Saturday, April 11, 2015

made my citer petempuran bhg 4

Inspektor Ismail dan Muttu turun daripada kereta dan bersalaman dengan Pak Cik Itu.

"Assalamualaikum, Ismail. Muttu. Apa khabar? Dah makan?"

"Belum..." jawab Ismail. "Ayam madu... dah... dah... dah habis."

"Sabar, Ismail... Sabar."

Shamsul sudah berpeluh mengangkat sangkar pontianak itu untuk meletakkannya di tengah-tengah jalan tar yang kosong itu. Papan tanda Jalan Mati yang menandakan penghujung jalan itu membuatkan Shamsul rasa sedikit ketakutan. Di bawah papan tanda itulah dia meletakkan sangkar Nora Danish.

"Berat betul pontianak ni." kata Shamsul mengelap peluhnya.

"Bawak pontianak, Nak oi, bukan bawak kucing." kata Mak Cik Ni.

"Ismail dah sampai!" kata Pak Cik Itu.

"Apa khabar, Mak Cik Ni?"

"Sihat."

"Siapa tu?" tanya Inspektor Ismail memuncungkan mulutnya ke arah Shamsul.

"Saya Shamsul." kata Shamsul. "Abang ni polis kan?"

"Ha, ya saya." jawab Ismail dengan bangga.

"Saya nak cari kawan saya la. Dia hilang."

"Bila kawan kamu hilang?"

"Beberapa jam tadi."

"Kenapa tak buat laporan polis?"

"Sebab saya nak tengok diorang bunuh pontianak. Bukan setiap hari dapat tengok."

"Ha. Bagus, bagus. Bagus, Muttu?"

"Bagus, bagus." jawab Muttu.

"Bagus, bagus." Ismail mengerling sangkar pontianak itu. "Bomb has been planted. Ayuh kita mulakan!"

Pak Cik Itu mengeluarkan keris daripada bonet keretanya dan mula menjampi. Meremang bulu roma Shamsul, bukan kerana takut, tetapi kerana teruja. Shamsul, Muttu, Mak Cik Ni dan Ismail menyorok di dalam semak sambil memerhati Pak Cik Itu memanggil pontianak Ashraf Sinclair dengan menggunakan aksi silat yang mengalahkan persembahan silat Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam aku dulu.

Tiba-tiba, hujan. Bukan hujan kerana kedatangan Ashraf Sinclair, tetapi hujan kerana proses kondensasi yang menyebabkan wap air bertukar menjadi titisan air yang ekstrem.

Oh ya, pontianak Ashraf Sinclair juga muncul. Timing baik punya.

"Pak Cik Itu. Orang kata tak baik main waktu hujan ni." kata pontianak tersebut, terbang dan mendarat di depan Pak Cik Itu.

Pak Cik Itu menggeletar ketakutan.

"Jangan takut, Pak Cik. Saya hanyalah seorang perempuan." Pontianak itu membuka mulutnya menunjukkan taringnya yang panjang untuk menusuk tengkuk Pak Cik Itu tetapi terhenti setengah jalan apabila ternampak bangkai pontianak yang ada di dalam sangkar di belakang Pak Cik Itu. Sangkar itu terbuka.

"Enemy spotted!" jerit Ismail. Ismail dan Muttu keluar daripada semak lantas menembak pontianak itu. Pontianak itu terbang ke atas. Terbang tinggi.

"I don't know where she went!" kata Ismail, masih meniru kata-kata dari permainan video Counter Strike.

Pontianak itu menjunam ke bawah dengan laju dan mencakar Ismail dan Muttu sehingga mereka rebah.

"Ah! Taking fire, need assistance!" kata Ismail.

Tiba giliran Mak Cik Ni. Mak Cik turun padang membawa shotgun yang baru dibelinya.

"Hoi, jalang!" panggil Mak Cik Ni. Pontianak itu menoleh ke arah Mak Cik Ni. "Kau mengaku kau jalang eh?"

POM! Sedas tembakan memancut keluar daripada shotgun Mak Cik Ni. Pontianak itu terpelanting ke belakang. Pak Cik Itu menghunus kerisnya ke udara dan terus menikam dada sang pontianak.

Pontianak itu menjerit. Shamsul dan Mak Cik Ni menarik pontianak yang sedang meronta-ronta kerana kesakitan itu ke dalam sangkar. Pontianak itu terpaksa mengongsi sangkar yang kecil itu bersama protegenya yang dah tak bernyawa itu.

"Macam mana nak bunuh dia?" tanya Shamsul.

"Dengan Ni. Hahaha." kata Mak Cik Ni mengankut satu botol gasolin dan sekotak mancis.

"Kamu ingat kamu dah tewaskan aku?" pontianak itu bersuara garau. "Aku belum puas bermain lagi."

"Agak seksi kata-kata pontianak ni, kan?" kata Ismail kepada Muttu. Muttu mengangguk tanda setuju.

"Apa benda kamu merepeknya?" tanya Pak Cik Itu masih lagi memegang keris yang berlumuran darah di tangannya.

"Itu..." kata pontianak menuding jari ke arah belakang Pak Cik Itu. Pak Cik Itu menoleh ke belakang. Sang Serigala Jadian menggeram, berdiri di depan Pak Cik Itu.

"Alamak..."

BERSAMBUNG...

No comments:

Muddy depression

Oktober Bagun tidur tidur rest jap kimio terapi Last monthly emergency frustsation leave peace fully carefully duty house keeping