Awak tu je pandai." kata Pak Cik Itu.

"Yelah. Bukan saya yang bagi Coki-Coki dekat pontianak tu." kata Mak Cik Ni.

Terdengar lagu yang perlahan dari radio. "Lagu apa ni? Macam kenal je." kata Mak Cik Ni memutarkan punat volume sehingga lagu suara penyanyi di radio itu lantang. Ia adalah lagu Getaran Jiwa oleh P. Ramlee.

Mak Cik Ni senyum. Pak Cik Itu senyum. Mak Cik Ni memandang Pak Cik Itu daripada sudut matanya. Pak Cik Itu berpaling muka kepada Mak Cik Ni. Mak Cik Ni megelak pandangan Pak Cik Itu. Shamsul tidak mengetahui cerita di belakang lagu itu yang membuat Pak Cik Itu dan Mak Cik Ni malu tersipu-sipu tetapi Shamsul tahu lagu itu membawa kenangan yang indah kepada mereka. Lantas Shamsul turut tersenyum melihat kemanisan yang masih ada pada pasangan yang sudah tua itu.

BERSAMBUNG...

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping