Sunday, April 12, 2015

my my citer reda semula bhg 5

Jari-jari yang panjang berbulu Sang Serigala Jadian itu seolah-olah melilit leher Pak Cik Itu. Pak Cik Itu diangkat dan dicampak, terkena papan tanda Jalan Mati.

"Itu!" jerit Mak Cik Ni berlari dan pangku Pak Cik Itu.

"Celaka!" kata Ismail, menembak berbelas das tembakan kepada Sang Serigala Jadian namun tidak ada kesan yang kritikal kepadanya. Muttu turut serta namun hasilnya tetap sama. Sang Serigala Jadian lari ke arah Ismail. Peluru Ismail dan Muttu habis. Sang Serigala mengambil MP5 (atau dikenali sebagai B32 oleh Ismail dan pemain-pemain Counter Strike) mereka dan pecahkan. Berkecai.

Shamsul yang masih mentah dalam bidang supernatural ini tahu bahawa walaupun dia tidak mempunyai pengetahuan tetapi dia terpaksa membuat sesuatu. Dia mengambil botol petrol yang dibawa oleh Mak Cik Ni tadi dan menuangkan ke atas pontianak Ashraf Sinclair dan Nora Danish itu. Pontianak Ashraf Sinclair mengilai.

Muttu mengeluarkan sebilah pisau dan cuba menikam Sang Serigala Jadian tetapi dielak. Serigala Jadian mengangkat Muttu menggunakan dengan mencekiknya. Ismail memukul Sang Serigala Jadian dari belakang menggunakan sebatang kayu. Kayu itu patah. Muttu dijatuhkan. Sang Serigala beralih kepada Ismail yang kini tidak tahu nak buat apa.

Shamsul membakar pontianak Ashraf Sinclair. Pontianak Ashraf Sinclair menjerit dengan lantang kesakitan. Dengan penuh kesakitan, Pontianak Ashraf Sinclair dan Nora Danish dengan perlahannya menjadi abu. Sang Serigala beralih kepada Shamsul.

Dengan sekelip mata Sang Serigala mengaum dan mencakar leher Shamsul. Shamsul rebah. Tangannya menghinggap lehernya untuk menghentikan pendarahan. Sang Serigala mengaum dengan lebih kuat lagi.

Ismail mengambil satu lagi botol petrol yang dibawa oleh Mak Cik Ni dan merenjis petrolnya ke belakang Sang Serigala. Sang Serigala menoleh ke arah Ismail, keliru dengan apa ingin dibuatnya. Sang Serigala menghempap Ismail. Mulutnya dinganga luas, seluas muka Ismail. Muttu muncul secara tiba-tiba dan membakar belakang Sang Serigala yang basah dengan petrol itu. Sang Serigala mengaum dengan kuat dan berlari ke arah kegelapan yang tersorok daripada cahaya lampu jalan dengan api yang semakin merebak ke seluruh badannya.

Muttu berlari ke arah Shamsul. Muttu menanggalkan bajunya untuk membalut secara longgar leher Shamsul yang darahnya memancut-mancut. Shamsul muntah darah.

Ismail berlari ke arah Mak Cik Ni yang masih pangku Pak Cik Itu.

"Mak Cik Ni..." kata Ismail.

"Bawalah si Shamsul tu ke hospital, Ismail. Cepat sebelum terlambat." kata Mak Cik Ni dengan tenang tanpa memandang Ismail.

"Pak Cik--"

"Bawa sajalah Shamsul tu. Biar Mak Cik jaga Pak Cik, ye nak?" kata Mak Cik Ni.

Ismail berlari ke arah Shamsul dan mengangkatnya. Muttu berlari kelam kabut membukat pintu keretanya. Mereka bertiga pecut laju dengan kereta.

Mak Cik Ni mengusap rambut Pak Cik Itu. Pak Cik Itu senyum sebelum mengucap dua kalimah syahadah. Mak Cik Ni turut senyum walaupun air matanya sudah mengalir membasahi pipinya yang berkerut itu. Senyuman Pak Cik Itu pudar. Badannya sudah tidak bernyawa. Mak Cik Ni masih mengusap rambut kekasihnya itu.

"Getaran jiwa... Melanda hatiku..." Mak Cik Ni mula menyanyi, mengingat kembali kenangan dulu waktu mereka muda. Ada cerita yang manis di belakang lagu itu dan mereka tetapi hanya mereka yang tahu.

"Tersusun nada... Irama dan lagu..."

***
Kereta Inspektor Ismail yang dipandu oleh Muttu memecut laju. Inspektor Ismail pangku Shamsul di tempat duduk belakang.

"Cepat sikit, Muttu." kata Ismail. Ribanya berlumuran darah Shamsul yang masih lagi tercekik-cekik memegang lehernya. "Cepat, Muttu." Tangan Shamsul jatuh daripada lehernya.

"Muttu..." kata Inspekto Ismail. "Berhenti, Muttu."

"Apa?!"

"Berhenti..." kata Ismail. Muttu menghentikan keretanya. Muttu termengah-mengah disebabkan tekanan waktu itu.

Inspektor Ismail menutup mata Shamsul yang sudah lagi tidak bernyawa. Muttu menutup matanya dengan erat.

"Innalillah..." bisik Ismail dengan suara yang getar-getar. Enjin keretanya masih belum dimatikan. Suasana yang kelam kabut menjadi reda. Dari jauh, terdengar laungan azan Subuh.

***

***

***

Azman membuka mata. Matahari sudah terbit. Azman mendapati dirinya terbaring di atas bangku perhentian bas. Seorang Mak Cik sedang duduk di situ.

"Mak Cik, tumpang tanya, sekarang pukul berapa?" tanya Azman mengeliat badannya.

"Pukul 11, Nak." jawab Mak Cik yang bertudung putih itu.

Azman menggaru belakangnya. Belakangnya terasa sakit pedih. Azman berdiri. Kasutnya sudah hilang. Ingatannya tentang malam semalam turut hilang.

"Mak Cik tunggu bas?" tanya Azman, cuba berbaik-baik.

"Mak Cik tunggu anak." jawabnya, melemparkan senyuman.

Shamsul membalas senyumannya. Tanpa disedari Shamsul, bas terhenti di depan mereka. Pintu bas dibuka dan seorang perempuan muda berlari memeluk mak cik itu. Tiba-tiba, perempuan muda dan mak cik itu mula menangis dalam pelukan masing-masing. Azman tahu yang dia harus beredar daripada situ.

Azman walaupun tidak ingat dengan apa yang berlaku semalam, dia tahu yang dia telah bertukar menjadi serigala dan mengganas semalam. Ini bermakna keganasannya sudah melanda pekan Kampar. Dia harus beredar dari pekan itu.

Tetapi, sebelum itu, dia ingin mengucapkan selamat tinggal kepada kawannya, Shamsul.

TAMAT

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping