Shamsul menggeletar. Takut. Cuak. Keliru. Mak Cik Ni memegang sebilah parang di depannya. Pada waktu itu, Shamsul tidak memikirkan langsung tentang perempuan di dalam sangkar itu.
"Masuk lah dulu, Nak. Jangan pergi dulu." kata Mak Cik Ni.
"Abang... tolong saya, Abang." kata perempuan di dalam sangkar itu.
"Jangan dengar cakap dia, Nak. Jangan dengar cakap dia. Masuk lah dulu, Nak." kata Mak Cik Ni.
Pak Cik Itu turun dari rumah, memegang sepucuk pistol di tangan. Pistol lama, daripada zaman perang Jepun dulu.
"Masuk sekarang." arah Pak Cik Itu.
Shamsul masih menggeletar. Mak Cik Ni mengunci pintu rumahnya sebaik sahaj Shamsul duduk di atas sofa, berdepan dengan sepucuk pistol Nambu Model 14 diacu ke dahinya yang dipegang oleh Pak Cik Itu. Shamsul terdiam.
"Siapa kamu berdua?" tanya Shamsul.
Pak Cik Itu menurunkan pistolnya dan meletakkan pistolnya di atas meja.
"Pernah tengok Ghostbusters? Ha, kitoranglah Ghostbusters versi Malaysia." kata Pak Cik Itu.
"Maksud Pak Cik... Korang ni bomoh?" tanya Shamsul.
"Bukan bomoh." jawab Mak Cik Ni. "Meh, Mak Cik bagitau kamu."
Mereka bertiga duduk di meja makan di dapur sambil minum teh o panas yang dibancuh oleh Pak Cik Itu. Mak Cik ni bercerita tentang pekerjaan mereka berdua menangkap dan membunuh makhluk-makhluk yang korang ingatkan tak wujud. Naive betul korang.
"Jadi, perempuan dalam sangkar tu apa benda?" tanya Shamsul.
"Perempuan itu adalah seekor Pontianak. Namanya Nora Danish." kata Pak Cik Itu.
"Nora Danish?!"
"Bukan." kata Mak Cik Ni. "Pak Cik tu memang minat dekat Nora Danish. Semua benda pun dia namakan Nora Danish. Kucing kita empat ekor ni pun nama diorang 'No', 'Ra', 'Da' dan 'Nish'. Mak Cik pun tak tau apa nama pontianak kat bawah tu. Tapi yang Mak Cik tahu, dia protege kepada Ashraf Sinclair."
".... Ashraf Sinclair?"
"Bukan." kata Pak Cik Itu. "Mak Cik Ni memang minat dekat Ashraf Sinclair. Nak tahu apa nama anak sulung kitorang? 'Ashraf'."
"Okay la, nama 'Ashraf' sedap juga bunyinya." kata Shamsul.
"Anak sulung kitorang perempuan." kata Pak Cik Itu. "Anyway, Ashraf Sinclair ni sebenarnya seekor lagi pontianak. Hebat kuasanya. Susah sikit nak bunuh dia."
"Sebab tu Mak Cik beli ni." kata Mak Cik Ni sambil memegang shotgun Remington. "Ni tembak sedap ni."
"Oh. Jadi Mak Cik dengan Pak Cik culik protege si Ashraf Sinclair untuk dijadikan umpan?" tanya Shamsul.
"Ya." jawab Mak Cik Ni. "Kami panggil projek ini 'Projek Membunuh Ashraf Sinclair'."
***
Azman terjaga. Tengkuknya masih sakit selepas digigit oleh gadis tadi. Suasanya lain daripada tadi. Dia tiba-tiba mendapati dirinya di dalam sebuah rumah usang.
"Masih sakit lagi tengkuk engkau?" Azman menoleh ke belakang. Gadis yang beri love bite kepadanya sedang berdiri. Dia senyum menayangkan taringnya. "Maafkan aku. Aku tak sengaja menyakiti engkau. Aku boleh cium bau serigala engkau dari jauh. Aku terpaksa menukarkan engkau menjadi pontianak."
"Macam mana aku boleh hidup lagi?"
"Oh, Farid--"
"pemuda.."
"Oh, Azman... aku mempunyai kuasa untuk mematikan kuasa kamu. Jangan terkejut kerana akulah pontianak yang paling berkuasa dan cantik di dunia."
"Apa engkau nak dari aku?"
"Engkau seekor serigala jadian. Aku seekor pontianak. Malangnya, kita hidup di dalam dunia manusia. Makhluk yang sangat sedap dimakan hingga menjilat gigi."
"Tetapi... mereka tak berdosa."
"Dosa? Jikalau mereka dapat tahu yang engkau ini seekor serigala jadian, apa yang akan mereka lakukan pada engkau?"
Azman tersentap. Soalan itu betul-betul mencucuknya dan memberinya kesedarang. Jika manusia semua tahu bahawa dia seekor serigala jadian, mereka akan membunuhnya. Gadis itu senyum, bangga dengan kejayaannya untuk memanipulasikan pemikiran Azman.
"Oh, sayang," gadis itu melutut di depan Azman, mengusap rambutnya. "janganlah sedih. Kamu boleh menunjukkan mereka siapa lebih handal."
"Macam mana?"
"Gunalah naluri binatangmu."
Dengan tiba-tiba, Azman bertukar menjadi serigala yang besar. Gadis itu mengilai, gembira dengan Azman. Gigitan, atau love bite, yang diberi oleh pontianak bergelar Ashraf Sinclair itu memberinya kuasa untuk mengawal minda Azman. Seperti "keta kontrol"
Azman sang serigala ingin mengganas di pekan sekali lagi. Naluri binatangnya yang kelaparan darah menyelimut naluri manusianya. Kali ini, mangsanya bukan kucing.
BERSAMBUNG...

No comments:
Post a Comment